|
DI SEBALIK kelincahannya di atas pentas, penyanyi Agnez Mo menyimpan satu rahsia yang tidak pernah diceritakan kepada umum.
Agnez atau Agnes Monica Muljoto, 39, mendedahkan dia pernah menderita penyakit autoimun iaitu sistem tubuh seseorang menyerang sel atau tisu badan seniri.
Penyanyi yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat itu memberitahu dia menyedari perkara itu sekitar 15 tahun lalu.
Gejala awal dialaminya berkaitan tersebut adalah alopecia atau keguguran rambut kronik yang menyebabkan beberapa titik bahagian kepalanya botak.
"Saya pernah menderita penyakit autoimun. Hampir 15 tahun lalu, saya tiba-tiba mengalami masalah alopecia.
"Pada masa itu, alopecia saya sangat teruk dan pendandan rambut saya yang perasan tentang perubahan saya," katanya.
Agnez mendedahkan perkara itu ketika menjadi tetamu program PodHub yang dihoskan oleh Deddy Corbuzier dan Vidi Aldiano.
Jelas Agnez dia mengetahui alopecia berlaku apabila sel darah putih menyerang folikel rambut.
Kata penyanyi itu, perkara itu terjadi disebabkan oleh seseorang individu itu tertekan.
Gara-gara itu, Agnez dinasihatkan oleh doktor untuk mengawal tahap tekanannya.
Namun ia membuatkan Agnez agak keliru kerana selama ini dia tidak pernah berasa tertekan.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|