CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 26092|Reply: 0

[Buku & Kesusasteraan] Harga Buku Terpakai Boleh Capai RM6,000 Bergantung Pada Tajuk

[Copy link]
Post time 4-3-2025 09:27 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Mungkin ramai yang skeptikal jika diberitahu harga buku terpakai boleh mencecah hingga RM6,000.

Namun jika kena pada tajuknya, genre selain faktor sukar diperoleh dalam pasaran, membolehkan sesebuah buku terpakai mencecah harga ribuan ringgit.

Hal itu dijelaskan oleh pengasas Pasar Buku Malaysia, Zaifulnizam Wagiran yang sudah menjual buku terpakai sejak 15 tahun lalu.

Zaifulnizam berkata, secara harfiahnya buku adalah barangan yang susut nilai, namun dengan nilai tambah misalnya cetakan pertama dan tiada keluaran terbaharu, edisi terhad, bertandatangan penulis atau tokoh, menjadikan sesebuah buku terpakai itu bernilai lebih daripada buku baharu malah boleh dibida dengan harga tinggi.

"Saya pernah menyaksikan bidaan dalam laman sosial yang menyaksikan ada buku terpakai terjual pada harga RM2,500, manakala sebuah buku lagi dibida dalam acara lelongan fizikal pada harga RM6,000.

"Ada sebab kenapa orang sanggup membeli pada harga yang tinggi. Bagi sesetengah orang, harga bukan perkara utama, sebaliknya lebih kepada keinginan untuk melengkapkan koleksi peribadi.

"Mungkin judul berkenaan untuk melengkapkan siri sedia ada dalam koleksinya atau buku berkenaan sudah tidak dicetak lagi, atau ia mempunyai nilai koleksi cetakan terhad yang memiliki nombor keluaran khusus," katanya.

Kongsinya lagi, selalunya buku terpakai yang dicari pembeli adalah dalam kategori Malaysiana, iaitu hal-hal berkaitan sejarah tempatan, bangunan, ketenteraan, pendidikan, sastera juga budaya. Selain itu komik, majalah kartun dan novel-novel popular turut menjadi pilihan.

Katanya, sebagai penjual buku terpakai biasanya dia memperoleh stok dari perpustakaan yang melupuskan koleksi, institusi, orang perseorangan juga penghimpun yang ingin melepaskan himpunan mereka.

Zaifulnizam berkata, kaedah pemasaran hari ini membolehkan dia mencapai lebih ramai pembeli. Selain memiliki kedai buku fizikal, selama 15 tahun berdagang buku terpakai, dia selesa untuk berniaga dalam talian misalnya menerusi forum-forum internet juga dalam laman dagang seperti Shopee dan eBay di peringkat antarabangsa.


Selain itu, sesekali beliau turut berdagang buku di pelbagai acara sastera, seni, pameran selain pasar vintaj.

"Selain itu, saya mengasaskan sebuah gerakan pelestarian buku yang dikenali sebagai Pasar Buku Malaysia, yang menggunakan Facebook sebagai pusat gerakan. Pasar Buku Malaysia ini bertujuan untuk mengembalikan buku-buku sumbangan orang perseorangan, perpustakaan dan institusi kepada masyarakat melalui pasar percuma (freemarket), rak komuniti, sudut menunggu, perpustakaan mini, program tukar buku dan lain-lain.

"Ia adalah cara kami untuk memastikan masyarakat kita sentiasa dekat dengan buku apatah lagi sesetengah daripada judul diberikan secara percuma," katanya.

Sementara itu Timbalan Pengerusi, Pertubuhan Kota Buku Bangi, Che Mohammad Dollah, berkata buku terpakai masih mempunyai pembeli.

Katanya, sama ada naskhah fiksyen atau bukan fiksyen, masih ramai yang mencari judul-judul tertentu selain buku kanak-kanak.

"Walaupun kefahaman kita buku terpakai ini akan susut nilai, tapi ada judul yang akan meningkat permintaannya jika ia sudah tidak ada lagi dalam pasaran.

"Keadaan ini akan menyebabkan harganya meningkat hingga dua atau tiga kali ganda daripada harga asal," katanya yang sudah terbabit dalam penjualan buku terpakai sejak tujuh tahun lalu.

Che Mohammad berkata, buku-buku tulisan penjajah yang pernah menetap di negara ini juga menarik perhatian umum.

Antaranya naskhah tulisan Frank Swettenham dan lain-lain penulis yang merekodkan sejarah, budaya dan keadaan semasa tempoh penjajahan. Buku sebegitu katanya dicari oleh ramai penghimpun menyebabkan harganya melonjak.

"Tahun terbitan juga memainkan peranan, misalnya sebelum tahun 1900. Namun bukan semua buku-buku terbitan 1900-an bernilai tinggi, ia masih bergantung kepada siapa penulisnya.

"Selain prolifik, penulis yang menghasilkan buku itu mesti diakui pakar dalam bidangnya," katanya.

Tambahnya lagi, ada juga buku-buku terbitan sekitar tahun 1990-an dan tahun 2000 ke atas yang tidak susut nilai sebaliknya meningkat berganda-ganda daripada harga asal, antaranya novel 'Anugerah Pertama' tulisan Ramlee Awang Murshid.

Katanya, novel itu mendapat permintaan tinggi kerana ia hanya dicetak sekali sahaja.

"Walaupun penulisnya masih hidup, namun buku itu tidak dapat dicetak oleh penerbit lain kerana syarikat penerbitan asal yang memegang hak cipta ke atas buku itu sudah ditutup.

" Ini bermakna susut nilai harga sesebuah buku bergantung kepada permintaan pembeli dan kesukaran mendapatkan di pasaran," katanya.

Che Mohammad berkata, buku terpakai memiliki segmen pemasaran tersendiri. Berdasarkan pengalaman peribadinya yang bermula dengan hanya menjual buku terpakai di laman sosial, Facebook, hari ini dia melangkah lebih serius apabila membuka kedai buku fizikal dinamakan GMS Buku Enterprise.


Sumber: BH Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Baru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri Air Zamzam Pada Adik Beradik Tanpa Izin.Netizen Berbelah Bagi
YgBenarBaru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri
Views : 952 Replies : 43
Rumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
VellfireRumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
Views : 2805 Replies : 1303
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 3296 Replies : 1997
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 320191 Replies : 3253
[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee Jun Ho, Kim Min Ha ~ 11 October 2025
Rahah[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee
Views : 2442 Replies : 154
Lagu ‘Ahai’ Jadi Bukti Cinta Siti Nordiana Terhadap Irama Malaysia
sugarBunnLagu ‘Ahai’ Jadi Bukti Cinta Siti Nord
Views : 281 Replies : 6
Kekasih Ben Amir Peluk Islam
irveneKekasih Ben Amir Peluk Islam
Views : 1480 Replies : 19
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 420 Replies : 333
PMX Tawar Diri Jadi ‘Marketing Officer’ Perodua.
YgBenarPMX Tawar Diri Jadi ‘Marketing Officer
Views : 0 Replies : 0
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23477 Replies : 1244

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2025 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.065691 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list