CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36042|Reply: 0

Azlan Komeng nak kahwin lagi satu

[Copy link]
Post time 2-3-2025 02:57 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Memberi bayangan bakal dimadukan, isteri kepada pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam Ortiz mendakwa suaminya dalam perancangan untuk mengahwini wanita lain.

Nur Nilam, 45, juga pelakon itu berkata, suaminya kini sedang berdepan cabaran menjelang hari pernikahan apabila kerap bergaduh dengan bakal isterinya.

“Jauh datang dari KL sampai ke pantai timur asyik ‘call’ sahaa, tak tahu lah apa yang dibualkan. Asyik bergaduh, belum kahwin lagi sudah bergaduh macam mana tu?

“Tapi tak boleh nak buat apa, orang nak kahwin macam ni tau, mana-mana pergi pun ‘call’ 24 jam. Belum kahwin lagi, dah kahwin tak tahu lah macam mana.

“Macam ini ye laki orang bercinta, nampak telefon dekat tangan tapi itulah, kalau cakap elok-elok tak apa, ini tak asyik nak gaduh sahaja,” katanya menerusi hantatan video di TikTok miliknya.

Paparan tersebut menunjukkan Azlan atau nama sebenarnya Muhammad Azlan Kamiran, 48, sedang berbual menerusi telefon dengan seseorang dipercayai bakal isteri keduanya.

Menerusi hantaran sama, Nur Nilam turut menitipkan pesanan kepada kaum hawa agar mencari lelaki yang menyayangi mereka lebih daripada diri sendiri.

Dia juga mengakui perit berhadapan situasi dilalui namun tetap berlapang dada andai takdir menentukannya hidup berpoligami.

“Tapi sebenarnya, perempuan kena cari lelaki yang sayangkan kita lebih daripada dia sayangkan diri dia. Kalau tak, akan jadi macam Abang Lan (Azlan).

“Paksa kahwin, nak kahwin, okey akak bagi, tiada masalah tapi 14 kali, 15 kali kau telefon dia, abang Lan tak suka tau. Abang Lan bukan orang macam itu.

“Kita doalah yang baik-baik. Sebenarnya perit juga hati ini. Tapi itulah, semua atas abang Lan sekarang ini. Doalah yang baik-baik. Insya-Allah yang baik-baik dia datang kat kita,” ujarnya.

Susulan pendedahan tersebut, ramai meluahkan simpati terhadap Nur Nilam yang tetap di sisi Azlan ketika pelakon itu hampir lumpuh dan perlu diuruskan sepenuh masa akibat kemalangan pada 12 Oktober tahun lalu.

Sepanjang tempoh suami terlantar isterinya berusaha mencari rezeki buat keluarga sehingga dia kembali sihat dan mampun berjalan semula.

“Tabahnya Nilam. Jaga suami sepanjang sakit. Sudah sihat nak cari lain,” tulis seorang pengikutnya.

“Sudah boleh berjalan nak kahwin lain? Betul-betul tak tahu bersyukur,” kata netizen.

Begitupun, ada juga dalam kalangan peminat yang menganggap video tersebut hanya sebagai konten untuk tular.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.040724 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list