View: 10187|Reply: 13
|
Pembantu penjaga kanak-kanak mengaku tekap sudu besi panas pada kanak-kanak di pusat jagaan
[Copy link]
|
|
SEREMBAN - Pembantu penjaga kanak-kanak di sebuah pusat jagaan di sini yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan melakukan penderaan fizikal terhadap empat kanak-kanak perempuan Ogos tahun lalu, telah menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.
Tertuduh, Puteri Nurin Amalina Ahmad Daud, 21, menukar pengakuan ketika prosiding mendengar keputusan representasi di hadapan Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi dan Datin Surita Budin.
Mengikut empat pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap empat kanak-kanak perempuan berusia lima dan enam tahun telah menganiayai mereka dengan cara menekap sudu besi panas di lengan mereka sehingga menyebabkan kecederaan fizikal seperti melecur.
Kesalahan itu dilakukan sekitar bulan Ogos di sebuah pusat jagaan di Taman Merbok Ria di Rasah, Seremban.
Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a), Akta Kanak-Kanak 2001[Akta 611] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta yang sama.
Sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Sebelum itu, pihak pendakwaan memaklumkan yang representasi tersebut telah ditolak, namun terdapat perkembangan terkini dan memohon pertuduhan dibacakan.
Mahkamah kemudian menetapkan 19 Mac depan untuk penyediaan laporan sosial dan fakta hukuman.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Noorashikin Nasarudin dan Nurul Balkis Zunaidi manakala tertuduh diwakili peguam, Boestamam Ahmad.
Media pada 18 Oktober lalu melaporkan pihak pembelaan yang mewakili Puteri Nurin Amalina akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berkaitan pertuduhan melakukan penderaan fizikal dan pengabaian terhadap empat kanak-kanak yanh dihadapinya.
Perkara terbabit dimaklumkan peguam Najib Zakaria bersama Doreena Abdullah yang mewakili tertuduh ketika itu.
Najib dan Doreena adalah barisan peguam yang dilantik bagi mewakili GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).
Sumber: – Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti test tekap kat lengan ko lak. ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
memang harey perangai. kalau dlm diri tu mmg takdak hati perut nk menjaga budak, jgn dok gagah nk keja jd pengasuh |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu kenapa la buat perangai macam ni
sedih betul |
|
|
|
|
|
|
|
Iols mmg admit iols ni tidaklah penyabar mana..jd mmg idok le nk keje dgn budak2 ni..ngadap anak sendiri cukup la..paling tak paham dgn golongan yg mmg bukan penyabar, pakej tak suka budak..tp pegi apply keje pengasuh..ko dah kenapa?? Kalau xde kelulusan pun pegi la keje kilang tu berlambak je kosong jawatan |
|
|
|
|
|
|
|
Ko keje jaga budak sbb nk duit je kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Ko keje jaga budak sbb nk duit je kan? |
|
|
|
|
|
|
|
amboii berjemaah ko sudukan bdk2 kecik tu ye.
![](static/image/smiley/default/huffy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Ampon dek.umur muda lagi dh ade rekod bersalah.susah cari kerja. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa bg sudu panas kat budak2 tu
Macam2 la ko ni
Kalau taknak keja jaga budak dan tak boleh sabar jangan buat budak2 tu macamtu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak penyabar, tak minat mendidik, tak minat budak2.... resign je lah...cari kerja askar, polis, majistret ke apa yg sesuai dgn ko. |
|
|
|
|
|
|
|
Kebanyakkan tadika suka ambik bdk2 lepas spm Dan umur muda2. Harap boleh consider la ambik golongan yg lebih tua sikit yg penah jaga anak ke cucu (yg Masih sihat Dan kuat). Ni ambik muda2 tangan Pon berjahit dgn Fon 24 jam mana maunya |
|
|
|
|
|
|
|
Eh betine bangsat! Ko tu anak biforti takdak zantan yang kebuloq kat hang. Orang bagi keje pon ini yang ko buat. Bak sini sudu panas lebur tu aku tekap kat bijik ko pulak. ![](static/image/smiley/grapeman/10.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|