View: 36353|Reply: 6
|
Melampau guna AI sebar berita ditangkap polis, Jaclyn Victor hilang sabar bakal ambil tindakan
[Copy link]
|
|
PENYANYI Jaclyn Victor meluahkan rasa bengang terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu mengaitkan dirinya terlibat kes jenayah di media sosial.
Tampil bersuara mengenai perkara itu, Jaclyn, 47, berkata dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan dan mengambil tindakan terhadap akaun yang mencipta berita palsu berkenaan.
"Saya akan ke balai polis kerana perkara ini sudah tidak terkawal dan membuatkan saya sangat marah. Kenapa saya perlu berbogel?" katanya.
Jaclyn berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram pada Selasa.
Luahan tersebut dibuat selepas ada pihak yang menyunting menggunakan wajahnya untuk satu berita palsu yang disebarkan di laman Facebook.
Dalam tangkap layar yang dikongsi, kelihatan seorang wanita dengan keadaan berbogel dan tangannya digari oleh pihak polis.
Namun wajah wanita berkenaan disunting menggunakan muka Jaclyn memperlihatkan seolah-olah penyanyi itu terlibat dengan kes jenayah berkenaan.
Bukan hanya suntingan pada gambar, malah nama Jaclyn Victor juga tertera pada keratan berita berkenaan.
Memandang perkara itu, Jaclyn memberitahu tindakan undang-undang wajar dilakukan sebagai pengajaran terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu.
"Cukup-cukuplah! Orang seperti ini benar-benar aneh. Kalau saya bersuara lebih, nanti saya pula dilihat sebagai orang yang salah," luahnya.
Hasil carian mStar mendapati bahawa berita tersebut adalah palsu dan laman sesawang juga tidak wujud.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau lalu pesbuk ni..da segala retis kena gari..pikir aku ni bodoh sgt ke nak click..lols. itula teknologi, ada baik ada jugak sisi buruk. Tp mmg melampau ler smpai dibogelkn |
|
|
|
|
|
|
|
apedehal replied at 19-2-2025 10:05 AM
Kalau lalu pesbuk ni..da segala retis kena gari..pikir aku ni bodoh sgt ke nak click..lols. itula te ...
Tu la.. hari tuu baca sadiq dah setuju kawin dgn bella.. tgk tgk belia berani bangkit.. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
YouTube pun banyak iklan ni. Dato CT pun ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols pun gelak baca tang tu, walaupun macam boleh dengar sheols menjerit mencarut 
moga kaka jac bertabah. pelik2 la zaman fitnah berleluasa ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|