View: 28076|Reply: 4
|
[Tempatan]
Perbezaan bukan melemahkan, tetapi kekuatan negara - Anwar Ibrahim
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menekankan bahawa kerencaman dan kepelbagaian di Malaysia tidak seharusnya melemahkan hubungan sesama masyarakat, sebaliknya dijadikan sebagai kekuatan ke arah negara yang lebih makmur dan maju.
Ketika berucap pada Majlis Memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj hari ini, beliau berkata ia selaras dengan pemilihan cogan 'Bersekutu Bertambah Mutu' pada jata negara oleh Bapa Kemerdekaan itu, yang meyakini perbezaan mampu memberi kekuatan kepada negara.
Perdana Menteri menzahirkan rasa kagumnya kepada Perdana Menteri Malaysia yang pertama itu, dengan menyifatkan tidak ada mana-mana individu yang mampu menyentuh hati semua kaum di negara ini seperti dilakukan Almarhum Tunku Abdul Rahman ketika dahulu.
"Perbedaan boleh melemahkan, boleh digunakan untuk menanam kebencian, tetapi Almarhum Tunku Abdul Rahman dari awal meyakini bahawa kepelbagaian dan perbedaan itu boleh menambah kekuatan.
"Sebab beliau konsisten bicara soal perpaduan negara baik negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Sabah dan Sarawak, menerima kenyataan kepelbagaian kerencaman kaum dan budaya…Ya, Tunku Abdul Rahman adalah antara yang meletakkan tunggak prinsip-prinsip negara," katanya.
Turut hadir pada majlis itu Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil serta cucu Tunku Abdul Rahman Datin Seri Sharifah Menyalara Hussein.
Anwar berkata, Almarhum Tunku Abdul Rahman telah meletakkan asas penting dalam pembinaan negara ini melalui beberapa prinsip utama yang masih dipertahankan sehingga kini.
"Tunku Abdul Rahman menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, Islam sebagai agama Persekutuan, hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera serta kedaulatan Raja-Raja Melayu perlu dipertahankan," kata beliau.
Perdana Menteri berkata, meskipun prinsip-prinsip itu dijaga, Bapa Kemerdekaan itu tetap mengamalkan sikap keterangkuman dengan mengambil kira semua kaum dan budaya dalam membentuk identiti Malaysia.
Anwar berkata, Tunku Abdul Rahman juga tidak terlepas daripada menghadapi pelbagai cabaran dalam mempertahankan prinsip asas negara.
"Ini harus kita ingat, kerana apa yang beliau (Tunku Abdul Rahman) perjuangkan walaupun umumnya diterima oleh majoriti rakyat, beliau tidak terlepas daripada hambatan, singgungan, sergahan dan usaha-usaha untuk melanggar dan menolak prinsip-prinsip ini," kata Perdana Menteri.
Justeru, Anwar menegaskan rakyat perlu terus berpegang kepada prinsip yang telah diasaskan pejuang terdahulu, bagi memastikan Malaysia kekal sebagai negara yang bersatu, maju dan makmur.
Beliau turut menyeru generasi muda supaya lebih memahami dan menghargai perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, dalam membina Malaysia yang bersatu dan stabil.
Sehubungan itu, Anwar berkata, Memorial Tunku Abdul Rahman dapat menjadi platform bukan sahaja untuk memperingati sejarah, tetapi memupuk kesedaran dan memberi pengajaran kepada rakyat khususnya kepada generasi kini tentang pengorbanan dan perpaduan.
Sumber – Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
masalahnya..
ada pihak2 yg cuba bakar permusuhan antara kaum
jadi batu api (dalan porum cari ni ada porumer2 jenis ni)
pihak2 ni diketuai oleh pemimpin parti politik yg resuah dan disokong oleh kroni2 nya termasuk cybertrooper
masa berlaku selisih paham antara kaum
depa geng2 perasuah ni akan menangguk di air keroh
rompak juta2 billion2 dan agih sesama depa
yg paling rugi n bodo adalah sesapa yg termakan umpan geng2 jahat ni |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah ini berarti PMX Anwar Ibrahim secara "IMPLISIT 100% AGREE" atas fakta yang terjadi di negaranya bahwa Politik Perkauman, Racism, Apartheid, Discrimination serta mengistimewaan status Bangsa Melayu adalah PILIHAN TERBAIK bagi MalayDesh karena akan "MEMPERKUAT dan MEMPERKUKUH" negara MalayDesh ...?
JIka benar .. maka tampaknya eksistensi MalayDesh akan lebih cepat "HILANG dan TERHAPUS" dari peta dunia ...  
|
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 18-2-2025 01:02 PM
Apakah ini berarti PMX Anwar Ibrahim secara "IMPLISIT 100% AGREE" atas fakta yang terjadi di negara ...
no holland...no party |
|
|
|
|
|
|
| |
|