CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25370|Reply: 3

Lelaki maut dirempuh kereta ketika bantu mangsa kemalangan

[Copy link]
Post time 17-2-2025 09:13 AM | Show all posts |Read mode





BENTONG: Niat murni seorang daripada empat pengguna jalan raya yang cuba membantu mangsa kemalangan bertukar tragedi apabila maut dirempuh kereta yang hilang kawalan di Kilometer 69.2, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), di sini, petang semalam.


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menerima panggilan memaklumkan kemalangan yang berlaku itu.


"ada mulanya beberapa kenderaan yang lalu di kawasan itu berhenti bagi membantu kereta yang terbabas ke dalam longkang.


"Semasa pengguna jalan raya membantu mengawal lalu-lintas, sebuah kereta hilang kawalan dan merempuh dua mangsa di tempat kejadian," katanya.


Katanya, akibat kemalangan itu, empat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan.


"Seorang daripada mereka dikenali sebagai Tan Wing Foo, 47, meninggal dunia semasa menerima rawatan.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


"olis memohon kerjasama pihak yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan," katanya.


Beliau berkata, polis menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati ketika membantu mangsa kemalangan.




Sumber – BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2025 09:29 AM | Show all posts
Pemandu lain elok jer aware apa berlaku kat depan.
Tang kau pulak, samada pandu laju atau tidak fokus pemanduan.
Tak memasal orang lain jadi mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 04:49 PM | Show all posts
"Semasa pengguna jalan raya membantu mengawal lalu-lintas, sebuah kereta hilang kawalan dan merempuh dua mangsa di tempat kejadian,"

Then what happened to that car and the driver?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm tt aritu ramai netizen yg kecam berjemaah owner dashcam cuma tau rakam bideo tp x nk bantu mangsa moto tergolek, maybe ni la jawapan owner dcam tu gamaknya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.035449 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list