CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38311|Reply: 4

Single Mom Setuju Kahwin Dengan Mat Ganja Sebab Sayang

[Copy link]
Post time 1-3-2025 02:45 PM | Show all posts |Read mode

Seorang wanita bergelar ibu tunggal ini yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang baharu dua bulan dikenalinya.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti itu, dia terbuka hati untuk menerima jejaka berkenaan bukan sahaja kerana berstatus bujang, malahan sikap lelaki tersebut yang baik hati dan jujur.

"Saya adalah seorang single mom berusia sekitar 45 tahun. Baru-baru ni ada lelaki bujang approach, beza umur dalam 13 tahun. Kenal dalam dua bulan.

"Dia ajak saya kahwin, saya pun okey sebab dah sayang. Dia okey, bertanggungjawab kepada family. Dia baik dan jujur," tulisnya dalam hantaran yang dikongsikan di sebuah grup Facebook.

Bagaimanapun apa yang membuatkan dia dalam dilema, bakal pasangannya itu mengaku ketagihan bahan terlarang.

"Dia terlampau jujur sampai mengaku hisap ganja. Dia mengaku awal-awal sebab nak saya terima dia seadanya.

"Dia mengaku semuanya dalam kawalan... maksudnya dia tak ambil benda lain selain ganja," kongsinya lagi.

Tambah wanita tersebut, dia kini berbelah bahagi sama ada mahu meneruskan hubungan ataupun sebaliknya, namun mengakui sukar untuk melupakan kekasihnya itu kerana terlalu sayang.

"Saya nak minta pendapat. Saya susah nak lupakan sebab dah sayang. Saya tiada pengalaman kawan dengan orang yang ambil ganja.

"Minta komen yang murni-murni ya. Dan beri pendapat yang setulus mungkin. Saya perlukan support daripada rakan-rakan semua," tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menyarankan supaya wanita berkenaan menjauhkan diri dan tidak 'mencari penyakit' kerana dibimbangi akan menyesal di kemudian hari.



Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2025 05:54 AM | Show all posts
ko ada anak kut

tak fikir anak ke. kalau anak tu jadi mangsa, maknya aku libas dulu
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
awal2 ckp komen murni2. so sendiri pn tao la bakalan dikecam
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia mengaku siap2 supaya nnt ko tak boleh nak maki dia. Sbb dia dah mengaku dan ko yg piang terima.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 10:46 PM | Show all posts
45 single mom fuh klu iols tak sanggup



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.638678 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list