CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2889|Reply: 1

Saji 100 jenis masakan

[Copy link]
Post time 5-3-2025 10:22 AM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Berbuka puasa bersama insan tersayang adalah momen yang paling dinanti-nantikan sepanjang bulan Ramadan.

Ia bukan sekadar menikmati juadah berbuka, tetapi juga peluang untuk mengeratkan hubungan sambil berkongsi keberkatan.

Sempena bulan Ramadan ini, Hotel Premiera Kuala Lumpur menawarkan yang bukan saja menyajikan hidangan enak tetapi turut mencipta kenangan manis buat pelanggan.

Bertemakan Bufet Ramadan Retro Klasik menawarkan lebih 100 jenis masakan berbeza setiap hari merangkumi pembuka selera, hidangan utama, pencuci mulut serta pelbagai jenis minuman.

Antara menu utama yang wajib dicuba termasuk Sup Gearbox Power 6 Sekawan, Kambing Bakar Arang Kayu, Ikan Siakap Stim Thai Style, Popiah Basah, Patin Tempoyak, Roti John Meleleh dan Murtabak Istimewa.

Hidangan seperti Laksa Penang, Sup GearBox, Daging Salai Masak Lemak Cili Api serta ulam-ulaman segar pastinya membangkitkan nostalgia berbuka puasa di kampung halaman.

Bagi yang sukakan menu klasik, Ikan Patin Tempoyak, yang menggunakan ikan patin segar dari Temerloh, Pahang, juga Ikan Siakap Stim Limau yang dimasak dengan teknik stim untuk mengekalkan keaslian rasa dan kesegarannya pastinya tidak akan mengecewakan.

Bagi penggemar masakan tradisional pula, hidangan Laksa Penang dan Sup Gearbox adalah antara pilihan yang tidak boleh dilepaskan.

Laksa Penang yang kaya dengan rempah ratus dan kuah pekatnya, serta Sup Gearbox yang penuh dengan rasa asli, pasti akan membangkitkan selera pelanggan.

Kambing Bakar yang dipanggang menggunakan arang kayu pasti menambat selera dengan aroma dan rasanya yang menyelerakan antara menu yang tidak harus dilepaskan terutama bagi mereka menggemari makanan barbeku.

Menariknya, Kambing bakar ini juga menjadi salah satu tarikan utama bufet dan sentiasa kegemaran ramai.

Satu lagi tarikan utama di bufet ini adalah pencuci mulut istimewa iaitu Serawa Durian dengan Pulut yang disediakan menggunakan durian berkualiti tinggi.

Bukan itu saja, pelanggan juga boleh menikmati bufet durian tanpa had selepas jam 8.30 malam sekali gus menjadikannya pengalaman berbuka yang sukar dilupakan.

Bagi memastikan tetamu tidak bosan dengan hidangan yang sama, Hotel Premiera Kuala Lumpur mengamalkan sistem putaran menu setiap hari.

Contohnya, hari ini hidangan utama mungkin Ketam Masak Lemak, manakala keesokan harinya, menu bertukar kepada Butter Prawn.

Kepelbagaian ini memastikan setiap kunjungan ke bufet Ramadan Hotel Premiera Kuala Lumpur memberikan pengalaman baru kepada pelanggan.

Bagaimanapun, beberapa hidangan istimewa seperti Kambing Bakar akan dihidangkan sepanjang bulan Ramadan, kerana ia menjadi menu kegemaran ramai.

Jika terdapat permintaan khas daripada pelanggan tetap, pihak hotel juga bersedia untuk menyesuaikan menu.

Bersesuaian dengan temanya Ramadan Retro Klasik, pengunjung tidak hanya dijamu menu enak tetapi juga suasana berbuka yang unik.

Dewan makan dihiasi elemen-elemen retro yang menghidupkan kembali suasana era 70-an dan 80-an, mencipta pengalaman berbuka yang bukan sahaja mengenyangkan tetapi juga mengimbau kenangan indah.

Bagi menambahkan lagi kemeriahan berbuka, pelanggan turut dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu klasik oleh Kumpulan Stereo sepanjang majlis berbuka.

Bufet Ramadan di Hotel Premiera Kuala Lumpur adalah pilihan ideal bagi mereka yang ingin menikmati pelbagai hidangan tradisional dan moden dalam suasana eksklusif dan penuh nostalgia.

Bagi yang ingin menikmati bufet Ramadan ini, Hotel Premiera Kuala Lumpur menawarkan harga istimewa untuk dewasa RM160.

Manakala untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun serta warga emas 60 tahun ke atas, harga istimewa ditawarkan pada RM80 seorang.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, hubungi 03 2615 1000 atau layari laman sesawang www.premiera.com.my


Sumber: Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2025 10:57 PM | Show all posts
agak mahal....tp sesekala nk merasai brbuka di hotel..why not
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Baru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri Air Zamzam Pada Adik Beradik Tanpa Izin.Netizen Berbelah Bagi
YgBenarBaru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri
Views : 819 Replies : 36
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 3245 Replies : 1975
[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee Jun Ho, Kim Min Ha ~ 11 October 2025
Rahah[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee
Views : 2442 Replies : 154
Rumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
VellfireRumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
Views : 2749 Replies : 1289
Lagu ‘Ahai’ Jadi Bukti Cinta Siti Nordiana Terhadap Irama Malaysia
sugarBunnLagu ‘Ahai’ Jadi Bukti Cinta Siti Nord
Views : 281 Replies : 6
Kekasih Ben Amir Peluk Islam
irveneKekasih Ben Amir Peluk Islam
Views : 1480 Replies : 19
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 420 Replies : 333
PMX Tawar Diri Jadi ‘Marketing Officer’ Perodua.
YgBenarPMX Tawar Diri Jadi ‘Marketing Officer
Views : 0 Replies : 0
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 320141 Replies : 3251
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23477 Replies : 1244

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2025 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.044033 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list