CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3431|Reply: 51

‘Harap bersabar, pesakit 400 orang', Klinik Kardiologi Hospital Serdang

[Copy link]
Post time 18-2-2025 01:42 PM | Show all posts |Read mode





SERDANG – “Ayoo.. ramainya orang. Sudah tunggu dari pagi maa..”


Demikian rungutan seorang pesakit yang hanya mahu dikenali sebagai Jenny di Klinik Kardiologi Hospital Serdang di sini hari ini.


Menurutnya, dia tiba di Pusat Jantung Hospital Serdang pukul 8 pagi dan sehingga pukul 11.30 pagi belum dapat berjumpa doktor.


Katanya, dia yang merupakan pesara kerajaan sebelum ini menjalani pemeriksaan susulan di Insitut Jantung Negara (IJN)


“Sekarang sudah tidak boleh pergi IJN. IJN tidak terima GL kerajaan. Kena pergi sini (Pusat Jantung Hospital Serdang)


“Saya rasa sebab itu sini sangat ramai. Ramai dari IJN kena ke sini,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.


Seorang ahli keluarga pesakit dikenali sebagai Zai berkata, dia membawa bapanya ke Pusat Jantung Hospital Serdang kira-kira pukul 8.30 pagi.


Katanya, sehingga pukul 11.30 pagi bapanya tidak dapat berjumpa doktor kerana jumlah pesakit terlalu ramai.


“Saya rasa sebab ramai dari IJN kena ke sini. IJN kata kalau mahu ke IJN semula perlu dapatkan surat daripada Pusat Jantung Hospital Serdang,” katanya.


Sementara itu, Klinik Kardiologi Hospital Serdang melalui satu pengumuman kira-kira pukul 12 tengah hari ini meminta orang ramai supaya bersabar.


“Kita menerima jumlah pesakit yang ramai. ‘Current patient’ hampir 400. Semua pesakit harap bersabar tunggu giliran,” kata pengumuman tersebut.


Sumber: – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2025 02:07 PM | Show all posts
kenapa IJN tak terima gl gomen?
kira IJN jadi private hospital la ye..
pakar jantung gomen pindah from IJN ke hospital sedang?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pelik...kereta pun sampai parking kat tepi kuil hindu tepi highway tu..mmg ramai gila manusia kt hosp serdang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya lahaiii
Majoriti warga emas yg dok tunggu tu
Dahlah uzur & berpenyakit, seharian nak kena tunggu utk dapatkan rawatan
IJN pun dah sesak teruk, dah patut perbesarkan & pindah je lokasi lain
Patut kena bina juga 1 IJN di setiap wilayah timur, selatan, utara & Malaysia timur
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 18-2-2025 02:17 PM
Kesiannya lahaiii
Majoriti warga emas yg dok tunggu tu
Dahlah uzur & berpenyakit, seharian nak kena ...

Sekarang pun dah kekurangan doktor n nurse.

Nak bina hospital baru pun terkial2.

Camno laa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 02:35 PM | Show all posts
projek rumah baru ditarah segala hutan. Sekolah dan hospital tak ditambah. Baby baru hari -hari register. Maunya esok budak-budak belajar dalam kontena rasanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2025 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 18-2-2025 02:07 PM
kenapa IJN tak terima gl gomen?
kira IJN jadi private hospital la ye..
pakar jantung gomen pindah fr ...

Mahathir dah book semua doktor IJN untuk jaga dia sorang jah, dia tak nak mati macam Tun Razak yang kena bunuh dengan doktor luar negara
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 18-2-2025 02:17 PM
Kesiannya lahaiii
Majoriti warga emas yg dok tunggu tu
Dahlah uzur & berpenyakit, seharian nak kena ...

Patut ada kan sis.. aritu masa iols menunggu doktor kat ijn cam kat kuala terengganu satu..  kat sabah satu..  mana p projek tu semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2025 02:50 PM | Show all posts
ambik pengajaran jela.. instead yg muda mudi ni masih lagi dengan makanan dessert manis2 n viral siap beratur panjang lagi. dah camni bising tunggu lama kat sepital
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Freezies at 18-2-2025 02:52 PM

Mmng dari dulu mcm ni.tk kisah la hospital mana2.tapi nak buat mcm mano percuma la katakan.
Arwah akak iols jantung berlubang refer pakar kardiologi Hospital Kuantan.masuk 8 pagi,pukul 2 petang baru keluar hospital.ni cerita 10 tahun lepas lah....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 18-2-2025 02:41 PM
Mahathir dah book semua doktor IJN untuk jaga dia sorang jah, dia tak nak mati macam Tun Razak yan ...

