CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12107|Reply: 19

[Jenayah] "Daylight Robbery" - Order Segelas Air Suam Dekat Restoran, Kena Caj RM7!

[Copy link]
Post time 27-2-2025 08:11 AM | Show all posts |Read mode


Kes makanan dan minuman yang diletakkan dengan harga mencekik darah dilihat semakin menjadi-jadi ketika ini. Segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan mengenakan harga yang keterlaluan.

Antara golongan yang selalu menjadi mangsa adalah pelancong asing yang tidak berapa cakna dengan harga-harga makanan di Malaysia. Sebelum ini, tular apabila pelancong di Langkawi perlu membayar RM4 untuk sekeping roti canai.

Jelas Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah Mohamad Yusrizal Yusoff, harga yang dikenakan pemilik gerai adalah tidak masuk akal meskipun harga bahan dan barangan mentah sudah semakin meningkat.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Thread apabila seorang wanita dikenali sebagai Pinat (@pinatzamree) berkongsi pengalamannya sewaktu berkunjung ke sebuah makan sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menurut Pinat, dia telah melalui pengalaman ‘dirompak pada siang hari’. Dakwanya, dia dicaj harga yang begitu tinggi hanya untuk pesanan air suam iaitu sebanyak RM7! Memang agak mahal untuk air suam.

“Silap saya tak tanya dan periksa dulu harga sebelum order. Mereka (pekerja restoran) ada sebut, ‘ada caj (tambahan)’ bila saya pesan air suam. Saya fikir berapa banyak je la untuk segelas air suam? Nah ambil, RM7!” kata Pinat.

Pinat dalam satu ciapan lain berkata makanan yang dinikmati di sana adalah lazat. Namun harga yang tidak masuk akal itu memberikan pengalaman kurang senang buatnya.

Bukan sahaja harga air suam yang melampau, malah pihak restoran juga didakwa mengenakan caj tambahan jika mahu meletakkan cili padi ke dalam makanan untuk rasa ‘kick’ dan pedas.

Oleh disebabkan itu, dia membatalkan pesanan makanan terbabit.

Menjengah ke ruangan balas, ramai tidak sangka dengan air suam yang begitu mahal meskipun restoran tersebut berada di kawasan ibu kota.

Malah ada juga yang berseloroh mendengar kisah Pinat tentang air suam yang mahal itu.

“Untuk RM7, air suam tu patut dihidang sekali dengan cerek,” kata seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga warganet meminta Pinat untuk melaporkan isu tersebut kepada pihak berkuasa.

Untuk info, kes peniaga menjual makanan dengan harga yang terlalu mahal dan tidak munasabah adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah.

Ini terletak di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011).

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) sebelum ini, pihaknya mempunyai cara pengiraan dan penetapan pencatutan (profiteering) yang mengambil kira banyak faktor seperti harga asal, kos pengilangan, pembungkusan, pengedaran, harga borong dan akhirnya harga runcit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2025 01:33 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2025 08:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 08:17 AM | Show all posts
Tarbush ni mmg dari dulu pricey (dulu as in the 90s when i can afford to dine out tempat macam ni).  Dia pioneer mid eastern food sebelum yg lain2 naik bagai cendawan tumbuh lepas hujan.

I prefer Sahara Tent tasty and still affordable.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 08:18 AM | Show all posts
Btw, dia complain pasal ayaq masak RM7, how much dia rasa a fair price?  RM0.50? Considering dia bayar RM85 for lamb mandi and RM25 for the watermelon juice, takanlah RM7 pun nak tercekik bayar? Ker nak membongak je tunjuk resit tapi mentality pprt tu still nak complain.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia caj dalam.usd...
Bila masuk mesin cashier..jadi la harga malaya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2025 09:35 AM | Show all posts
aritu air mineral caj mahal, yg ni lak air suam caj mahal...

selagi boleh wat duit, apa saja yg boleh dijual jana keuntungan walaupun ianya mengarut...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 09:45 AM | Show all posts
To be fair dengan pekedai, mereka ini market benda yang sedikit ekslusif dan harganya tak akan sama dengan kedai biasa.. Jadi bila mereka cas mahal itulah harga makanan mereka.

