CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5093|Reply: 13

Lagu Shiha Zikir dikutuk tak ada nilai, mana sopan santun?

[Copy link]
Post time 12-3-2025 09:13 AM | Show all posts |Read mode


Setiap kali nak menjelang Syawal, ramai selebriti tanah air tampil dengan lagu Hari Raya berserta konsep masing-masing sehingga ada diantaranya mencetuskan kontroversi.

Sebagai contoh bagaimana usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri meroskakkan karya dengan memaparkan klip video sekumpulan lelaki berkelakukan aneh dan tidak sopan untuk lagu rayanya, Love Raya sebelum ini.

Pada tahun ini pula, Shiha Zikir mencuba nasib menghasilkan klip video Tum Tum Raya dengan teknik suntingan ‘fast cut’ dan ‘slow motion’.



Walaupun ia dilihat sebagai sebuah karya kreatif tetapi seolah-olah kurangnya nilai dan sopan santun yang harus diangkat dalam klip ini untuk sebuah karya Syawal.

Bagi Shiha, kolaborasi bersama kakaknya Ieda Zikir dalam Tum Tum Raya adalah sebuah kelainan dan karya luar biasa kerana menekankan elemen tradisional dan moden yang lebih 'catchy'.

Tidak hanya itu, ia juga menyelitkan nyanyian rap sekali gus menimbulkan perbezaan daripada kebiasaan lagu raya lain yang turut  mengetengahkan tarian berbeza dengan meletakkan kesan ‘slow motion’ untuk memukau penonton walaupun sesetengah orang akan mengkritiknya.

  


Lagu ciptaan Ajay Amai, Napie Hassan dan Shiha Zikir ini juga dirakam di dalam studio dengan lima set berbeza.

"Penggambaran berlangsung dalam studio besar dengan lima set berbeza memang puas hati! Tapi bukan senang, nak pastikan gerakan tarian ngam dengan tempo lagu sambil lip sync pun boleh buat sakit urat!

"Paling menarik, nak efek laju kena rakam ‘slow’, nak slow motion kena rakam laju unikkan?," kongsinya.

Baru lima hari dilancarkan, lagu Tum Tum ini sudah meriah 90,009 tontonan dan lebih 2,400 tanda suka.

Dalam pada itu, rata-rata penonton terhibur melihat tarian serta nyanyian yang dibawa Shiha dan kakaknya itu.

  


Malah mereka juga memuji kemeriahan hari raya dibawa dua beradik itu menerusi muzik video mereka.

"Dah banyak kali dengar tak bosan! Terasa keceriaan Syawal. Shiha masuk air!

"Bukan lagu raya sedih-sedih macam selalu, memang kreatif dan ceria. Huru-hara!" antara komen netizen.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2025 09:44 AM | Show all posts
siapa yang kutuk?baca article ni macam ramai org puji ja..
saya pun tengok okay ja mv ni.. nampak fun.. lagu pun okay.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 01:51 PM | Show all posts
lagu tum tum raya
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 02:54 PM | Show all posts
ok la.. tade la teruk nau mcm tepaling no 1 tok alip hahahhahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbnrnya saja nak hype, tu yg tajuk gempak mcmtu.
Baru berduyun org nk view.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by irvene at 12-3-2025 08:04 PM

gigih betul dia ni kan. nyanyi sana sini buat keluar lagu tp tetap ditahap tu je. aku harap dia ni stop keluarkan apa2 lagu n dimana2 kaca tv. tak sedap & sendu!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2025 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak catchy, tak leh jd ikutan mcm de fam last year...but good effort la shiha...struggle gak minah ni nak bina nama..

Apapun lagu² raya lama gak sedap..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 03:26 PM | Show all posts
Lagu raya Hael & Nadeera?

So far boleh la diterima telinga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2025 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku totally xleh terima suara dia xtahu kenapa..ke gegendang telinga aku pecah??
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah rasa suara dia sedap. Sengau ja.
Tapi dia anak emas stesen TV. Sentiasa ada walau sendu situ ja bakat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 05:31 PM | Show all posts
tahun ni mcm takde lg lagu raya yg best & hype
hael & nadeera tu boleh laa

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 06:16 PM | Show all posts
artis2 skrg bersungguh2 try hard betul nak buat lagu raya best, tp tak best pn, hauk..harap2 raya ke3 dah org lupakan lagu diorang ni, dah boleh berkubur dah lagu2 raya hauk ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
irvene replied at 12-3-2025 03:00 PM
gigih betul dia ni kan. nyanyi sana sini buat keluar lagi tp tetap ditahap tu je. aku harap dia ni s ...

Xtau apa signature song Shiha ni? Lagu yg masuk AJL pun hmmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 08:48 PM | Show all posts
part rap tu macam spoil jah...
so far lagu hael dgn nadeera tu jah iols ulang2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.287147 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list