Aritu student um cardiotheracic nak menumpang kat uitm pakat² kecam.. la ni tak cukup pun pakat kecam gak kan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 02:58 PM | Show all posts
ezacbee replied at 18-2-2025 06:23 AM
Sekarang pun dah kekurangan doktor n nurse.

Nak bina hospital baru pun terkial2.

Ramai nurse2 skang kerja kat singapore/arab. Gaji lebih besar. Iolls tanya kawan2 kenapa pindah kerja sana tinggalkan suami & anak2. Rata2 mmg jawap sbb duit.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 03:01 PM | Show all posts
bukan sekarang ni ubat dah pos ke rumah ke?
or yang ni bukan kes rutin yang jumpa doc monthly ekkk
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 18-2-2025 02:41 PM
Mahathir dah book semua doktor IJN untuk jaga dia sorang jah, dia tak nak mati macam Tun Razak yan ...

cam biasa jer dgr bolot2 ni..eh!...dh cam bola...pulok
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 18-2-2025 02:50 PM
ambik pengajaran jela.. instead yg muda mudi ni masih lagi dengan makanan dessert manis2 n viral sia ...

Berbelas tahun iols jaga makan,
Kalau ada amik mknn manis pun kira jarang2 sgt lebih kpd merasa atau mkn sekadar amik hati org yg jamu
Air manis tak minum
Kadang teringin gak nk minum tp tahan je diri gok gok air sejuk dlm tumbler je
Mkn daging merah pun jarang2, mkn byk sayur ayam dan ikan jer
Sayur2 yg dimkn pun semua jenis yg bleh kurangkan kolesterol
Tp bila buat medical checkup, amik darah cek itu ini
Lelain ujian semua ok Alhamdulillah,gout, tiroid pun takde. Hb1ac pun ok.
Tp bacaan kolestrol buat iols rasa sedih sgt
Ntahlaa taktau laa knp kadang jeles ngn org yg badan tebal, selambak mkn melantak tak igt dunia bila buat test darah ok je takde masalah plak

Agaknya sbb genetik kot jaga mkn cemana pun tetap nak tersumbat gak salur darah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 03:32 PM | Show all posts
mizruncing replied at 18-2-2025 02:50 PM
ambik pengajaran jela.. instead yg muda mudi ni masih lagi dengan makanan dessert manis2 n viral sia ...

betul!  mencegah lebih baik daripada mengubati...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2025 03:36 PM | Show all posts
Suchi replied at 18-2-2025 07:24 AM
Berbelas tahun iols jaga makan,
Kalau ada amik mknn manis pun kira jarang2 sgt lebih kpd merasa at ...

btol u.. kadang dah jaga makan pon tetap nak jadi penyakit jugak. tapi at least kita berjaga bab makanan. bukan lah sejenis yg dok hunting makanan viral bagai. iols geram org yg hunting dessert2 ni apatah lagi benda viral. sanggup beratur berjam2 hujan panas. nak tgk dah tua sok jangan nak bising kalau kena q panjang kat hosp gomen dgn ramai2 orang tuu
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 03:39 PM | Show all posts
Allahu Rabb hanya di Malaysia sahaja yg tak nampak lagi kenapa kes2 jantung semakin meningkat sejak 3 thn lepas. Sedihlah sbb kebenaran itu seakan ditutup pd pemikiran kalian...
Fakta dah jelas dan telah diberitahu berkali-kali dan di pihak2 tersebut siap dah mintak maaf kpd perkara ini pun rakyat Malaysia tak nampak lagi ....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ijn org vip kongker ka
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by alesandra at 18-2-2025 03:48 PM
kakikuDibibirmu replied at 18-2-2025 02:41 PM
Mahathir dah book semua doktor IJN untuk jaga dia sorang jah, dia tak nak mati macam Tun Razak yan ...


Tun razak meninggal sbb leukemia kan.mana pulak doctor bunuh dia.memandai je ko
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.045442 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list