CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 36730|Reply: 0

Tidak menang tangan siapkan tempahan 10,000 kek lapis Sarawak

[Copy link]
Post time 14-3-2025 01:08 PM | Show all posts |Read mode

KOTA BHARU: Berbaki dua minggu lgi umat Islam akan menyambut Aidilfitri, wanita ini tidak menang tangan menyiapkan tempahan 10,000 kek lapis Sarawak yang ditempah pelanggan.

Siti Nordiana Daud, 33, menyifatkan Ramadan waktu paling sibuk buat dirinya demi memastikan segala tempahan dapat disiapkan mengikut jadual.

Katanya, sepanjang Ramadan dengan dibantu empat pekerja dia menyiapkan 10,000 kek lapis pelbagai perisa yang ditempah pelanggan dari seluruh negeri.

"Setiap hari selepas bersahur, kami memulakan proses membuat kek dan mampu menyiapkan di antara 300 hingga 400 biji sehari.

"Pembuatan kek lapis ini agak rumit dan memerlukan ketekunan serta kesabaran tinggi bagi menghasilkan setiap lapisan," katanya ketika ditemui di premisnya di Jalan Atas Banggol.

Siti Nordiana yang berasal dari Samariang, Sarawak berkata, dia mempelajari cara pembuatan kek lapis Sarawak daripada ibu saudaranya yang berasal daripada bumi Kenyalang.

"Sebelum ini saya bekerja sebagai promoter di sebuah pasar raya, namun ketika negara dilanda pandemik COVID-19, saya mengambil keputusan berhenti kerja dan menjalankan perniagaan menjual kek lapis secara kecil-kecilan dari kuarters kediaman di Pengkalan Chepa.

"Ketika di awal menjual kek lapis Sarawak ini, saya mendapat pelbagai komen daripada pelanggan yang beranggapan kek lapis ini kurang sesuai dengan tekak pembeli di Kelantan.

"Saya ambil pandangan setiap pembeli secara positif dan ubah mengikut kesesuaian. Sebagai contohnya, ada pelanggan memberitahu kek lapis saya kurang manis, jadi ia diubah ikut selera orang Kelantan.

"Alhamdulillah, kini kek lapis Sarawak dihasilkan mendapat permintaan tinggi dari pelanggan dan meningkat setiap kali Aidilfitri," katanya.

Ibu tiga anak berusia di antara setahun dua bulan hingga 13 tahun ini berkata, pada permulaan perniagaan, dia menghasilkan 20 jenis kek lapis dan kini ia meningkat kepada 35 jenis. Antaranya, pelangi cheese, masam manis, red velvet, tiramisu, dan pandan cheese yang pada harga RM15 sebiji dengan berat 300 gram.

Katanya, kek lapis Sarawak yang dihasilkan mampu bertahan selama seminggu jika diletakkan di luar, manakala jika disimpan di dalam peti ia mampu bertahun di antara dua hingga tiga bulan.

"Walaupun harga bahan mentah semakin mahal selain pembuatannya rumit, saya masih mengekalkan harga kek kerana mahu menjual sambil niat bersedekah, " katanya.


Sumber: BH Online

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.036569 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list