CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26120|Reply: 7

[Tempatan] Nelayan dah tegur supaya Norshamira tak pergi jumpa suspek

[Copy link]
Post time 16-2-2025 07:13 PM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Seorang nelayan terkilan kerana tidak menghalang mangsa kes pembunuhan peniaga wanita ketika sedang menghantar barang niaga kepada suspek di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada malam Rabu lepas.

Nelayan yang hanya mahu dikenali Mohamad, 40, berkata, dia yang sedang minum di sebuah gerai bersama rakannya ternampak mangsa keluar dari kereta menuju ke penghujung jalan jeti berkenaan sekitar 8 malam.

Mohamad berkata, dia bersama rakannya menegur mangsa supaya tidak pergi ke jalan itu kerana keadaan gelap dan tidak dilalui penduduk pada waktu malam, namun mangsa tetap juga pergi sebaik melihat suspek memanggilnya.



"Saya sangka mangsa kenal rapat dengan suspek sebab mangsa tetap hendak ke sana, jadi saya tidak halang dan tanya lanjut. Dia pun tidak minta teman.

"Kami tidak nampak suspek cuma kelihatan cahaya lampu telefon yang dilambai suspek kepada mangsa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kes pembunuhan itu.

Mohamad berkata, jika dia mengetahui pelanggan yang ditemui mangsa adalah suspek, dia akan bertindak menghalangnya daripada berjumpa suspek.

"Kalau saya tahu, memang saya tidak bagi jumpa dan akan teman mangsa kerana suspek memang dikenali penduduk sekitar sebagai bermasalah," katanya.

Sementara itu, seorang lagi nelayan yang hanya ingin dikenali sebagai Jailani, 50, memberitahu kebanyakan nelayan mengenali suspek yang sebelum ini pernah menetap di kawasan berkenaan.

"Tapi, kami sudah lama tak jumpa dia... Cuma dua tiga hari ini, dia datang kembali ke sini sebelum kejadian dan berlegar-legar di kawasan sekitar dan kami tidak sangka dia melakukan perbuatan itu," katanya.

Polis hari ini membawa suspek utama pembunuhan itu ke tempat kejadian menaiki sebuah kereta yang turut diiringi beberapa kereta polis kira-kira 2.30 petang dengan memakai baju lokap.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek dibawa ke lokasi untuk membantu siasatan kes pembunuhan itu.

"Suspek dibawa ke lokasi untuk siasatan lebih lanjut dan mendapatkan bahan bukti lain di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam polis menahan seorang lelaki di kawasan perumahan Wakaf Tembesu Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu pada pukul 5.30 pagi dan merampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian selain dokumen bagi membantu siasatan.

Suspek berusia 53 tahun itu direman seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan kes bunuh Norshamira Zainal, 37, yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini Khamis lepas, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2025 07:58 PM | Show all posts
sebenarnya tu tanggungjawab suami
lainla dia dh janda

tapi benda dh jadi
takziah
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 07:59 PM | Show all posts
Kalaulah nelayan2 ni pergi spot check kt tepi jambatan tu...sgt suspicious dlm gelap malam meranduk tepi semak nak hantar sambal...tak masuk akal waras manusia tapi itulah mmg dah tiba ajalnya, semua tak bergerak
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 08:20 PM | Show all posts
bila tgk video arwah menjual tu, tak rasa pelik dia berani jumpa suspek sebab baik sangat arwah ni. Suspek pun dah 2 kali beli dgn dia tu yg dia tak suudzon
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 08:41 PM | Show all posts
lotusteratai replied at 16-2-2025 08:20 PM
bila tgk video arwah menjual tu, tak rasa pelik dia berani jumpa suspek sebab baik sangat arwah ni.  ...

oh dah pernah beli. memang suspek dah aim la ni.
ada jugak tgk video tiktok arwah menjual meja ke meja.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah nampak bayang soalan yang nak dikemukakan kepada ustad janggut batak viral tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2025 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Arwah COD ke malam2 buta?mmg kerja keras sungguh... kesiannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.073917 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list