CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11538|Reply: 6

Mendunia! Lagu Siti Nurhaliza pilihan peribadi Raja Charles III

[Copy link]
Post time 10-3-2025 10:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 10-3-2025 07:53 PM

PETALING JAYA – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila lagu Anta Permana nyanyiannya menjadi pilihan Raja Charles III untuk dimasukkan dalam senarai ‘playlist’ peribadinya.

Lagu tersebut menjadi sebahagian daripada program The King’s Music Room di Apple Music, yang menghimpunkan karya dari negara-negara Komanwel sebagai meraikan kepelbagaian muzik dunia.

Lebih membanggakan, Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 46, tersenarai bersama nama-nama besar seperti Beyonce, Bob Marley, Kylie Minogue dan Grace Jones, sekali gus membuktikan keunikan muzik Nusantara turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Anta Permana merupakan lagu ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini yang diluncurkan pada tahun 2018.

Senarai lagu yang dipilih menggambarkan selera muzik baginda yang luas, merangkumi pelbagai era dan genre seperti Afrobeats, reggae serta pop kontemporari.

Sepanjang hidup, muzik memberi makna besar buat saya.

“Itu semua bukan sekadar hiburan, tetapi mampu mengembalikan kenangan, memberi ketenangan dan menyatukan kita dalam kegembiraan,” titah Raja Charles dalam siaran khas itu.

Rakaman The King’s Music Room berlangsung di Istana Buckingham dan memaparkan perjalanan muzik yang membentuk pengalaman serta memori peribadi baginda.

Penghormatan tersebut jelas membanggakan peminat muzik tanah air yang tidak menyangka lagu Melayu turut mendapat tempat dalam seleksi peribadi Raja Britain.

“Lagu Melayu berkumandang dalam istana British! Siti memang kelas tersendiri,” komen seorang pengguna media sosial.

“Bukan calang-calang playlist, ada reggae, Afrobeats, pop klasik dan paling mengejutkan, Anta Permana,” tulis netizen lain.

“Siti terus membanggakan Malaysia, daripada Anugerah Industri Muzik hingga ke playlist Raja Britain!” kata seorang peminat.

Program tersebut bukan sekadar menghiburkan tetapi turut membuka sisi lebih peribadi Raja Charles kepada umum. – KOSMO! ONLINE



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2025 11:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 01:04 AM | Show all posts
eh iols geli ye baca komen zoners kat ig ala2 memuji muja sheols berlebih-lebihan. Yang kat X pon saling bertekak esp zoners vs aination. Zizik lah. CT tu manusia biasa je, Tuhan bagi kelebihan 'extra' kat dia. Sheols pon idok le membangga diri.  Pondan2 tolong ye kawal sikit ketaksuban tu. Jangan jadi macam acik2 FB
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Terfikir gak mcm mana king charles ni boleh discover lagu AP tu? Pegawai istana dia yg recommend ke? Or ade royals kat msia yg baik dgn king charles recommend lagu tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 02:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Org tua ni telinga dah pekak agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 03:00 AM | Show all posts
dah awak penyanyi no 1. takkan team charles nak letak lagu Erra fazira ? hahahhahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-3-2025 03:15 AM | Show all posts
LembingDayanti replied at 11-3-2025 12:00 AM
dah awak penyanyi no 1. takkan team charles nak letak lagu Erra fazira ? hahahhahaha


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.098517 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list