Suspek kes tembak di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam di Shah Alam, pada 8 Februari lalu, maut ditembak di Pulau Ketam, pada awal pagi Selasa.
Memetik laporan Harian Metro, suspek lelaki warga tempatan yang berusia lingkungan 30-an itu mati selepas berbalas tembakan dengan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kira-kira jam 3 pagi.
Menurut Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan, insiden itu berlaku di sebuah bilik hotel di Pulau Ketam ketika polis melakukan serbuan.
Pasukan polis berjaya menembak mati suspek terbabit.
Polis juga menemui dua pucuk senjata api berisi peluru bersama suspek.
Hasil semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah termasuk satu kes jenayah dadah dan tujuh kes jenayah samun selain dipercayai terbabit dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah Setia City Mall, baru-baru ini.
Pada 8 Februari lalu, polis menerima laporan tentang insiden tembak yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam. Suspek telah melepaskan tembakan kepada seorang pekerja pembersihan sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan.
Suspek kemudian menahan sebuah Perodua Ativa, mengacukan pistol dan memaksa pemandu membawanya keluar sebelum menghilangkan diri di tepi lebuh raya.
Hasil siasatan awal polis mendapati suspek melepaskan tembakan dipercayai akibat berang ditegur pekerja pembersihan supaya mengalihkan barang yang diletakkan di kawasan kejadian.
Post time 18-2-2025 10:04 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Memula SG ingat kes nak rompak kedai emas. Ada tgk live tiktok malam kejadian, katanya nak rompak kedai tomei…. So actually motif bawa bahan api ke mall apa sebenarnya?
Post time 18-2-2025 12:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Nice la pdrm..kasi tanam jer teross..buat abih bogheh jer kalau tangkap hidup2..org suruh alih brg jer ko tembah..ni kalau dabel park org hon suruh alih mau di bazookanya org yg menghon ni
CONFIRM. berbulu jah aku tgk boNGOks ni suruh buat siasatan pasal kes polis tembak mati nelayan indonesia yg seludup dadah kat laut tu. si boNGOks T20 yg tak penah merasa susah jadi marhaen
Post time 18-2-2025 12:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
SalenaGomez replied at 18-2-2025 10:04 AM
Memula SG ingat kes nak rompak kedai emas. Ada tgk live tiktok malam kejadian, katanya nak rompak ke ...
Bila baca kes ni aku terpikir..patutlah kalau ada benda2 perilaku pelik atau yg tak kena pd peraturan, ramai yg memilih untuk amik gambar then viralkan d medsoc..rather than tegur direct depan2.. dlm kes ni kalau menurut laporan media, disebabkan ditegur letak barang je..haa tak pepasal cleaner yg menegur tu kena tembak
Post time 18-2-2025 01:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
bpbbppbp replied at 18-2-2025 01:12 PM
Gila org ni.. kne tegur je lepas 8 tembakan
Mmg gila la kot… tgk rekod jenayah pon dah menakutkan. Ada 9 rekod semua nya
“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah termasuk satu kes jenayah dadah dan tujuh kes jenayah samun selain dipercayai terbabit dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah Setia City Mall, baru-baru ini.”