CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17538|Reply: 6

Betul ke ramai sebak tengok Lelaki Gila?

[Copy link]
Post time 24-2-2025 02:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 24-2-2025 12:13 AM

SUNGAI BULOH: Ramai tahu pengacara sensasi, Azwan Ali pernah menaruh hati terhadap Ziana Zain dan beliau yang dikenali sebagai Diva AA, tidak pernah malu berkongsi perasaan.

Tampil dalam video muzik lagu terbaharu Naim Daniel berjudul Lelaki Gila, Azwan menganggap kisahnya bersama Ziana berkait rapat dengan jalan cerita lagu itu.


"Saya tidak malu bercerita, memang saya tergila-gilakan Ziana dahulu. Saya mengharapkan perkara baik berlaku bersama Ziana, namun, Tuhan sudah aturkan kami tidak bersama... Terpaksa reda.

"Jadi, apabila lagu Lelaki Gila keluar, single ini adalah untuk lelaki seperti saya yang tidak berkahwin. Bukan saya seorang sahaja tidak kahwin, betul tak?

"Bukan hendak kata saya hebat atau setia, tidak. Kenapa saya minat Ziana? Saya minat Ziana bukan pada zaman 'vogue' dan 'bergetah'. Macam sekarang, Ziana makin tua makin cantik.

"Saya minat Ziana sejak zaman dahulu. Sekarang pun saya minat dia. Jadi, terpulanglah pada penilaian orang luar. Bak kata lagu Lelaki Gila, 'biar aku simpan kamu, simpan segala kenangan, biar kita jaga walaupun tak kesampaian," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran album Lelaki Gila oleh Naim Daniel di sini, baru-baru ini.

Azwan dikatakan menaruh perasaan terhadap Ziana pada 1990-an, namun, cintanya hanya bertepuk sebelah tangan.

Azwan terbuka apabila Naim mahu mengetengahkan kisahnya dalam video muzik Lelaki Gila.

"Saya okay, sebab isu siapa saya minat adalah kisah saya. Tidak singgung mana-mana pihak. Tetapi saya agak marah apabila orang cakap saya tua seperti watak dalam video muzik ini.

"Saya belum tua dan tidak sakit pun. Saya pergi mana-mana ada sahaja orang tanya apakah saya sakit. Namun, itulah kejayaan video muzik lagu ini.

"Lagu Lelaki Gila bukan sebarang karya. Kalau dengar mesejnya berkisar kesetiaan.

Liriknya 'biar aku simpan kamu' seperti tahu perasaan saya. Sebenarnya, ramai orang macam saya, menaruh minat terhadap seseorang walaupun Ziana tidak hairan pun," katanya.

Sementara itu, Azwan berharap lagu Lelaki Gila dapat bertanding Anugerah Juara Lagu (AJL) kerana percaya kualiti karya berkenaan.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Related threads

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2025 11:14 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2025 03:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang dalam video klip tu Azwan Ali kah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2025 03:15 AM From the mobile phone | Show all posts
telracs replied at 24-2-2025 03:05 AM
Yang dalam video klip tu Azwan Ali kah?

ya, i nampak bts buat video clip. Nampak seperti orang tua yang sakit
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2025 07:35 AM | Show all posts
agaknya mcm manalah ziana zain sekarang kalau jumpa azwan ali...x ke awkward sbb masih dok canang suka dia
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2025 09:33 AM | Show all posts
mesti awkward kan zz skrg dgn diva aa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2025 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
ZZ pun x heran. Dari dulu mmg kena rejek sampai sekarang.

Diva aa ni kalau tukar imej cam dulu mesti nampak segak lagi. Tapi tetap ZZ rejek.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.169968 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list