View: 28831|Reply: 20
|
Lelaki hadir acara pakai fesyen feminin dianggap melampaui batas, tak patut dinormalisasi
[Copy link]
|
|
PENAMPILAN lelaki-lelaki yang hadir ke sebuah acara hiburan berprestij mencetuskan kontroversi apabila mereka memakai pakaian dengan ciri feminin.
Acara tersebut menyaksikan kelompok tersebut mengenakan pakaian baju labuh beropol, aksesori berlebihan serta solekan tebal dipertontonkan tanpa segan silu.
Situasi itu menimbulkan kebimbangan dan pertikaian ramai berhubung normalisasi fesyen yang bertentangan dengan fitrah?
Dalam pada itu, ramai yang turut mempersoalkan mengapa golongan sebegini terus diberi ruang dan perhatian dalam industri hiburan.
Hukum tasyabbuh menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Dalam Islam, hukum menyerupai jantina yang berlawanan (tasyabbuh) bukan sekadar isu fesyen, tetapi berkait rapat dengan larangan syarak.
Dari Ibn ‘Abbas R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
"Nabi SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki." (Riwayat al-Bukhari)
Hadis ini jelas menunjukkan bahawa perbuatan menyerupai jantina lain adalah haram, malah dilaknat oleh Rasulullah SAW.
Ini bukan sekadar pandangan konservatif, tetapi satu peringatan yang wajib diambil serius.
Kenapa perlu berhati-hati?
Menurut para ulama, tasyabbuh berlaku dalam beberapa aspek:
1. Pakaian- Lelaki yang memakai pakaian wanita seperti gaun, skirt atau aksesori feminin.
2. Perhiasan- Memakai alat solek, subang, gelang atau rantai yang dikhaskan untuk wanita.
3. Percakapan dan suara- Cara bercakap dan nada suara yang dibuat-buat menyerupai wanita.
4. Gaya berjalan dan gerak badan- Lenggok tubuh dan cara berjalan yang dimaniskan seperti wanita.
5. Mengubah bentuk fizikal- Seperti suntikan hormon atau pembedahan plastik untuk kelihatan lebih feminin.
Islam menekankan bahawa lelaki harus menjaga sifat kelelakian mereka, sama seperti wanita perlu memelihara sifat kewanitaan.
Identiti ini bukan sekadar budaya, tetapi fitrah yang ditetapkan oleh Allah SWT.
Normalisasi yang perlu dihentikan
Industri hiburan perlu lebih sensitif dan mengetengahkan imej yang mencerminkan nilai-nilai Islam dan budaya tempatan.
Memberikan platform kepada golongan yang terang-terangan menentang batas syarak hanya akan membuka lebih banyak ruang kepada budaya songsang (LGBT).
Pada Isnin, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga turut membuat satu hantaran mengenai larangan menyerupai jantina lain selepas tularnya isu berkenaan.
Daripada Abu Qatadah R.A, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan orang perempuan yang memakai pakaian lelaki. (Riwayat Abu Daud (4098)
Dalam pada itu, Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee menegaskan bahawa Jakim memandang serius isu tular berkenaan seorang lelaki Muslim yang berpakaian seperti wanita dalam sebuah program hiburan.
Perkara tersebut telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat serta menyentuh sensitiviti agama Islam dan budaya di Malaysia.
Sumber – mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
acara hiburan apa,ajl ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ok je dorg nak dressing mcm mana pun bukannya kaco org huh |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya diorg rasa ini je platform nak show off..
kat tempat lain org buat donno je kat diorg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Fan aina ni banyak pondan rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
sapa depa ni sume??ke mana2 pondan blh anto borang nak join? |
|
|
|
|
|
|
|
feelingnya jalan lenggang lenggok
dah kena suntut ke jalan mcm tu
elok ban je kalau tak makin membiak
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus kena tegur sbb melampau pulak.siap kalau ada tiktok influencer tu..ya ampun..fesyen ntah hape2..si aggy tu..si azfar..bagus kena tegur..berpadalah semua |
|
|
|
|
|
|
|
satu je nak ckp..huduh.....
.huduh to the max.
|
|
|
|
|
|
|
|
yG lelaki memondan tak ingat dunia, Ara Johari pulak kali ni nampak feminin dgn rambut panjang.. meolls like it.. ekekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Iols bukan enabler, cuma dulu pun Iols tak amik kisah sangat
sebab kawan2 Iols pun ada yang jenis ummah lemari ni
tapi diorang idok ler sampai pakai baju perempuan, perangai gedik bagai
kalau dah rupa gini, Iols pun join menentang, juga membekalkan berbakul caci dan maki |
|
|
|
|
|
|
|
muka2 masing2 pun pecah tanah ahhahahahahahaa |
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu kalau retis2 pompuan yg pakai mcam berkemban tu pon patut disoal! |
|
|
|
|
|
|
|
Antara Jalan Laknat aka AJL adalah seperti ini. Jangan 'menguji' ya! |
|
|
|
|
|
|
|
PULANGKAN replied at 18-2-2025 03:02 AM
Iols bukan enabler, cuma dulu pun Iols tak amik kisah sangat
sebab kawan2 Iols pun ada yang jenis um ...
Pada I lelaki lembut ok lagi, jenis tak kacau orang. Bising pun within group diaorg je. Baik pun baik golongan ni.
Tpi yg ni pondan acah2 high class, wlpun rupa serupa ….. malaih nak shaming, simpan dalam hati jer. |
|
|
|
|
|
|
|
zaman dedulu kalo jantan masuk tv rambut panjang pun tak bole..skrg mcm2 ada. helok dijotoskan aje. jijik okeh |
|
|
|
|
|
|
|
Dunia ni kita kongsi. Memasing hidup ja lah dgn cara yang membahagiakan diri sendiri. Jangan serabutkan kepala risaukan masalah orang lain. Tak berbaloi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa nk heran KL kot..lagikan kat Kedah serambi mekoh tu pun aman2 jah maknyah tayang kopek
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|