View: 10489|Reply: 4
|
Tiga syarikat pecah monopoli Puspakom bukan 'syarikat rm2' - Anthony Loke
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR - Tiga syarikat baharu yang diberikan kelulusan bersyarat bagi melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) bukan 'syarikat RM2', sebaliknya mempunyai keupayaan modal yang mencukupi untuk melengkapkan keperluan infrastruktur berdasarkan kriteria ditetapkan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, justeru tidak timbul isu meskipun syarikat-syarikat berkenaan baru ditubuhkan untuk permohonan operasi perkhidmatan tersebut selagi pihak terlibat memenuhi syarat sebelum diberikan lesen operasi.
Tegas beliau, kerajaan tidak akan memberikan lesen operasi sekiranya syarikat-syarikat tersebut gagal memenuhi kriteria dalam tempoh dua tahun.
"Syarikat yang dikatakan lapan bulan ini, dia ada perniagaan lain, bukan syarikat baharu. Bukan syarikat RM2...(tapi) syarikat yang ada (modal) RM20 juta...ada modal yang cukup.
"Syarikat ini juga milik penuh bumiputera...ketiga-tiga pengarah bumiputera...jadi kita kena ada kena yakinanlah kepada syarikat-syarikat ini," katanya ketika Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau menjawab soalan tambahan daripada Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) yang mahu tahu sama ada terdapat kriteria teknikal yang ditetapkan, membolehkan tiga syarikat yang tiada pengalaman dipilih, serta mekanisme pemantauan ketat memastikan mereka mencapai kriteria.
Mengulas lanjut, Anthony berkata, aspek paling penting adalah pemeriksa kenderaan mesti mempunyai tauliah yang hasil penilaian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Apabila mereka (syarikat) sudah siapkan semua kelengkapan, perlu ada pemeriksa kenderaan yang bertauliah yang perlu dilantik..macam mana bertauliah? Dia ambil orang bekerja, mesti pergi kursus dulu, yang ditetapkan penilaian oleh JPJ terhadap tenaga kerja tersebut.
"Bila bertauliah, baru boleh jalankan fungsi pemeriksaan kenderaan. Jadi proses ini agak panjang dan teliti. Ia juga dibuat secara terbuka. Tak ada sorok-sorok...kalau nak sorok, saya tak perlu umum nama syarikat-syarikat ini," katanya.
Sebelum itu, beliau menjelaskan, antara syarat utama perlu dipenuhi oleh syarikat yang menyertai proses tawaran adalah memiliki modal berbayar sekurang-kurangnya RM10 juta sepanjang tempoh perkhidmatan dan mempunyai modal pusingan minimum RM5 juta setahun.
Syarikat juga perlu berdaftar dan berlesen dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) serta imiliki sepenuhnya oleh syarikat tempatan dalam kategori Sendirian Berhad (Sdn Bhd) atau Berhad (Bhd).
"Syarikat juga perlu memiliki sijil perakuan pematuhan standard daripada Jabatan Standard Malaysia dalam tempoh dua tahun dari tarikh tawaran dan menyediakan wang deposit atau bon minimum lima peratus daripada nilai modal pusingan.
"Selain itu, syarikat juga perlu memperoleh Sijil Kemudahan Yang Diluluskan (KYDL) daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum pelesenan serta erdaftar sebagai ahli International Motor Vehicle Committee (CITA) dalam tempoh dua tahun daripada tarikh pelesenan," katanya.
Sumber: – Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Apa2 laaa apek .janji dap dah berjaya kaut hasil.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nk ada pengalaman mcm mana, bkn sblom ni Puspakom yg monopoli..... |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih nak justify. Kenapa tak sebut lantikan company tu pun tak lepas akta JPJ. Banyak lagi company yg capable i.e. carsome, scrut |
|
|
|
|
|
|
| |
|