View: 28428|Reply: 11
|
[Jenayah]
Saksi tutup jasad Zayn Rayyan guna 'sweater', lindungi dari orang awam
[Copy link]
|
|
Petaling Jaya: Seorang anggota polis memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bahawa beliau menutup jasad Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin menggunakan baju sejuknya, semasa menemukan kanak-kanak autistik itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mengiring di atas batu pasir, di aliran anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai.
Koperal Mohammad Hunter El Arash Jeanawie Untam, 35, berkata, kawasan itu penuh dengan dengan orang awam ketika kanak-kanak itu ditemukan, semasa operasi mencari Zayn Rayyan pada malam 6 Dis 2023.
"Saya dengar jeritan yang mengatakan "dah jumpa tuan, dah jumpa tuan". Saya bersama sekumpulan orang awam menyusuri anak sungai itu dan keadaan ketika itu gelap. Saya lihat keadaan arwah (Zayn Rayyan) ketika itu tidak sedarkan diri dan mengiring di atas batu pasir.
"Keadaan ketika itu riuh rendah dan saya bertindak membuka sweater saya, serta tutup arwah. Kami melindungi arwah daripada dihampiri dan diambil gambar oleh orang awam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Aqharie Durranie Aziz, pada hari keenam perbicaraan kes pengabaian dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya Ismanira Abdul Manaf.
Mohammad Hunter yang merupakan anggota Balai Polis Petaling Jaya berkata, sementara menunggu pihak forensik tiba di lokasi berkenaan, beliau terdengar jeritan orang awam yang mengaku dirinya ayah Zayn Rayyan.
"Saya dengar seorang orang awam menjerit "siapa bunuh anak aku, aku nak peluk anak aku" dan saya mengarahkan orang awam menghalang tindakan lelaki itu untuk menghampiri arwah," katanya.
Saksi pendakwaan ke-13 itu berkata, setibanya pihak forensik ke lokasi berkenaan, beliau memaklumkan kepada pasukan terbabit bahawa sweater yang menutupi jasad Zayn Rayyan adalah miliknya, sebelum beredar naik ke atas bagi memberi ruang kepada pasukan tersebut menjalankan tugas.
Kepada soalan peguam Haresh Mahadevan yang mewakili pasangan suami isteri itu, Muhammad Hunter berkata beliau tidak pasti orang awam yang mengikuti misi pencarian membuat rumusan bahawa Zayn Rayyan telah meninggal dunia atau dibunuh.
Beliau juga tidak pasti bahawa datuk kepada Zayn Rayyan iaitu Zahari Mohd Reba melihat keadaan cucunya dan telah memberitahu Zaim Ikhwan bahawa kanak-kanak itu telah dibunuh.
Sementara itu, seorang penduduk apartment itu Siti Natrah Ismail, 68, memberitahu mahkamah bahawa beliau ada melihat dua kanak-kanak berkejaran pada tengah hari 5 Dis 2023 semasa sedang menyidai kain di ampaian belakang rumahnya yang terletak di aras paling bawah di Blok R apartment berkenaan.
Bagaimanapun, saksi pendakwaan ke-12 itu berkata, beliau tidak pasti siapakah dua kanak-kanak lelaki terbabit, yang masing-masing memakai baju sekolah dan berbaju putih serta seluar hitam.
"Masa saya masuk rumah, saya tidak nampak dua kanak-kanak itu dekat tangga depan rumah saya. Ini bermakna kanak-kanak itu sudah naik van sekolah," katanya yang tinggal di apartment itu selama 21 tahun.
Dalam pada itu, TPR Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin memohon agar prosiding perbicaraan yang berlangsung esok melibatkan dua saksi pendakwaan kanak-kanak dijalankan secara siar langsung, serta ditemani orang dewasa.
"Saksi-saksi itu tidak akan berada di dalam bilik mahkamah tetapi akan berada di lokasi lain dan keterangan mereka akan diambil melalui sambungan video.
"Pihak media tidak boleh mendedahkan identiti mereka dan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika melanggar undang-undang," katanya.
Hakim Dr Syahliza Warnoh membenarkan permohonan prosiding itu berlangsung secara tertutup dan ditemani orang dewasa yang ditempatkan jauh daripada dua kanak-kanak terbabit.
