CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35043|Reply: 14

[Tempatan] Duda bayar RM100 tutup rahsia cabul anak rakan kekasih didakwa di mahkamah

[Copy link]
Post time 14-3-2025 12:33 PM | Show all posts |Read mode

MUAR: Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kepada rakan teman wanitanya di Segamat, minggu lalu.

Tertuduh, Haminollah Mawang, 60, yang juga duda mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor sebaik pertuduhan dikemukakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, warga emas itu didakwa melakukan perbuatan terbabit terhadap remaja berusia 16 tahun di sebuah rumah di Segamat, pada jam 11.30 malam, 11 Mac lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Berdasarkan laporan dibuat mangsa, sebelum kejadian, remaja terbabit keluar memberi makanan kucing peliharaannya dan secara kebetulan, tertuduh yang baru pulang dari solat Tarawih tiba di rumah itu untuk berjumpa kekasihnya.

Sebaik selesai memberi makanan kucing, tertuduh menarik tangan mangsa lalu melakukan amang seksual terhadapnya dan memberi RM100 supaya mangsa merahsiakan kejadian itu.

Bagaimanapun, mangsa kemudian menceritakan perkara itu kepada ibunya.

Siasatan polis mendapati, rumah didiami mangsa turut dihuni teman wanita tertuduh yang juga rakan kepada ibu remaja perempuan terbabit.

Atas nasihat ibunya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Chaah sehari selepas kejadian dengan tertuduh ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu pihak pendakwaan tidak menawarkan ikat jamin terhadap tertuduh atas faktor keselamatan mangsa kerana tertuduh kerap datang ke rumah itu bertemu kekasihnya, selain memiliki kunci pendua rumah terbabit.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan dengan tertuduh tidak dibenar ikat jamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 17 April ini untuk serahan dokumen serta lantikan peguam.


Sumber: BH Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2025 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
sian mangsa... jadah nya pelaku
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa sampai bagi kunci spare kat boifren. Lain la ko sewa sorang2 rumah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Perangai apa je, baru balik dari solat terawih, gi cabul budak

Bukan tenant kat situ tapi ada spare key??
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
misc replied at 14-3-2025 12:59 PM
Dah kenapa sampai bagi kunci spare kat boifren. Lain la ko sewa sorang2 rumah tu.

Senang nak beromen agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 02:34 PM | Show all posts
Tertuduh, Haminollah Mawang, 60, yang juga duda mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor sebaik pertuduhan dikemukakan terhadapnya.


nama mcm rohingya tp tgk muka cm indon
kesian daktu kene cabul ngn rentua kepam..yucks
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2025 03:16 PM | Show all posts
babinya ko ni tak padan ngn tua muka kecut
dah la bulan pose, baru lepas sembahyang pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 03:59 PM | Show all posts
Haminollah buat apa kat budak pompuan anak rakan kekasih tu?

relation dengan mangsa pun sungguh komplikated terpaksa lukis baru nampak jalan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2025 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca tajuk tak sangka sekecut itu pelakunya
Bulan puasa, dia pulak jd setan
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Amang seksual ni apa contohnya
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka raya dalam lokap.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka cam tempe kering..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka cam tempe kering..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 11:16 PM | Show all posts
Bulan puasa setan kena ikat tapi yg ni nk panggil apa.?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Manjahati replied at 14-3-2025 11:16 PM
Bulan puasa setan kena ikat tapi yg ni nk panggil apa.?

Tangan dan kaki setan kena ikat

Tapi mulut setan masih boleh bersuara menghasut ummah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.136280 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list