View: 8700|Reply: 31
|
[Tempatan]
Pakar dari Universiti Yale menemukan sindrom membimbangkan dikait dgn vaksin MRNA Covid
[Copy link]
|
|
NEW HAVEN, AMERIKA SYARIKAT - Pakar dari Universiti Yale menemui satu sindrom membimbangkan yang dikaitkan dengan vaksin mRNA Covid.
Keadaan yang sebelum ini tidak diketahui – dikenali sebagai ‘sindrom pasca vaksinasi’ – nampaknya menyebabkan masalah seperti kabut otak, pening, telinga berdesing, dan intoleransi terhadap senaman.
Beberapa penghidap juga menunjukkan perubahan biologi yang ketara, termasuk perbezaan dalam sel imun serta kehadiran protein koronavirus dalam darah mereka walaupun selepas beberapa tahun menerima suntikan vaksin.
Keadaan ini juga kelihatan mencetuskan semula virus dorman dalam tubuh yang dikenali sebagai Epstein-Barr, yang boleh menyebabkan simptom seperti selesema, pembengkakan nodus limfa, dan masalah saraf.
Hasil penuh kajian berskala kecil ini masih belum diterbitkan, dan pakar dari Yale menekankan bahawa hasilnya masih dalam peringkat kajian yang belum selesai.
Fasa seterusnya dalam penyelidikan berkenaan adalah untuk menentukan sejauh mana keadaan ini tersebar serta siapa yang berisiko tinggi mengalaminya.
Sejak vaksin Covid diperkenalkan pada tahun 2021, ribuan individu mendakwa bahawa mereka mengalami kesan sampingan akibat suntikan tersebut.
Namun, sistem penjagaan kesihatan AS yang berpecah-belah menyukarkan usaha mengenal pasti kesan sampingan yang jarang berlaku
Kajian berskala besar sebelum ini gagal memisahkan simptom yang muncul selepas vaksinasi Covid daripada penyakit lain yang mungkin berlaku secara semula jadi.
Pengarang kajian dan pakar imunologi dari Universiti Yale, Dr Akiko Iwasaki berkata, penyelidikan berkenaan masih dalam peringkat awal dan ia perlu disahkan.
"Namun, ia memberi harapan bahawa suatu hari nanti mungkin kita dapat mencari kaedah untuk mendiagnosis dan merawat sindrom pasca vaksinasi (PVS),"katanya.
Vaksin mRNA yang dihasilkan oleh Moderna dan Pfizer dianggarkan telah menyelamatkan puluhan juta nyawa di seluruh dunia daripada Covid, termasuk 3 juta di Amerika Syarikat
Dalam kajian terbaru ini, pasukan Iwasaki mengumpul sampel darah daripada 42 individu yang mengalami sindrom pasca vaksinasi (PVS) dan 22 individu yang tidak mengalami keadaan tersebut, antara Disember 2022 hingga November 2023.
Apabila sistem imun pesakit dianalisis, mereka yang menghidap PVS didapati mempunyai perkadaran sel imun tertentu yang berbeza. Namun, makna sebenar perbezaan ini masih tidak jelas kerana penyelidik tidak dapat menghubungkannya secara langsung dengan simptom tertentu.
Pasukan itu juga mengkaji 134 individu yang mengalami Long Covid, kerana simptom PVS didapati bertindih dengan keadaan ini, serta 134 individu sihat yang telah menerima vaksin.
Hasil kajian menunjukkan bahawa kedua-dua individu yang menghidap Long Covid dan PVS mengalami pengaktifan semula virus Epstein-Barr.
Lebih daripada 90 peratus orang dewasa pernah dijangkiti Epstein-Barr dalam hidup mereka – ia merupakan jangkitan biasa yang merebak melalui cecair badan seperti air liur atau air mani.
Jangkitan ini boleh menyebabkan simptom seperti keletihan, demam, dan ruam. Selepas simptom hilang, virus ini kekal dorman dalam badan tetapi boleh diaktifkan semula apabila sistem imun menjadi lemah.
Selain itu, individu dengan PVS juga didapati mempunyai kadar protein spike Covid yang tinggi.
Malah, tahap protein spike dalam pesakit PVS lebih tinggi daripada mereka yang mengalami Long Covid, iaitu satu keadaan yang mempunyai simptom serupa dan dikaitkan dengan virus itu sendiri.
