View: 35888|Reply: 25
|
Zarina terkenang Akiko- Sanggup tinggalkan harta sebab nak kahwin dengan Ridzuan Ridzokumura
[Copy link]
|
|
Tidak hanya menjaga tutur apabila bercakap, Allahyarham Akiko Okumura disifatkan sebagai seorang isteri dan ibu yang baik.
Pelakon Zarina Zainuddin, 55, mendedahkan Akiko juga sanggup meninggalkan harta demi cinta terhadap bapa saudaranya yang juga usahawan Ridzuan Ridzokumura.
"Allahyarham seorang yang sangat baik. Dia sanggup tinggalkan keluarganya yang kaya demi mahu hidup bersama bapa saudara saya.
"Bukan sahaja isteri yang taat tetapi Akiko sangat sayang dan manjakan anak lelaki tunggalnya.
"Arwah sangat menghormati orang lain sehingga kalau bercakap selalu berjaga-jaga sebab bimbang menyakiti hati orang lain," katanya kepada mStar.
Zarina berkongsi perkara itu ketika ditemui sejurus selepas selesai upacara pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam USJ22 di Subang Jaya, Selangor pada pagi Sabtu.
Berkongsi lanjut mengenai Akiko, Zarina memberitahu arwah sanggup mengharungi pelbagai kepayahan dan masa senang bersama Ridzuan.
Usaha tidak mengkhianati hasil, selepas bekerja keras untuk beberapa tahun Ridzuan berjaya dalam bidang perniagaan salun diceburinya.
Malah Ridzuan akan memberikan wang sebanyak RM30,000 setiap bulan kepada Akiko sebagai tanda menghargai isterinya.
"Dulu bapa saudara saya hanya kerja hotel tapi dia buktikan dia bukan kahwin sebab arwah ini anak orang kaya, sebaliknya dia kerja keras.
"Bila sudah berjaya bapa saudara saya beri RM30,000 setiap bulan untuk isterinya, sebab itu arwah rasa hidupnya cukup sempurna berada di sisi suami dan anak," jelasnya.
Ditanya mengenai kenangan yang tidak dapat dilupakan, Zarina sentiasa akan mengingati hari dia menemani Akiko ke Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (Jakim) untuk memeluk Islam pada 2008.
Ketika itu katanya dia menjadi saksi bagi pihak Allahyarham sebelum melafazkan syahadah.
"Saya tak dapat lupakan masa arwah masuk Islam dahulu, sebab sayalah orang yang bawa dia ke Jakim.
"Saya menjadi saksi perkara itu pada 10 Oktober 2008," ujarnya.
Pada Jumaat Ridzuan memaklumkan isterinya meninggal dunia namun punca kematiannya tidak didedahkan.
Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Lain muka acik tanpa filter |
|
|
|
|
|
|
|
Klu hg sudi cerita semuanya details. A to Z. Skrg aku nk tny hg,.. apa kronologi kematian. Cuba cerita cmna akiko boleh jatuh bangunan tu . Cuba cerita details punca, cara mati, pkul brpa ,time tu ridwan and sky kt mana. Semua. Dh byk masa sgt sudi cerita tu kan.
Hg jgn cakap hg xleh jwb soklan ni.sbb benda2 lain hg reveal smua kt ig hg. Azal azil gatai kotey nk buang air mani pun hg crita je pun |
|
|
|
|
|
|
|
Ya lah acikamazon oooiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam kain rumah tangga orang sedap je dia cerita ye. Boleh ke gitu siap amount duit sara diri tu. Ish ishh |
|
|
|
|
|
|
|
Manusiabesa replied at 2-3-2025 02:50 PM
Klu hg sudi cerita semuanya details. A to Z. Skrg aku nk tny hg,.. apa kronologi kematian. Cuba ceri ...
Sahih ke kematian tu?
Kat medsos info, ada 2 punca kematian.
1 punca ulser perut.
1 punca terjatuh.
Pakcik zz pun x bagitau punca kematian.
Misteri gitu.
Seperti biasa, acik zz nmg xboleh simpan rahsia.

|
|
|
|
|
|
|
|
Manusiabesa replied at 2-3-2025 02:50 PM
Klu hg sudi cerita semuanya details. A to Z. Skrg aku nk tny hg,.. apa kronologi kematian. Cuba ceri ...
alang alang kan? semua dia nak citer duit bg kat Arwah pun siap bgtau  |
|
|
|
|
|
|
|
ok cerita jugak. knp setiap kali ridz & family balik japan mesti tido hotel? knp tak tido rumah mertua? dah kata kaya raya mesti rumah selesa |
|
|
|
|
|
|
|
Manusiabesa replied at 2-3-2025 02:50 PM
Klu hg sudi cerita semuanya details. A to Z. Skrg aku nk tny hg,.. apa kronologi kematian. Cuba ceri ...
I sokong. Alang2 nk cerita kan. Nk tau sgt sew side ke??? Terjatuh ke tp sbb apa?? Klau TER, mesti bgtau awal2? Lain betul muka ridz ni dia socmed dia dgn in real |
|
|
|
|
|
|
|
irvene replied at 2-3-2025 04:20 PM
ok cerita jugak. knp setiap kali ridz & family balik japan mesti tido hotel? knp tak tido rumah mert ...
Mak pak akiko ada dtg ke waktu kebumikan ank? Tgk cucu ke sbb kehilangan mak? Either cerita dongeng ank orka atau mmg keluarga sana dah putuskan terus hubungan |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 2-3-2025 06:46 PM
Mak pak akiko ada dtg ke waktu kebumikan ank? Tgk cucu ke sbb kehilangan mak? Either cerita dongen ...
macam takde nampak pulak maknya. rasa paknya dah takde. btw rid tgh bt live tahlil dkt tt boleh la p tgk |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa semua proses kene buat live |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 2-3-2025 06:46 PM
Mak pak akiko ada dtg ke waktu kebumikan ank? Tgk cucu ke sbb kehilangan mak? Either cerita dongen ...
Mak dia pernah dtg Malaysia. Ada dlm insta Ridz |
|
|
|
|
|
|
|
Fuyo 30 ribu monthly..... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by im4me at 3-3-2025 07:47 AM
Come on lah ... seriously cut this BS no rich kid will fall in love with poor kid from Asian ingat cita tamil ka Akiko mesti ada something di Malaysia mungkin sebab kerja, dulu ada 1,2 org yg jatuh cinta dgn tour guide.. bukan anak org kaya pun,,, Rasanya Akiko ni dari Kyoto kalau betul dari Kyoto dorang ada class yerr... Akiko ni org biasa2 jer but Kalau dia kerja memang ada simpan duit dan bapak dia dah mati so duit insurance 500kUSD dlm tangan .. Her English doesn't sound grad from US more likely she learn from NOVA ... cari lah apa tu NOVA English school in Japan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak habaq itu zz, iols hampir tak kenai.. |
|
|
|
|
|
|
|
ish ish ish muka masing2 .... kat socmed sendiri muka licin gebu, nampak muda ...kat camera org lain .... nahhh jauh beza bagai langit dgn bumi  |
|
|
|
|
|
|
| |
|