View: 14191|Reply: 2
|
Lelaki didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring TPM
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Seorang eksekutif akaun syarikat pengiklanan didakwa di dua Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah dan menghalang tugas anggota polis yang mengiring Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof minggu lalu.
Bagaimanapun tertuduh Joshua Chong Tien Kit, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin dan S. Mageswary.
Di hadapan Majistret Mageswary, Joshua didakwa menghalang Sarjan Mohd. Faiz, Sarjan Mejar Francis, Koperal Fazlil dan Koperal Timotius daripada menjalankan tugas hakiki dengan memintas kenderaan yang mengiring kenderaan dinaiki timbalan perdana menteri itu di persimpangan jalan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara di hadapan Majistret Aina Azahra, lelaki itu didakwa memberi isyarat kurang senonoh dengan menunjukkan jari tengah mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa di lakukan hadapan sebuah kedai makan di Taman Tun Dr. Ismail pukul 2 petang pada 8 Februari lepas.
Terdahulu Pegawai Pendakwa Inspektor Muhammad Faiz Abu Samah dan Timbalan Pendakwa Raya Hench Goh masing-masing menawarkan jaminan RM5,000 dan RM4,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Bagaimanapun peguam Rajsurian Pillai yang mewakili Joshua memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya masih bujang dan tiada risiko untuk melarikan diri selain tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
“Mangsa-mangsa dalam kes ini merupakan anggota polis dan pengiring kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan tidak mungkin tertuduh akan mengganggu mana-mana saksi-saksi atau mangsa dalam kes ini,” kata peguam itu.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM5,900 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 April depan untuk sebutan kes.
Kredit :– KOSMO! ONLINE. |
|
|
|
|
|
|
|
Memula baca Tajuk akak teka sepet punya kerja
Rupanya tak Salah tekaan akak
Salah sorang apek sepet yg akak sayang adalah dato Lee Chong wei aje
Lenlain sepet mmg akak suspicious dulu Tamo pecaya awal2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|