CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7168|Reply: 3

[Dunia] Anak OKU makan dari tong sampah, diabaikan pekerja rumah jagaan

[Copy link]
Post time 4-3-2025 12:02 PM | Show all posts |Read mode


Seorang anak orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran dirakam sedang makan dari tong sampah, didakwa diabaikan oleh kakitangan rumah jagaan, menurut satu siasatan.

Staf rumah jagaan itu juga didapati tidur semasa bekerja dan mengabaikan lelaki OKU berusia 23 tahun itu selepas ibunya memasang kamera di dalam bilik anaknya.

Kejadian berlaku di sebuah rumah jagaan di Coventry, England.

Walaupun ia adalah syarikat swasta, ia memperoleh sebahagian besar wangnya daripada kontrak penjagaan yang dibiayai oleh pembayar cukai dengan majlis tempatan.

Menurut siasatan ITV News, pemuda tersebut, Connor hidup dengan gangguan bipolar dan autisme yang disebabkan oleh keadaan genetik yang jarang berlaku.

Ibu Connor, Lindsay, mendakwa dia bimbang selepas anaknya hilang dari rumah jagaan dan ditemui hampir 2 kilomter jauhnya.

"Kami dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena. Dia akan melarikan diri mengatakan dia tidak mahu kembali. Berat badannya naik," katanya kepada Editor Siasatan ITV News, Daniel Hewitt.

Difahamkan, pemuda OKU itu tinggal di sebuah kediaman yang merupakan perumahan sokongan bagi orang dewasa yang mengalami masalah pembelajaran, dan mempunyai kira-kira 4,000 penghuni.

Beberapa hari selepas meletakkan kamera di bilik anaknya, dia mendapati anaknya sedang memakan sesuatu dari tong sampah selama hampir sejam, tanpa pengawasan pengasuh.

Walaupun dia tidak sepatutnya dibiarkan tanpa pengawasan, kamera itu juga merakamkan kakitangan yang berulang kali tidur semasa bekerja.

"Saya rasa loya. Dia memerlukan penjagaan seseorang atas sebab tertentu. Itu anak saya. Kakitangan sepatutnya berada di sana menjaga dia.

"Mereka akan mengejeknya dan mereka akan merokok vape di sebelahnya. Menjerit di mukanya, setiap hari dia diabaikan," dakwanya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2025 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Puan mungkin dah tiba masanya u jaga anak u sendiri,kesian anak u sampai hati rumah jagaan buat macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 09:39 AM | Show all posts
UK yang terkenal dengan menjaga kebajikan rakyat sehingga penganggur pun dapat elaun bulanan. takkan OKU semacam ni tak dapat pembelaan. Bukan ke UK ni negara yang kaya?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2025 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada kes kat n9.. kesian. Smpai kurus kering. Dah meninggal kan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.527809 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list