View: 26515|Reply: 8
|
[Dunia]
Gadis 24 tahun makan sarapan RM2.80 dapat simpan RM420,000
[Copy link]
|
|
LONDON – Pada usia 24 tahun, seorang gadis, Mia McGarth di Britain sudah dapat menyimpan sebanyak £75,000 (RM420,000), lapor akhbar New York Post semalam.
Dia berbuat demikian dengan mengurangkan perbelanjaan termasuk kos makanan kerana merancang bersara awal.
Mia menjimatkan wang dengan makan sarapan berharga £0.50 (RM2.80) berupa telur dan roti setiap hari.
Melalui cara itu, dia dapat mengelak daripada membeli kopi berjenama apabila keluar rumah dan tidak pernah mewarnakan kukunya.
“Saya makan sarapan pagi (RM2.80) setiap hari supaya saya boleh bersara pada usia 40 tahun,” katanya.
Mia juga menunjukkan secawan kopi, telur hancur dan roti bakar yang biasa dia makan demi bajetnya.
Dia kini menyimpan £75,000, sebahagian wang itu hasil pelaburan sahamnya.
Mia turut menjimatkan wang dengan tinggal di rumah dan tidak menyewa kediaman selain membeli pakaian terpakai.
Kata Mia, dia juga berusaha untuk menjadi seorang pesohor media sosial dan model fesyen. – AGENSI
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dia tinggal di rumah parent? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia kini menyimpan £75,000, sebahagian wang itu hasil pelaburan sahamnya.
-----
Pfffftttt. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah.
Cuma gaya hidup tu, tak perlu kata ini yang paling superior. Semua cara ada kelebihan dan kekurangan. Jalani hidup spt yang diiginkan kerana diri sendiri nak lakukan bukan sebab orang lain. Tak serabut fikiran..
Yang paling penting klu ada apa-apa, tak susahkan orang. Boleh jer survive sendiri. Cuma makan tu kena berkhasiat dan seimbang, takut nanti bila dah berumur sakit sana sini pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai masa bersara nanti walau simpanan dia dah berjuta pun dia masih makan sarapan 50 sen. It's impossible to change I've seen it.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia dok kat umah makpak ka? Pastu groceries makpak belikan? |
|
|
|
|
|
|
|
Camno dia bertahan dgn makanan yg sama sepanjang tahun mengenangkan diarg ni menu apa je yg blh dibuat dgn roti dan telur tu |
|
|
|
|
|
|
|
Berhenti merokok/vape. Lagi jimat |
|
|
|
|
|
|
|
*terpakai utk lelaki malaysia lah  |
|
|
|
|
|
|
| |
|