CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5263|Reply: 5

[Tempatan] Ustaz menangis tidak dibenar jamin kes cabul, puasa dalam penjara

[Copy link]
Post time 27-2-2025 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 26-2-2025 08:56 PM



Ustaz menangis tidak dibenar jamin kes cabul, puasa dalam penjara

  • Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
  • 26 Februari 2025, 1:49 pm


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram

Share on linkedin




Tenaga pengajar madrasah dituduh melakukan amang seksual fizikal di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN


ALOR SETAR – Seorang tenaga pengajar sebuah madrasah menangis apabila Mahkamah Sesyen di sini, hari ini tidak membenarkan jaminan ke atasnya bagi pertuduhan kes amang seksual.

Tertuduh berusia 31 tahun didakwa meraba alat sulit remaja lelaki berusia 16 tahun di sebuah bilik hotel di Jalan Tandop Utama, di sini pada pukul 2.35 pagi, 22 Februari lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurfatin Mastura Asri tidak menawarkan jaminan ke atas tertuduh yang turut berdepan tujuh lagi pertuduhan di bawah seksyen sama di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang.

Peguam Mohd. Imran Farouk merayu satu jumlah yang minimum dengan alasan anak guamnya menyara keluarga, selain tidak melanggar syarat Mahkamah Sesyen Butterworth yang memberikan jaminan terhadapnya.

Nurfatin Mastura bagaimanapun memohon mahkamah mengambil kira faktor kepentingan awam yang mana tertuduh dianggap berbahaya kepada mangsa lain, walaupun tidak mengganggu mangsa-mangsa dalam kes dihadapinya.

Pihak pendakwaan memaklumkan, kes yang dihadapi tertuduh hari ini berlaku selepas dia diberikan jaminan bagi pertuduhan terdahulu, selain faktor mangsa-mangsanya yang berlainan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 23 Mac ini.  – KOSMO! ONLINE





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2025 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 04:39 PM | Show all posts
Lupakan Hari Raya jawabnya.. Dekat-dekat Hari Merdeka, sambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia dalam penjara. Hujung tahun pula, sambut Tahun Baru dalam penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Puasa terbaik tu puasa sambil ibadat dan zikir....anggap semua tu satu perjalanan untuk Redho Allah.

InsyaAllah tenang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 06:45 PM | Show all posts
potong je kote setad tu.. so esok dia raya tak berkote
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 01:10 AM | Show all posts
Fuhh bermangsa-mangsa dimangsakan dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.428298 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list