CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1362|Reply: 6

20 firma tersenarai Forbes Global

[Copy link]
Post time 29-4-2011 09:10 AM | Show all posts |Read mode
20 firma tersenarai Forbes Global
Oleh Kamarulzaidi Kamis
kamarulzaidi@bharian.com.my
2011/04/29
Petronas Chemicals, KL Kepong sertai 2,000 syarikat awam terbesar dunia

DUA puluh syarikat Malaysia, diterajui Malayan Banking Bhd (Maybank), CIMB Group Holdings Bhd dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) disenaraikan dalam Forbes Global 2000, yang menyenaraikan 2,000 syarikat senaraian awam terbesar dunia untuk tahun ini.
Bilangan itu bertambah daripada 18 syarikat yang disenaraikan tahun lalu dengan jumlah aset digabungkan adalah AS$492.9 bilion (RM1.48 trilion), meningkat berbanding AS$404.1 bilion (RM1.21 trilion) tahun lalu.

Nilai pasaran 20 syarikat Malaysia yang disenaraikan tahun ini itu pula adalah berjumlah AS$216.6 bilion, manakala jumlah keuntungan adalah AS$11.2 bilion, masing-masing meningkat daripada AS$149.3 bilion dan AS$6.82 bilion.

Dua syarikat baru yang memasuki senarai itu tahun ini ialah Petronas Chemicals Bhd di tempat ke-1,003, dan KL Kepong Bhd di tempat ke 1,816 dengan nilai pasaran masing-masing adalah AS$17.3 bilion dan AS$7.3 bilion.

Lapan syarikat pula memperbaiki kedudukan masing-masing dalam senarai itu, iaitu Maybank kini berada di kedudukan ke-458 syarikat terbesar dunia, daripada 706 tahun lalu; CIMB Group (ke-465, daripada 493); TNB (ke-550 daripada 709); Genting Bhd (ke-784 daripada 1,179); Axiata Group (ke-858 daripada 904); RHB Capital (ke-1,097 daripada 1,192); AMMB Holdings (ke-1,274 daripada 1,292) manakala Petronas Dagangan (ke-1,917 daripada 1,987).

Sembilan syarikat yang merosot kedudukan masing-masing dari tahun lalu ialah Public Bank (ke-649 daripada 642); Sime Darby (ke-910 daripada 599); IOI Group (ke-1,172 daripada 1,124); Maxis (ke-1,221 daripada 1,205); MISC (ke-1,336 daripada 907); YTL (ke-1,488 daripada 1,501); PPB Group (ke-1,542 daripada 1,465), PLUS Expressways (ke-1,652 daripada 1,643) dan Petronas Gas (ke-1,897 daripada 1,765).
Hong Leong Financial Group pula mengekalkan kedudukannya di tempat ke-1,613.

Forbes Global 2000 adalah senarai lengkap terkini syarikat terbesar dunia yang dinilai berdasarkan jumlah komposit jualan, keuntungan, aset dan nilai pasarannya.

Sepuluh syarikat teratas dalam senarai berkenaan ialah JP Morgan Chase, HSBC Holdings, General Eletric, ExxonMobil, Royal Dutch Shell, PetroChina, ICBC, Berkshire Hathaway, Petrobras-Petroleo Brasil dan Citigroup.

Secara keseluruhannya Asia Pasifik mendominasi senarai itu tahun ini dengan 701 syarikat, termasuk 11 syarikat senaraian awam baru dari rantau itu.

Dari segi jumlah keuntungan terbesar berasaskan negara, China mendahului senarai dengan 121 syarikat, antaranya seperti PetroChina, ICBC dan Sinope, dengan keuntungan terkumpul AS$168 bilion.



tak sangka pulak aku, dalam rangking forbes tahun lepas cimb group lagi besar daripada maybank...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2011 09:39 AM | Show all posts
wow..bangga
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2011 10:05 AM | Show all posts
Tricubes mana?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2011 01:02 PM | Show all posts
maxis turun ka? bahahah !!! tu lah....belagak mahal sgt charge custemer...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2011 02:32 PM | Show all posts
Tricubes mana?
R2D2 Post at 29-4-2011 10:05



   tricubes dah join venture ngan CIMB group
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2011 05:44 PM | Show all posts
kohilal tak masuk ke

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2011 07:13 PM | Show all posts
tricubes tahun depan listing.. muahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.756627 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list