CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29859|Reply: 10

"Ia Kemenangan Kecil" - Suami Zahnita Wilson Syukur Bebas Dakwaan Dera Anak

[Copy link]
Post time 2-3-2025 07:07 PM | Show all posts |Read mode

SUAMI model Zahnita Wilson berkongsi khabar gembira apabila mahkamah membebaskan dirinya daripada dakwaan mendera empat orang anaknya.

Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47, berkata, anak-anaknya kini dibenarkan bermalam di rumahnya selain dapat meluangkan masa bersama di hujung minggu.

"Mahkamah telah menolak dakwaan bahawa saya mendera anak-anak saya.

"Sekarang, saya dapat berjumpa mereka setiap hari Sabtu dan mereka boleh bermalam dua kali sebulan.

"Ia kemenangan kecil, tapi saya tetap bersyukur!," katanya.


Zackery berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Ahad.

Bagaimanapun Zackery tidak menyatakan secara terperinci mengenai dakwaan berkenaan.
Dalam hantaran tersebut dapat dilihat dia bersama tiga orang anaknya menghabiskan masa dengan beriadah di Sungai Lembing, Pahang.

Kata Zackery dia bersyukur dengan keputusan tersebut memandangkan sebelum ini hanya dapat meluangkan masa selama dua jam setiap kali bertemu.

"Alhamdulillah. Seharian keluar bersama anak-anak (si nombor dua sahaja tak ada, tapi tak mengapa).

"Selepas dua bulan hanya dapat jumpa mereka dua kali sebulan selama dua jam setiap kali," ujarnya.

Sementara itu, usaha mStar untuk bertanya lanjut mengenai keadaan dia dan anak-anak tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej tidak dijawab.

Pada 2 Disember tahun lalu, Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, berkongsi foto di Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.

Menerusi temu bual bersama mStar, aktres berkenaan tidak berdolak-dalik mengenai punca matanya lebam dan mendakwa dia dibelasah oleh suami sendiri.

Pergaduhan di antara mereka tercetus apabila dia membangkitkan isu suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Pada 4 Disember 2024, Zachery didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan atas dua tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isteri dan dadah.

Bagaimanapun Zachery mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

Untuk rekod, Zackery mendirikan rumah tangga dengan Zahnita pada 2005.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun.


Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2025 07:30 PM | Show all posts
anak anak semua ikut muka ayah
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 mcm ikut muka mak...yg kecik tu sebijik
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 08:16 PM | Show all posts
Pulakkk mmg plot t ist betulll. Zmn skrg ni susah nak percaya 100% watak isteri teraniaya kat socmed ni takut terlebih skrip, mmg kena dgr dr dua2 belah pihak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 2-3-2025 08:07 PM
Anak2 mcm ikut muka mak...yg kecik tu sebijik

Dah buang mak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi memang pun zahnita takda cakap dia dera anak kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2025 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
DeLuna85 replied at 2-3-2025 08:20 PM
Tapi memang pun zahnita takda cakap dia dera anak kan?

Tu la ada ke ek? Dia ckp dia yg kena pukul kan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini yg kena dera, bukan anak2.

Mungkin ex dia ni dengan anak2 mmg baik. Dengan bini jadi baran. Ada orang spesis camni. 2 karektor yg berbeza.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2025 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
DeLuna85 replied at 2-3-2025 08:20 PM
Tapi memang pun zahnita takda cakap dia dera anak kan?

Tu la...dr awal zani x pernah sebut ex nya ni dera ank...dia cuma ckp dia yg didera kn
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 2-3-2025 07:16 PM
Pulakkk mmg plot t ist betulll. Zmn skrg ni susah nak percaya 100% watak isteri teraniaya kat socmed ...

iols pula setelah tahu betapa tak beradabnya dia minta resepi pai mak mentua pastu buat berniaga, memang dah makin tak suka. Dia pun suka menganjing netizen yg mana komen2 yang dia tak suka. Mengaku diri supermodel. Semua red flag.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 2-3-2025 04:03 PM
iols pula setelah tahu betapa tak beradabnya dia minta resepi pai mak mentua pastu buat berniaga,  ...

Betul, part tu mmg nampak tak elok betul perangaii dia. Mintak resepi mil tapi boleh tak bagitahu nak buat bisnes sedangkan mil dia pun buat jual, mmg tak elok pun perangaii. Mil dia found out dr social media dia kan dia buat beniaga, tak malu betul buat perangai jahat mcm ni. Dia ni pun mmg ada perangaiii tqk elok, taklah kata laki dia betul tapi dia sendiri pun ada tak kena. Anak pompuan yg sulong pun tak side dia, jarang betul anak tak side mak ni. Adalah tu. Seronok lps tu dpt perhatian huh mmg inilah modal retis pompuan smn skrg jual kisah rmhtangga buat duit huh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.427601 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list