Edited by maklukpenggoda at 18-2-2025 10:08 AM
KUALA LUMPUR: Ernie Zakri ternyata berada dalam kelas tersendiri ketika menyampaikan lagu Aura di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39, malam tadi.
Lontaran vokal cukup memukau Ernie sambil diiringi 10 penyanyi latar mengundang sorakan gemuruh penonton yang menyaksikan persembahannya secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini.
Bukan itu sahaja, Ernie turut menerima 'standing ovation' sebaik mengakhiri persembahannya dengan lontaran vokal tinggi yang cukup mempersonakan.
Konsep bunga yang menjadi pilihan Ernie pada AJL 39 kali ini menjadi tarikan, malah turut diserikan dengan curahan ribuan cebisan kertas berkilau di akhir persembahannya.
Aura adalah lagu ciptaan Ernie bersama John Jeeves dan Firdaus Rahmat.
Dengan persembahan memukau ditampilkan, Ernie berkemungkinan mampu meraih sesuatu pada penganjuran AJL yang sudah memasuki edisi ke-39 ini.
BH
|