CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5892|Reply: 10

Ahli Parlimen Langkawi Cadangkan Busker Pakai Batik Dan Akan Dibayar Royalti

[Copy link]
Post time 27-2-2025 02:11 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mencadangkan seniman jalan khususnya `busker’ memakai pakaian cantik seperti batik semasa membuat persembahan.


Menurutnya, beliau mendapati kebanyakan `busker’ terutama di kawasan bandar raya memakai pakaian kurang cantik ketika membuat persembahan di tempat tumpuan ramai.


“Saya cadangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ambil `busker’ sebagai anak angkat dan pakaikan mereka dengan pakaian cantik seperti batik dan sebagainya.


“Saya juga cadangkan bayaran royalti kepada mereka kerana menceriakan dan menghiburkan orang ramai termasuk pelancong. Minta diperluaskan lagi bantuan kepada `busker’ meliputi kota-kota raya selain Kuala Lumpur,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.


Menjawab cadangan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, beliau menyambut baik cadangan tersebut dan pihaknya bersedia mempertimbangkan perkara itu.


“Umpamanya pakaian bersih, cantik untuk mempromosikan negara kita. Begitu juga dengan cadangan bayaran royalti, saya kira ini juga boleh diteliti, boleh juga jadi satu pendapatan kepada mereka.


“Saya akan ambil teliti perkara disarankan oleh (Ahli Parlimen) Langkawi dan mungkin boleh dimasukkan dalam dasar hiburan wilayah persekutuan,” katanya.


Terdahulu, Zaliha berkata, seniman jalanan tidak memiliki permit kerana membuat persembahan di lokasi tidak dibenarkan antaranya di persimpangan jalan, kawasan lampu isyarat, kawasan sesak dan berbahaya atau kawasan kediaman di pusat bandar.


Jelasnya, DBKL menyediakan 16 lokasi strategik sebagai kawasan rasmi bagi aktiviti `busking’ antaranya di zon komersial dan pelancongan seperti Bukit Bintang, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Dataran Merdeka, Medan Pasar, River of Life dan Jalan Alor.


“Begitu juga di zon rekrasi dan sosial seperti taman-taman awam dan medan selera DBKL yang bersesuaian dan setiap lokasi dibenarkan beroperasi antara pukul 9 pagi hingga 12 malam bergantung kepada jenis persembahan dan kesesuaian kawasan tersebut.


“Jabatan Wilayah Persekutuan akan mengadakan sesi temu rapat bersama pengiat seni pada suku tahun kedua ini bagi mendapatkan input awal sebelum datang dengan dasar hiburan wilayah persekutuan yang kita akan rangka,” katanya.



Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2025 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 27-2-2025 03:06 PM

kita rohingya tak mau kasi ka...abang...kita pon LANGKAWI WORANG JOGAK.Bukit Malut mari la..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 03:45 PM | Show all posts
Tengoklah kualiti idea MP di Malaysia.

Akibat hidup dalam kepompong sendiri sahaja. Rakyat masih berangan nak hidup dalam negara maju ka?

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok juga batik tu local made yang guna canting atau terap....kalau batik print or Indonesia tak payah la gigih kau promote....kang kena tumbuk dgn @nusaraya
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 27-2-2025 07:14 PM

Busker ramai indonesia sampai dlm mall urban dinyanyi lagu Indonesia lagu pujaan kampung2 gitu, dah jadi low class mall itu, yg mana zaman dulu2 mall lagu omputeh lagu urban
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 07:25 PM | Show all posts
apa ni?aku x paham.dia cadangkan kat buskers kat KL kan?bukan kat langkawi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2025 07:30 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 27-2-2025 03:45 PM
Tengoklah kualiti idea MP di Malaysia.

Akibat hidup dalam kepompong sendiri sahaja. Rakyat masih be ...

idea tu ok je.menteri pun  nak seragam kan busker dapat permit tempat2 yg strategik .negara maju nak melalak pun kena jugak ada permit
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 08:07 PM | Show all posts
Nanti ada busker yang terlompat melompat headbangers heavymetal underground speed metal nanti ada pulak yang terhina. Idea yang sangat Tak sesuai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2025 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg bukan2 je idea dorang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa ko ingat diorang tu props ke? Pakaikan pakaian cantik? Buskers tu majoriti orang2 seni, pencinta muzik. Ko hengat deol berjiwa batik?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 03:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 27-2-2025 03:45 PM
Tengoklah kualiti idea MP di Malaysia.

Akibat hidup dalam kepompong sendiri sahaja. Rakyat masih be ...

Yg aneh aneh je cadangannya...adoii...come on la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.046759 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list