View: 18806|Reply: 6
|
Suami mengamuk isteri beli seekor ayam, tuduh boros guna duit belanja dapur!
[Copy link]
|
|
Sikap kedekut dan tidak bertimbang rasa dalam kehidupan berumah tangga boleh menyebabkan sesetengah pasangan itu makan hati berulam jantung.
Walaupun pahit untuk ditelan, itulah hakikat yang terpaksa dilalui seorang wanita bergelar isteri.
Manakan tidak, sebagai suri rumah sumber kewangannya hanya bergantung sepenuhnya pada nafkah yang diberikan suami.
Suri rumah bergantung sepenuhnya sumber kewangan daripada suami. -Gambar hiasan
Meluahkan isi hati di laman sosial, wanita itu memberitahu suaminya memberikan sebanyak RM100 yang mana RM50 digunakan untuk membeli barang dapur, manakala selebihnya bagi mengisi minyak kereta.
Bagaimanapun demi memenuhi selera dan permintaan anak-anak, dia menggunakan sebahagian wang yang diperuntukkan itu, untuk membeli seekor ayam.
"Saya pegang amanah tu. Cuma semalam saya dah minta izin nak beli ayam untuk masak sebab suami kerja pagi.
"WhatsApp saya dibalas 'okey'. Suami izinkan, saya pun beli pada harga RM14.50 seekor. Bukan selalu makan ayam, sesekali sahaja.
"Anak-anak tak kisah pun makan apa ada je. Cuma semalam, anak-anak nak makan ayam. Tapi apabila suami balik kerja pukul 8 lebih malam, masuk pintu terus marah-marah," katanya.
Menurut wanita itu, suaminya bukan sekadar menengking, malah memaki hamun seperti orang yang tiada perasaan dan perbuatan tersebut dilakukan di hadapan anak-anak.
Malah dia dituduh membazir kerana boros berbelanja dengan membeli seekor ayam.
"Tapi dia beli rokok berkotak-kotak boleh pula. Saya diam, sabarkan hati. Salah ke saya beli ayam untuk anak-anak dan suami makan?
"Kalau masak telur, selalunya suami yang tak nak makan, alasan tak selera. Lagipun dia tahu saya dah minta izin. Dia tu kalau dapat duit je, beli barang online. Tahu-tahu barang sampai.
"Saya ni nak beli apa pun untuk diri sendiri, saya tahan tak beli. Melainkan betul-betul ada rezeki lebih," jelasnya.
Namun paling dia terkilan apabila suami tergamak mengatakan dia bersama anak-anak sebenarnya menjadi beban dalam hidupnya.
"Saya sikit pun tak pernah berkira dengan suami apabila dia susah. Hutang duit anak RM600 pun dia tak bayar lagi.
"Janji nak bayar, masa nak pinjam baik sangat. Baran dia makin teruk sekarang. Rasa nak hampir gila hadap perangai dia yang tak semena-mena baran, nak mengamuk tak tentu hala.
"Anak-anak juga jadi mangsa kemarahan dia. Doakan saya dan anak-anak terus kuat mental, emosi saya sakit," luahnya yang tidak tertahan lagi menanggung derita.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Lari kak lari..takyah nak tahan mental emosi sgt..kesian anak2..mental dan emosi mereka dah tentu2 tak sekuat kita.. |
|
|
|
|
|
|
|
kak, sy nak doakan akak bahagia. tp kalau gini, mmg long term akak akan mental. keluarlah dari marriage tu walau ia dibenci Tuhan tp lagi memudaratkan hidup akak kalau masih sebantal dgn laki kedekut. mohon laki kedekut tu mereput! |
|
|
|
|
|
|
|
kak sian ko beter ko cerai laki x guna cm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Jantan mcm ni bila bini lari mulalah salahkan feminism konon punca bini tak patuh dgn laki, padahal ko sendiri bingai kot. Beli rokok ada duit plak beli ayam yg murah mcm tu pun berkira. Aku rasa laki tu mesti sejenis tak penah beli barang dapur sbb aku rasa ayam la bahan basah paling murah skrang ni. Ikan kembung pun kekdg lg mahal dari ayam |
|
|
|
|
|
|
|
ni kalau bercerai xtaula bg nafkah anak ke tak kalau kedekut mcm ni, tahla laki mcm ni ptt xpayah kawinla hisapla rokok tu sampai mam |
|
|
|
|
|
|
|
cerai ajer lah sis
babi sungguh perangai suami amcam tu
dia bodoh ke apa ...
rm14+ seekor ayam murah lah tu
boleh kot makan 2 hari
awak pun pandai2 lah jimat
idk ... sayur paling murah = kobis
lauk paling murah dan sedap (saya suka) = telur
ayam pi beli kat econsap ke .. billion ke ... jgn la beli kat jaya grocer
sedih nya rasa.
meh la saya nak belanja beberapa ekor ayam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|