... tetapi untuk fair kepada pengguna pulak, harga makanan itu sepatutnya dipaparkan dan sepatutnya tak apalah kalau ada orang kata mahal.. biar marketingnya itu seimbang, ekslusif dan mahal... jd seratus peratus terpulang kepada pengguna nak pergi ke tak.. jgn lupa tanya diri dan dompet masing-masing, adakah berbaloi makan disitu terlebih dahulu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2025 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Penyamun tarbus tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak lagi suka cautut ketimbang pencatutan
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 10:04 AM | Show all posts
mula nak terkejut... pastu tengok resit..hmm starhill wat du yu espek...cuba len kali minta tap wo'a.. maybe dia caj lima posen je..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Suggest gomen thru kementerian pengguna dan MOH buat peraturan pd peniaga makanan (x kisah lah resto besar ke/kedai tepi jalan ke), tiada caj utk plain water (air kosong masak). Langkah utk galakkkan rakyat tempatan kurang minum minuman manis. Peniaga pon x boleh tamak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 10:07 AM | Show all posts
nasik rm85 tembikai rm25..
pastu air suam rm7 nak pertikai..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MarryPottet at 27-2-2025 03:18 PM

Mujur ko tak order sky juice kak, mungkin berbelas hengget dicajnya
Cili padi yg beberapa hirisan tu pon mungkin akan dicaj harga sepokok
Daripada bayar air tembikai rm25 segelas, baiklah ko gi beli tembikai sebijik & blend sendiri then minum sampai lebam
Rm85 for lamb maklouba rice pun kira mahal kalau utk 1 portion je. Unless dia bagi lamb selambak makan sampai naik darah akibat kepanasan
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 03:17 PM | Show all posts
akak cadangkan tempat begitu kalau adik punya payslip gaji dalam USD dengan 5 angka boleh la.... setakat nak acah2 makan di starhill tapi hujung2 nak meroyan baik kau makan saja kat secret resipi dik
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 03:27 PM | Show all posts
Berapa kali nak cakap harga tu bukan harga air tapi harga sewa, lokasi, iklan termasuk gaji pekerja. Kalau peminum air tembikai kena bayar, ko ingat ko order air suam boleh terlepas ka? Cari kedai lain ya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2025 03:27 PM | Show all posts
Mahal nak mamp…. Tapi bagusnya pelanggan x cover2 tutup nama kedai…terang n jelas nama restaurant..senang org lain yg rasa x begitu mampu x pyh berangan nk jejak masuk. Pihak berkuasa pun senang nk ambil tindakan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa suruh letak gaji minimum  RM 1,700 mendapatlah
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 03:56 PM | Show all posts
Manjahati replied at 27-2-2025 03:27 PM
Mahal nak mamp…. Tapi bagusnya pelanggan x cover2 tutup nama kedai…terang n jelas nama restaurant. ...

Tarbush ni memang premium middle eastern restaurant.  Location dia semua tempat yg mahal.  Bukan macam kedai abah juai nasi arab makan dgn sambal belacan.  Nak ambil tindakan camne?  Menu dia dgn harga terpampang even kat website dia.  Maybe next time siapa yg acah2 T5 pastu mengadu air segelas rega 7-8 ringgit sila bawa botol air sendiri.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 01:34 AM | Show all posts
Fair enough concept restaurant nya premium tapi often times than not, sangat la tak berbaloi price tag nya. Tapi betul la itu rege location and marketing. Kalau ikut portion ngan ingredient nya sangat la tak berbaloi. Ngucap panjang sat tengok rege frappe dia 40 hengget. Kalau guna premium eskrim ok la kot. Ni hujung2 rasa mixue ko ghaser
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.048007 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list