View: 30828|Reply: 0
|
[Dunia]
Dah 11 tahun hilang, pencarian MH370 di Lautan Hindi diteruskan
[Copy link]
|
|
London: Sebuah syarikat United Kingdom melancarkan misi pencarian terakhir pesawat Malaysia Airlines MH370, yang hilang 11 tahun lalu.
Portal GNB melaporkan, kapal sokongan laut dalam firma robotik marin Ocean Infinity Armada 7806 tiba di zon pencarian baharu di Lautan Hindi, 1,931 kilometer (km) dari Perth, Australia, pada hujung minggu lalu.
Kenderaan bawah air autonomi dikerahkan dari kapal itu dalam beberapa jam selepas ketibaan, dan sejak itu memulakan imbasan terperinci dasar laut.
Ocean Infinity melakukan pencarian selama tiga bulan pada 2018 tanpa bayaran dan syarikat itu hanya akan dibayar jika ia menemukan pesawat itu.
Penyiasat Malaysia pada mulanya tidak menolak kemungkinan pesawat itu sengaja dibawa keluar laluan.
Serpihan ada yang disahkan dan dipercayai dari pesawat itu, dihanyutkan di sepanjang pantai Afrika dan terdampar di pulau di Lautan Hindi.
Lebih 150 penumpang warga China berada di dalam pesawat itu dan ahli keluarga mereka menuntut pampasan daripada antaranya, Malaysian Airlines; Boeing; firma enjin pesawat, Rolls-Royce dan kumpulan insurans Allianz.
Analisis data satelit ketika itu menunjukkan pesawat itu berkemungkinan terhempas di suatu tempat di selatan Lautan Hindi, di luar pantai barat Australia.
Bagaimanapun, dua pencarian utama, termasuk yang terakhir oleh Ocean Infinity, gagal menghasilkan sebarang penemuan penting.
Lebih 30 serpihan pesawat yang disyaki dikumpulkan di sepanjang pantai Afrika dan di pulau di Lautan Hindi, tetapi hanya tiga daripadanya (serpihan sayap) disahkan daripada MH370.
Pada 2018, laporan setebal 495 muka surat juga dikeluarkan mengenai kehilangan MH370 yang mengatakan kawalan Boeing 777 berkemungkinan sengaja dimanipulasi untuk melencongkannya, namun penyiasat tidak dapat menentukan siapa yang bertanggungjawab.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|