CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 35904|Reply: 49

[Tempatan] Terpaksa mengemis nak minta duit sendiri, macam kita pula yang berhutang

[Copy link]
Post time 18-2-2025 08:19 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati selepas meminjamkan sejumlah wang kepada kenalannya.

Individu berkenaan berasa kecewa kerana rakannya itu ‘liat’ untuk membayar kembali wang yang telah dipinjamkan walaupun sudah cuba menuntutnya berkali-kali.

Wanita itu turut berkongsikan tangkap layar perbualan tersebut di aplikasi WhatsApp menerusi media sosial.



“Kadang-kadang kita sanggup kerja sambil belajar nak cari duit, tapi bila orang nak pinjam duit kita bagi. Akhirnya nak minta duit macam kita yang hutang dengan dia,” katanya.

Orang ramai rata-rata mengecam tindakan kenalan wanita berkenaan dan turut menitipkan pesanan supaya tidak lagi meminjamkan wang kepada sesiapa.

“Dah, tak payah bagi pinjam lagi kak kalau macam tu. Kita ni niatnya baik nak membantu tapi ada orang yang ambil kesempatan juga,” kecam seorang netizen.

“Saya ada seorang ni pinjam RM50. Dah empat tahun. Bila minta tak ada duit, tapi tengok kehidupan dia sana sini kemas kini,” komen netizen yang lain.

“Bila kita pinjamkan duit, siap sedialah hutang tu tak akan dibayar balik. Pengajaran dari sekarang, walau ada duit, jangan sesekali pinjamkan sesiapa,” pesan @loqizekatz.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2025 09:49 PM | Show all posts
cara nak ambil duit orang lain adalah

pinjam dan x bayar
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 18-2-2025 09:49 PM
cara nak ambil duit orang lain adalah

pinjam dan x bayar

Betullll, method curi duitt org lain dgn cara sukarela. Mmg jenis yg set dr awal ambil duit org dan x mahu bayar
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 10:17 PM | Show all posts
SalenaGomez replied at 18-2-2025 10:08 PM
Betullll, method curi duitt org lain dgn cara sukarela. Mmg jenis yg set dr awal ambil duit org da ...

2025 - 2030
  
akan ada masalah ekonomi n kewangan global yg besar

ramai akan mintak pinjam duit

kalo sesapa nak mintak pinjam

mintak depa (peminta pinjam) jual (bukan letak sebagai cagaran) kpd bakal pemiutang barang kemas 916 yg si peminjam miliki

pi mana2 kedai emas utk sama2 check (ketulinan) barang kemas dan harga yg sanggup kedai tu ambik

kmdian..

bakal pemiutang offer tinggi sikit dari harga kedai tadi

buat surat perjanjian jual beli

saksi mesti TT juga kat surat tu

so, kalo utang x bayar pon tak per

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 10:30 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 18-2-2025 10:32 PM
pengecatbintang replied at 18-2-2025 10:17 PM
2025 - 2030
  
akan ada masalah ekonomi n kewangan global yg besar

la ni..

ramai yg mintak pinjam ni pandai

idup enjoy n mewah2

walaupun ada barang kemas nilai ribu2

sanggup pinjam duit orang

daripada jual or gadai barang kemas dia

ataupun

x nak kuar simpanan ASB or TH sbb sayang dividen

nak gak pinjam duit orang

bila nak membayar

liat dan tak tepati masa

--

kalo orang mcm ni mendesak nak pinjam sgt..

mintak akaun bank

senyap2 transfer jer RM3.37

lepas tu wasap slip transfer tu kat penghutang

penting angka 37 sen

sindir cara halus

bgtau melalui wasap..

itu jer ko mampu

dan dapat gaji bulan tu kena bayar balik

ini cara halus

supaya lepas ni

orang gini menyampah nak pinjam lagi dari kita

--

tapi

kalo orang mmg betul2 dlm kesulitan, x mampu & idup susah

dan tak de tempat nak berpaut

kena tolong

sama ada bagi pinjam dengan niat kalo x bayar pon x per

ataupun

infaq jer






Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut pengalaman aku, ade individu or famili yg zahirnya nampak kuat agama & tak tinggal solat pun liat nak bayar hutang & takde tunjuk usaha nak bayar hutang. Hutang lama masih tak bayar, dia tak segan minta pinjam duit lagi. Anak dia pun sama tak segan request itu ini maybe dorang ingat amal2 dia cukup untuk cover dosa tak bayar hutang kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2025 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
betul la tu. kete bertukar² merc la, honda la, bmw la. dan aware yang ada hutang tapi masih tanak bayar. yg lain plak ,time susah mcm² alasan nak pinjam, family nak operation la, lepas selesai , hah senyappp..  nak masuk 10 tahun dah. padahal dia tau bukannya lupa. kerja berpangkat² , senior pulak tu. iols b40 ni malas la nak meminta. berpuluh ribu woo.  wahai orang yang berhutang, settle hutang sesama manusia adalah lebih utama dari bayar zakat. .. ntah lah, mungkin ada kebaikan lain. boleh tak, kira mcm saham akhirat, nanti setel depan pintu syurga/neraka. mmmm
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 11:37 PM | Show all posts
Bila tak bagi pinjam dikata kedekut. Duit bawak masuk kubur la, takde common sense org lain susah lah bla bla. Kita plak nak kena paham dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2025 11:43 PM | Show all posts
Radzor replied at 18-2-2025 11:05 PM
betul la tu. kete bertukar² merc la, honda la, bmw la. dan aware yang ada hutang tapi masih tanak b ...

