View: 12686|Reply: 87
|
[Jenayah]
Nampak Menakutkan, Pengantin Pilih Tema Gothic Semasa Majlis Persandingan!
[Copy link]
|
|

Bagi kebanyakan pasangan pengantin, ada yang menetapkan tema majlis perkahwinan mereka.
Antara tema yang sering menjadi pilihan adalah Tradisional, English Wedding dan perkahwinan dalam taman (garden).
Namun, lain pula dengan pasangan pengantin ini yang memilih tema majlis persandingan yang jelas berbeza dari kebiasaan.
Menerusi hantaran oleh jurusolek (MUA) pengantin berkenaan di Facebook Dib Diba, wanita itu berkongsi kisah pelanggannya yang menjadikan konsep Doom & Gothic sebagai tema majlis persandingan.
Difahamkan, pengantin lelaki itu merupakan vokalis dan gitaris sebuah kumpulan metal tempatan.
“Terima kasih Kak Sa hire Dib. Orang hati sado je boleh buat tema macam ini. Tak pelik la sebab suami dia pun vokalis dan gitarist Modar metal band,” kongsinya.
Jelas Dib lagi, dia pada mulanya terkejut apabila pengantin perempuan dari Bukit Kuang, Chukai, Terengganu meminta dia untuk menyoleknya dengan tema tersebut.
“Sepanjang berkarya sebagai MUA, tak pernah bride (pengantin perempuan) request mekap look Gothic Vampire untuk tema sanding. Biasanya kalau makeup look macam ni client request untuk event.
“Kali pertama WhatsApp ingatkan akak ni nak look smokey eyes. Sekali dia send gambar mekap ghotic. Terkejut kita dan terfikir-fikir biar betul akak ni, tak pernah dibuat orang ni,” kongsinya.
Bagi merealisasikan impian pengantin itu, Dib turut menjelaskan dia ada membuat perbincangan bersama pelanggannya itu.
Malah, dia menjelaskan hanya mahu merealisasikan permintaan pelanggan di hari bahagia mereka.
“Bincang punya bincang, dari part mata, lens, lipstick maka terhasil la mekap bride gothic ini.
“Masing-masing ada minat dan citarasa sendiri, sebagai MUA, Dib tolong realisasikan ikut request client. Raikan perbezaan kita. Yang penting pengantin happy,” katanya lagi.
Dib juga turut berkongsikan solekan pelanggannya ketika majlis akad nikah yang bertemakan princess.
Hantaran tersebut nyata mendapat perhatian pengguna media sosial. Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri mengenai tema tersebut.
Ramai yang teruja dan menyifatkan ia satu pilihan yang unik memandangkan tidak ada yang berani berbuat demikian di hari bahagia mereka.
Malah, ada pengguna media sosial berpendapat, pelamin dan pakaian pengantin lelaki sepatutnya turut mengikut tema yang sama.
Tidak hanya itu, ada juga yang memuji hasil kerja jurumekap terbabit dalam menghasilkan solekan berkenaan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dah mcm mak wednesday tp versi muslimah |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu2 aku rajin tgk say yes to the dress.mana2 bride to be nak tema gothic ni kebanyakan ended up x jadi pun ambik black dress.kalo jadi pun jadi 2nd dress masa reception.sbb nya kalo boleh diorg pujuk try white dress.bila dah try boleh mengubah fikiran |
|
|
|
|
|
|
|
ikut mung lah
mung yg nak simpan gegambo tu karang nak tunjuk ke anak cucu khuens |
|
|
|
|
|
|
|
dah x lawa terpakse lah buat yg bukan2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Baca thread ni teringat pasal article kat Mastika tentang budak2 pompuan gothic bertudung lepak kat Sg Wang. Circa before 2010.
Time tu, saya pun ada beberapa persalinan dress up gothic ni. Dress hitam gothic- worthy time tu susah nak cari. Bukan fashion trend at that time. Ada kedai kat Times Square yg khas jual barang2 gothic ni. Kena ada membership utk masuk. Macam saya pulak , di offer membership dan saya terima.
Berapa lingkungan umur pasangan pengantin ni ya? Klu both of them were teenagers before 2010, mungkin tema ni mengimbau kembali zaman muda remaja belia mereka.
Klu kena gaya, dressing gothic ni sangat stylish. Yg penting, si pemakai boleh carry the attitude of that design. |
|
|
|
|
|
|
|
lakinya idok plk ikut gothic

mesti sejenis ganaih gok ats katil akak ni
|
|
|
|
|
|
|
|
3,5 yrs down the road... pasti dia menyesal throwback gambo kawen  |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 17-2-2025 05:21 PM
gothic nya x nampak menyerlah, payung pun x muat, baik pakai telekung sembahyang black dari jauh sama ja rupa,
Pinggang kena ada, kena ada kain putih jaring2 warna black atau kain putih sulam hitam baru la nampak gothic |
|
|
|
|
|
|
|
kalau buat utk photoshoot luar ala gothic ok la jgk. sayang weh gamba kawen atas pelamin gini. meols zoom dh mcm undertaker versi muslimah pulak, sorry. |
|
|
|
|
|
|
|
dari gambar yg ditepek, tgk lakinya biasa2 je, bj melayu hitam je. pengantin pompuan yg lebih. sapa yg black metal?  |
|
|
|
|
|
|
|
aneh2 ye pengantin sekarang ni aduiii |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu
Boleh tu boleh tema gotikk kalau bride tu badan cam mimi lana..kurus tinggi slim free hair
Tapi kalau bride tu badan boolaat gempal bertudung nmpk hodoh cam ngai |
|
|
|
|
|
|
| |
|