CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14321|Reply: 0

Program EmpowerHER Digital perkasa wanita B40

[Copy link]
Post time 6-3-2025 06:54 PM | Show all posts |Read mode
Anuar Fariz (dua dari kiri, duduk depan) pada majlis pelancaran Program EmpowerHER Digital di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA –  Kementerian Digital yang dipacu oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Digital Nasional Berhad (DNB) dan SMECorp Malaysia telah bekerjasama melancarkan Program EmpowerHER Digital bertujuan untuk memperkasa wanita B40.

Melalui program tersebut ia akan dapat membantu wanita daripada kumpulan tersebut mendapat akses kepada kemahiran digital dan pasaran untuk menjana pendapatan dan membina perniagaan yang mampan dalam ekonomi digital.

Sebagai sebahagian daripada usaha merapatkan jurang digital, program ini menawarkan bengkel interaktif, sesi perkongsian industri, dan pameran mini yang memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari strategi perniagaan digital, penjenamaan atas talian, serta pembiayaan dan akses pasaran.

Antara rakan industri utama yang terlibat termasuklah Shopee, TikTok, CGC Digital, dan Pixlr.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Anuar Fariz Fadzil, berkata, EmpowerHER Digital bukan sekadar latihan, tetapi satu gerakan untuk membina ekosistem sokongan yang mampan.

Menurut beliau, program ini membekalkan wanita B40 dengan kemahiran digital, akses pasaran, dan bimbingan mentor agar mereka dapat membina perniagaan yang berdaya saing.

“Sebagai pemudah cara ekonomi digital negara, MDEC memastikan wanita bukan sekadar pengguna teknologi, tetapi juga penggerak inovasi dalam ekonomi digital,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Pelancaran EmpowerHER Digital 2025 mencerminkan komitmen kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta dalam memperkasakan wanita dalam ekosistem digital.

Dengan lebih banyak peluang dalam keusahawanan digital,program, ini bukan sahaja membantu meningkatkan daya saing wanita B40, tetapi juga menyumbang kepada kestabilan ekonomi diri, keluarga, dan komuniti secara keseluruhan. -KOSMO!ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.037300 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list