CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 5931|Reply: 0

Honda Malaysia Sasar Jualan 83,000 Unit

[Copy link]
Post time 3-3-2025 09:08 AM | Show all posts |Read mode

HONDA Malaysia menyasarkan jualan sebanyak 83,000 unit pada 2025 dengan penguasaan pasaran sebanyak 10.6 peratus yang bakal dipacu oleh pengenalan tiga model baharu tahun ini, termasuk Civic Baharu yang dilancarkan pada Januari lalu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hironobu Yoshimura berkata, syarikat yakin terhadap permintaan berterusan bagi model sedia ada serta potensi enjin pembakaran dalaman dan teknologi e:HEV.

"Model e:HEV Honda mencatat pertumbuhan positif, menyumbang hampir 30 peratus daripada jumlah jualan kenderaan hibrid di Malaysia pada 2024 dan teknologi ini mendapat pengiktirafan global, mengukuhkan lagi kepercayaan terhadap kenderaan elektrifikasi Honda.

"Untuk itu, Honda Malaysia akan melancarkan model elektrik (BEV) pertamanya iaitu e:N1 pada tahun ini sebagai langkah awal dalam strategi elektrifikasi dan ia bukan sahaja memperkenalkan teknologi EV Honda di Malaysia, malah menjadi pemangkin kepada perancangan memperkenalkan tiga lagi model BEV menjelang 2027," katanya pada majlis bersama media di sini baru-baru ini.


Untuk rekod, pada 2024, Honda Malaysia mencatat jualan 81,600 unit dan penguasaan 10 peratus pasaran, mengekalkan kedudukan sebagai jenama nombor satu dalam segmen kenderaan penumpang bukan nasional selama 11 tahun berturut-turut serta model HR-V, City, dan CR-V menjadi penyumbang utama jualan.

Selain memperluaskan barisan produknya, Honda Malaysia kini mempunyai 104 pusat pengedar dan tenaga kerja profesional, terus komited untuk memberikan perkhidmatan jualan dan selepas jualan terbaik.

Dalam berusaha menjadikan perkhidmatan lebih mesra pelanggan serta efisyen, Honda Malaysia juga fokus kepada elemen pendigitalan yang diperkukuhkan melalui platform HondaTouch yang kini mempunyai lebih 430,000 pengguna aktif.


Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2025 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.043897 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list