CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27916|Reply: 2

‘Pencapaian bermakna’ – ‘Lelaki Terakhir’ Fattah Amin menyala

[Copy link]
Post time 23-2-2025 10:52 PM | Show all posts |Read mode



Mengangkat erti kasih sejati, single baharu Fattah Amin berjudul Lelaki Terakhir yang liriknya ditulis pelakon dan penyanyi itu sendiri memberi gambaran perjuangan dalam sesuatu hubungan.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, berharap dendangan yang dilatari muzik moden dengan sentuhan balada klasik itu mampu menyuntik inspirasi kepada pendengar.

  


“Lagu ini sangat bermakna bagi saya kerana menggambarkan perjalanan cinta yang penuh cabaran tetapi jika disertai dengan kesetiaan dan doa, kasih akan kekal ke akhir hayat.

“Saya harap lagu ini dapat memberikan inspirasi kepada semua pendengar yang pastinya pernah mengharungi pelbagai cabaran dalam menjaga hubungan.

“Bagi saya Lelaki Terakhir santapan telinga buat semua sekali gus menjadikannya sesuai untuk dihayati pelbagai peringkat usia,” katanya.

Menurut Fattah lagi, dia tidak menyangka lagu ciptaan Mel Ramlan juga komposer nyanyiannya sebelum ini, Wanita Terakhir meraih sambutan luar biasa sehingga trending di YouTube sejak dilancarkan pada pada 21 Februari lalu.



“Alhamdulillah, saya bersyukur dan terharu dengan sambutan luar biasa pendengar dan tidak menyangka lagu ini diterima baik sehingga trending di YouTube dalam masa singkat.

“Ini adalah pencapaian yang sangat bermakna bagi saya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong lagu ini.

“Sejujurnya, perjalanan menghasilkan Lelaki Terakhir bukan mudah tetapi dengan sokongan pasukan yang hebat dan peminat, saya lebih bersemangat untuk terus berkarya,” ujarnya.

Mengulas mengenai lirik puitis dan melodi menyentuh jiwa, duda anak satu itu berkata, garapan dikongsikan sarat emosi apabila memaparkan janji seorang lelaki untuk melindungi cinta sejatinya.

“Saya bertuah dapat berkolaborasi lagi dengan Mel Ramlan yang menghasilkan sebuah karya indah dilatari elemen muzik dan susunan melodi yang mendalam.

“Lagu ini lain adalah untuk runut bunyi drama bersiri lakonan saya dalam Keluarga Itu arahan Nur Ain Sharif dan ditulis Erma Fatima,” katanya yang turut memaklumkan drama terbitan Rumah Karya Citra itu akan ditayangkan di TV3 bermula 28 Februari ini.


Sumber – KOSMO! ONLINE



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2025 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Mendonia bamtah
Bape byk thread bamtah ke forum ni
Nyanyian hauk pun ada benang khas
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2025 08:54 AM | Show all posts
hmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.102106 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list