pasaipa dok bagi orang pinjam sampai puluhan k ?
saya tak pernah orang datang nak pinjam duit
ada lahhh sekali sekala
setakat rm50
max rm1000 (staff bawah saya) yg nak bayar kereta dari di tarik
dan another rm1200 (saya offer pinjam) utk anak dia beli komputer
staff yg sama hahaha (muaaa lah tuuuu)
the reason saya offer sebab dia tanya saya ada tak komputer lappy lama2 yg anak dia boleh guna kat uni
acikkkk kesiannnn
tapi dia bayor habis ..
berkali2 lah ...

itu lah pengalaman orang pinjam duit saya
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 11:46 PM | Show all posts
rule of thumb, jgn bagi pinjam duit kpd keluarga, kenalan atau seangkatan dgn nya
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 12:36 AM | Show all posts
Kawan saya ada memberitahu jika dia ingin memberi pertolongan dia mengapaan itu satu pemberian bukan pinjaman. Jika peminjam tidak membayar pinjaman dia tidak merasa sakit hati.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Itulah bila si kaya mengumpul kekayaan dan simpan bertimbun x bersedekah atau zakat makin kutip wang kasi bertimbun, duit tu x beredar di kalangan masyarakat, org macam kita2 ni lah jadi sasaran pemintak sedekah penjual tipu timbangan kos hidup meningkat scammer kos budak kos rumah macam2 kena hadap
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 08:43 AM | Show all posts
ifanonline replied at 18-2-2025 03:46 PM
rule of thumb, jgn bagi pinjam duit kpd keluarga, kenalan atau seangkatan dgn nya

Yang ini paling setuju, jgn bagi pinjam dekat keluarga melainkan ahli keluarga yg betul2 susah sbb kalau tu adik beradik kesayangan mak ayh..peluang nak dptkan duit tu tipis..mak ayh akan gunakan kuasa veto supaya pminjam 'halalkan' duit yg d berikan atau guna kaedah guilt trip sampai kita yg nampak bersalah sbb bg pinjam duit
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 08:49 AM | Show all posts
Radzor replied at 18-2-2025 11:05 PM
betul la tu. kete bertukar² merc la, honda la, bmw la. dan aware yang ada hutang tapi masih tanak b ...

Pasaipa dah B40 kasi pinjam puluh ribu.  Pemiutang tu porumer ke?  Kalau ye boleh la cirit kat semua thread pasai porumer tu tak bayar hutang
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 08:49 AM | Show all posts
pengecatbintang replied at 18-2-2025 02:17 PM
2025 - 2030
  
akan ada masalah ekonomi n kewangan global yg besar

Baru2 ni biras iolls pinjam duit kat laki iolls. RM5K. Yg iolls pelik, bini pakai gelang emas kemain besar, tak habis2 sembang gelang emas dlm grup family. Taknak plak digadai/pajak emas tu. Sanggup plak meminjam2.

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 08:52 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 19-2-2025 12:36 AM
Kawan saya ada memberitahu jika dia ingin memberi pertolongan dia mengapaan itu satu pemberian bukan ...

Setuju.  Iols pun buat gitu tapi tak de la kasi pinjam puluhan ribu, sekadar yg mampu.  Ada sorang tu nak balik sarawak pinjam seribu lebih nak beli tix, masa saya bg saya sudah cakap sendiri, kalau dia byr alhamdulillah kalau dia tak bayar, saya halalkan.  Sorang lagi pinjam sebab nak belikan anak used car buat anak pergi balik uni, tapi dia janji every month gaji dia akan byr amount yg dia sendiri tetapkan tapi saya ok.  Alhamdulillah dia habis bayar.  Belum lagi akak pencen polis kerja kerani pinjam seratus dua sana sini, ini saya sedekah la saya kira sebb dia berenti polis tak de pencen.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2025 09:17 AM | Show all posts
betul tu jangan sesekali bagi hutang kt kawan2
even pangkat supermod

time mintak duit kemain mengendeng..dah dpt duit terus senyap..ajak makan kemain laju reply...nak bayar balik kemain liat sebab proprity nak flex kehidupan sdri....apa brg sewa bilik koman2 sewa studio kondo walaupun tak mampu

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 09:20 AM | Show all posts
pengecatbintang replied at 18-2-2025 10:17 PM
2025 - 2030
  
akan ada masalah ekonomi n kewangan global yg besar

im looking for it i love great reset




Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 09:26 AM | Show all posts
pinjam duit pandai lepas tu sombong
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 09:26 AM | Show all posts
datang pejabat tak call dan datang mcm itu jer nak pinjam duit. buat muka susah rambut tak sikat. nak pinjam 200. rasa kesian aku bagi 20 cakap itu jer dlm poket aku. dah tahu susah kenapa nak beli keta rumah besar. ni pinjam dengan orang pulak. walhal sama2 bekerja ada gaji.

korang jangan bagi pinjam. cakap jer korangpun nak guna duit. susah nak jumpa org tu balik. yang jenis liat nak bayar balik tu memang mcm hidup dalam pelarian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.630886 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list