CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13178|Reply: 7

DAP berkhayal, hanya ada 40 kerusi - Asyraf Wajdi

[Copy link]
Post time 13-2-2025 11:30 PM | Show all posts |Read mode






PETALING JAYA – Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, DAP hanya ada 40 kerusi dan boleh sekadar berkhayal sahaja jika mahu pinda Perlembagaan berhubung kedudukan Islam.


Setiausaha Agung UMNO itu berkata,semua pihak perlu hormati Perlembagaan Perkara 3 Kedudukan Islam dan Raja-raja Melayu Pemelihara Islam, tiada keperluan untuk melantik Menteri Hal Ehwal Agama lain.


“Menteri Perpaduan yang patut jalankan kerja!


“Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa, Islam adalah agama Persekutuan (Perkara 3), tetapi ia juga menjamin kebebasan beragama untuk semua (Perkara 11), namun tiada peruntukan yang menyediakan tatacara khusus pengurusan agama selain Islam.


“Pandangan dan cadangan boleh dibuat namun akhirnya Perlembagaan sebagai Undang-undang tertinggi negara adalah pemutus segalanya,” jelasnya dalam satu hantaran terbaru di Facebook hari ini.


Tambah Asyaf, mungkin ada pula yang akan persoal bahawa perlembagaan boleh dipinda.


“Ya! Namun dalam hal melibatkan kedudukan Islam dan Melayu, syarat untuk meminda bukan sahaja Ahli Parlimen mesti cukup minima 148 orang (2/3 majoriti) menyokong pindaan.


“Tetapi yang paling penting mesti mendapat perkenan Majlis Raja-raja Melayu,” katanya.
Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2025 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Iye
Bagi je berdas2 lagi kat sepet ni
Depa bukannya sedar diri
Kaduk Naik junjung depa ni
Sejarah dah membuktikan
Takdenya nk termakan temberang diorg lagi
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 11:59 PM | Show all posts
Menteri Perpaduan sape?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembang je. Kalau betul dah tak sependapat keluar je daripada Kerajaan. Sembang
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 02:12 AM | Show all posts
nampak bakal pilihanraya
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Korg jgn memain. Skrang yelah 40 kerusi katanyeh. Tp tgk pattern org melayu yg malas keluar mengundi tak mustahil bleh dpt majoriti tu. Ni mcm kes camno Trump bleh naik balik jd President. Tak confident ngan Kamala, tak suka Trump, ujung2 geng MAGA je yg kuar ngundi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2025 04:00 AM | Show all posts
Edited by clueless_gamer at 14-2-2025 04:01 AM

dia ingat bila menang pilihanraya dengan undi terus negara akan tunduk bawah dia? siapa ajar mcm tu?

kerajaan dalam negara ni tetap akan ada satu sahaja iaitu KERAJAAN MALAYSIA, cuma parti pemerintah ni sahaja akan bertukar setiap 5 tahun.. si bodoh yg selalu kena brainwash dgn ceramah politaik extreme je mudah percaya slogan camtu.. dah tua pun kena tipu lagi dgn YB nih
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 04:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Halah halah… sembang konnehhh. Tak sabar tunggu Jibun diampornkan … biar tinggal 10 je!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.035540 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list