View: 3224|Reply: 6
|
Akhirnya terbongkar, Aisyah Aziz bakal nikah lepas raya ini - “Bakal suami bukan orang industri”
[Copy link]
|
|
Penyanyi Aisyah Aziz mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya yang dijangka berlangsung selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Menurut pemilik nama lengkap Nur Aishah Aziz, 30, itu, dia hanya memohon doa daripada semua pihak agar segala urusan menjelang majlis perkahwinannya berjalan dengan lancar.
“Insya-Allah, mohon semua mendoakan saya. Umur saya sudah sesuai untuk bergelar isteri.
“Majlis akan diadakan dalam tempoh terdekat tapi insya-Allah selepas raya.
“Saya akan kongsikan dengan lebih selepas sah diijabkabul. Saya tak mahu terlalu berkongsi sehingga betul-betul sudah selesai,” katanya ketika ditemui pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) di sini, baru-baru ini.
Tambah adik kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, calon suaminya bukan dalam kalangan penggiat seni.
“Bakal suami bukan orang industri,” katanya lagi.
Dia bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai majlis tersebut kepada umum.
Sumber: – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
soooo?
orang singapok kan nih |
|
|
|
|
|
|
|
semoga lakinya setia tak macam abang sendiri
semoga berbahagia |
|
|
|
|
|
|
|
She slim tinggi kan.. bakal somi tinggi gak ke..
I yg kemetot ni mmg suka betul tgk kaki panjang mcm ain idrus, mimi, zahirah.. |
|
|
|
|
|
|
|
bbalik replied at 18-2-2025 01:56 PM
soooo?
orang singapok kan nih
Dulu abg si Haris laki lopa, fanatik dia ni
Fan no 1 |
|
|
|
|
|
|
|
KakRumiMenari replied at 18-2-2025 08:23 PM
She slim tinggi kan.. bakal somi tinggi gak ke..
I yg kemetot ni mmg suka betul tgk kaki panjang mc ...
I yg tinggi pun suke tgk kaki depa hahsha.. masuk bilik pakai suar ketat.. nak pakai kat luar somi hayun dgn parang kang.. haha |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 19-2-2025 08:21 AM
I yg tinggi pun suke tgk kaki depa hahsha.. masuk bilik pakai suar ketat.. nak pakai kat luar somi ...
Wowww untung chuols.. pakai apa mesti cantik.. mesti la tok laki hayun hahaha, sexy kottttt kaki panjang.. lelaki2 mata keranjang kt luar tu ramai.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|