"Pihak media tidak dibenarkan melapor apa-apa butiran mengenai kanak-kanak ini dan sebarang perkara yang berkaitan kes ini bagi melindungi kanak-kanak terbabit.
"Selain itu, mahkamah menetapkan Khamis ini bagi saksi-saksi yang terlibat membuat pengecaman lokasi kejadian. Maknanya, tiada pihak lain yang perlu hadir kecuali hakim, jurubahasa, timbalan pendakwa raya, peguam, tertuduh dan saksi-saksi yang terlibat," kata Syahliza.
Pada 13 Jun 2024, Zaim Ikhwan dan Ismanira kedua-duanya berumur 30 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu, dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini pada 12 tengah hari, 5 Dis hingga 9.55 malam, 6 Dis 2023.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 6 Dis 2023, mayat Zayn Rayyan ditemukan di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.
Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.
Perbicaraan bersambung esok.
Sumber – Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pjg lg kisahnya...keadilan??? Tahla wujud ke tidak ....hanya Allah SWT sebaik2 yg mengadili....tp sudah tentu den pun nk tau perjlnan kisahnya...mmm
Muka berlagak sungguh nmpknya..rs cm nk bg penyepak jer... harktuih |
|
|
|
|
|
|
|
terus aiols gugel nama Muhammad Hunter |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya dengar seorang orang awam menjerit "siapa bunuh anak aku, aku nak peluk anak aku"
---------
Mmm fishy nya. Siapa pun x tau apa jadi bapak nya dah sebut anaknya dibunuh? |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 18-2-2025 09:14 AM
"Saya dengar seorang orang awam menjerit "siapa bunuh anak aku, aku nak peluk anak aku"
---------
Mm ...
kan?
dah la masa ni tgk mayat pun belum, ujung2 kat sana dah jerit org bunuh anak ko.
ayah mangsa everytime masuk&keluar court muka mcm mintak penampar  |
|
|
|
|
|
|
|
Mohammad Hunter El Arash Jeanawie Untam --- so hot nama die 
(TPR) Aqharie Durranie Aziz -- sedap nama ni
ok back to the case
semoga perjalanan perbicaraan ni smooth
bukti yg ada, statement saksi pun cukup kuat utk sabit pesalah yg berkenaan
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru jumpa, belum tengok/nampak anak lagi dah memekak jerit2 siapa bunuh.... so fishy.. dengan muka berlagak nak mampos anak beranak.. semoga melingkup lah korang. Anak hilang boleh acah2 pegi kerja, hujung2 kerja ngan bapak je pun...bapak backup anak ada alibi... so fishy fishy... |
|
|
|
|
|
|
|
kes ni bagaikan di angin lalu je nanti. aku terbaca fb peguam asiah pasal dia ulas kes ni. katanya dia confirm parents zayn tak terlibat dalam pembunuhan ni sbb dah tgk pic post mortem arwah. macam nak deny pic yg ES leak tu bukan pic post mortem arwah.. lg 1 dia kata kalau la mahkamah dah rasa parents yang bunuh, kes ni takkan dibawa ke mahkamah seksyen je. patut nya dah masuk mahkamah tinggi  |
|
|
|
|
|
|
|
mizruncing replied at 18-2-2025 11:24 AM
kes ni bagaikan di angin lalu je nanti. aku terbaca fb peguam asiah pasal dia ulas kes ni. katanya d ...
Mmg pelik kes ni..ramai org n pihak polis cam yakin je pembunuh parents dia tapi nape x dakwa kes bunuh tapi kes pengabaian...yang ni yg x paham..mmg pembunuh org lain ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
kes yang antara pelik kat msia
tak caya aku
yang tembak rambang tu pun boleh mati kena tembak kat pulau mana ntah
itu pun aku kurang sikit nak percaya
susah sikit otak ni bila bnyk tgk csi...lol |
|
|
|
|
|
|
|
Harap keadilan utk ZR
Tgk mak ayah mcm tak sedih pun. Mmg le dah lama tp kematian yg mcm ni kalau aiol tetap sebak |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee: Mohammad Hunter El Arash Jeana ...
Hesmes tak beliau? |
|
|
|
|
|
|
| |
|