Kehadiran protein spike yang berterusan dalam badan dipercayai menjadi punca beberapa simptom Long Covid, kerana ia mengekalkan badan dalam keadaan keradangan yang berpanjangan. - AGENSI |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dulu taknak caya. Bull sit je semua ni. Cucuk je supaya boleh dine-in, boleh masuk premis tertentu, boleh kahwin, boleh sembahyang masjid, dan agar tidak dipecat sekiranya berkerja. Its benefits outweigh the risks gituuu...  |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn risau...sindrom ni cuma berlaku kt AS je...vaksin mRNA covid yg dicucuk kt rakyat msia tak bagi ape2 kesan mudarat kt penerima....sbb air suci....klu penerima sakit atau mati slps kena cucuk tu semua bukan berpunca dr vaksin mRNA...tp sbb penerima ada sejarah penyakit....atau memg dh smp ajal...jd penerima vaksin mRNA kt msia tak perlu bimbang...kemungkinan besar jgk berita penemuan sindrom ini adalah fake...biasa la amerika...suka syok sendiri kn |
|
|
|
|
|
|
|
kajian belum selesai, masih peringkat awal, belum sah... belum sah maksudnya belum ada bukti yang semua pengkaji bersetuju bahawa simptom itu disebabkan oleh vaksin mrna...ada juga yang terima vaksin tak terkesan..
.. but then, pengkajinya tetap bersikap positif.. iaitu mungkin ianya akan buka ruang untuk rawat kesan selepas ambik vaksin. statement ini bersifat umum, iaitu mungkin keadaan ini berlaku untuk vaksin-vaksin yang lain.
"mencetuskan semula virus dorman dalam tubuh yang dikenali sebagai Epstein-Barr" - virus ni jika masuk tubuh, stay di bbadan selama-lamanya, secara dormant, ianya muncul semula bila sistem pertahanan badan jadi lemah.. jadi virus ini boleh muncul semula walaupun tak ambik vaksin |
|
|
|
|
|
|
|
aku cocok sihat je sibat
batang semakin menyala
dari 3 inci jadi 18
-hamonan hebrahim-
 |
|
|
|
|
|
|
|
OOT sikit...anyone knows kenapa bila masuk forum ruangan berita dgn comment jadi kecik sebab belah kanan penuh dengan iklan |
|
|
|
|
|
|
|
ramai yg cakap pasal pfizer sebab MRNA
mcm mana pulak dengan sinovac?
adakah sinovac mempunyai kesan juga selepas bertahun2? |
|
|
|
|
|
|
|
My ex boss lepas 2nd dos sinovac ngam2 2 bulan asalnya sakit perut memulas ingatkan apa rupanya disahkan sakit jantung dan pakai 2 sten 3 bulan selepas disahkan itu dekat IJN...
So walaupun katanya Sinovac tak ada MRNA tapi nampak kerana ambik vaks Covid terus dah ada penyakit jantung...
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan kata ada yg konek dr 3 inci naik 7.5 inci lepas cocok? 
ketets dr cup B hapgred cup E
haaaa korang adooo? |
|
|
|
|
|
|
|
dalam 3 bulan ni..
dalam lingkungan aku..
2 mati dalam tido
2 kena kanser hati (detect trus stage 4) : 1 da meninggal & 1 lagi doc kata Feb ni |
|
|
|
|
|
|
|
https://www.dailymail.co.uk/heal ... l-changes-yale.html
20 February 2025
Yale scientists link Covid vaccines to alarming new syndrome causing 'distinct biological changes' to body.
The previously-unknown condition - dubbed 'post-vaccination syndrome' - appears to cause brain fog, dizziness, tinnitus and exercise intolerance.
Some sufferers also show distinct biological changes, including differences in immune cells and the presence of coronavirus proteins in their blood, years after taking the shot.
|
|
|
|
|
|
|
|
opismate aku kata :
lepas injek bekcin kubid 2 kali (booster x ambik)
- badan da x mcm dulu, cepat penat, x fit
- kalo sakit (mcm demam) lambat sembuh
korang google VAIDS |
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 21-2-2025 05:30 PM
dalam 3 bulan ni..
dalam lingkungan aku..
Dua Dua pun Pfizer ke |
|
|
|
|
|
|
|
tak pasti...
latest petang ni
umur 40an lelaki
kena strok masa meeting kat opis
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku maybe termasuk intolerance dengan senaman.
Setiap kali bersenam, esoknya akan demam & sakit sendi spt kena covid. Check, takde. Banyak kali terjadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Haiyoo baru sikarang mau habaq macam macam. Sudah terlambat. We move on long time ago maaa. Tambah satu lagi sat, bukan mrna sahaja. Semua jenis vaksin maaa. |
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 21-2-2025 05:35 PM
opismate aku kata :
lepas injek bekcin kubid 2 kali (booster x ambik)
Iye la. Iols pun perasan badan dh tak cergas macam dlu. Selalu ngantuk letih pening tak berkesudahan. Tapi paling rimas tu pening la. Susah la nak buat keje. Dah buat full medical checkup result ok je semua. Last2 doc cakap sebab stress.  |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi skrg memang kerap betul kena demam. Jap2 selsema, batuk, lama nak lega pulak. Selang beberapa bulan kena balik selsema demam. Padahal dh consume vitamin c masih kena jugak selsema. |
|
|
|
|
|
|
|
..

|
|
|
|
|
|
|
| |
|