CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19668|Reply: 2

‘Sampai berasap telinga’ – 5 cili paling pedas di dunia

[Copy link]
Post time 16-3-2025 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 16-3-2025 11:29 PM


RASA pedas merupakan ciri khas pada makanan yang digemari oleh sebahagian orang. Walaupun agak menyeksakan menahan kepedasan, namun ia memberi satu kepuasan ketika menjamu selera.

Setiap orang mempunyai tahap kepedasan yang berbeza. Ada menyatakan satu biji lada sudah pedas, manakala ada yang mampu tahan pedas sehingga 10 biji lada.

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis cili di dunia dengan tahap kepedasan berbeza dari skala satu hingga ‘berasap telinga’.

Kepedasan cili ini dinilai menggunakan skala Scoville iaitu sistem klasifikasi yang dicipta oleh seorang ahli farmasi, Wilbur Scoville pada tahun 1912 untuk mengukur kepedasan genus lada benggala.

Cili akan disenaraikan mengikut tahap kepedasan dengan skor Unit Haba Scoville atau SHU.

Sehubungan itu, CitaRasa pada minggu ini menyenaraikan lima jenis cili yang paling pedas di dunia menurut helaspice.com.

1- Carolina reaper (1,500,000
– 2,200,000 SHU)

CAROLINA reaper memegang Rekod Dunia Guinness untuk lada terpedas di dunia selama bertahun-tahun.

Ia adalah cili kacukan spesies Chinense capsicum (keluarga lada paling pedas yang wujud). Walaupun bersaiz kecil, namun kulitnya yang merah cerah dan menggerutu kelihatan menakutkan.
Pencipta carolina reaper, Ed Currie turut menghasilkan lada X (pepper X) yang mempunyai tahap kepedasan melebih 2.6 juta SHU.
Bagaimanapun, dia enggan memasarkan benih lada X kerana kepedasannya yang melampau. Pun begitu, anda boleh mencuba lada X dengan membeli salah satu produknya.


2- Trinidad
moruga scorpion (1,200,000 – 2,000,000 SHU)

Trinidad moruga scorpion
SEBELUM kemunculan lada X dan carolina reaper, trinidad moruga adalah lada paling pedas di dunia. Ia adalah cili pertama yang pernah memecah rekod dengan tahap kepedasan 2 juta SHU. Cili sebesar bola golf ini mempunyai rupa yang menakutkan dan berasal Dari kampung Moruga di Trinidad dan Tobago.
Peminat lada ini mengatakan ia bukan sahaja pedas, malah mempunyai rasa buah dan berperisa.



3- Naga morich (1,000,000
– 1,500,000 SHU)

NAGA Morich bermaksud cili ular dalam bahasa Bengali. Ia berasal dari Utara India dan Timur Laut India serta Bangladesh, khususnya di Nagaland, Manipur serta Assam.
Cili ini mempunyai rasa sangat pedas sehingga membuatkan fikiran menjadi tidak keruan. Selain itu, cili ini dikatakan mempunyai rasa buah.

Uniknya, lada ini mempunyai tulang rusuk pada kulit luarnya dan boleh mencapai 6.5 sentimeter panjang.


4- Cili 7 periuk (1,000,000 – 1,400,000 SHU)

DIKATAKAN, cili 7 periuk (7 pot chili) mempunyai kepedasan yang cukup untuk tujuh periuk rebusan, maka namanya diambil daripada situ.
Ia tumbuh seperti rumpai di seluruh Trinidad dan Tobago. Seperti semua lada paling pedas di dunia, ia memaparkan tekstur ‘berjerawat’ yang menyeluruh pada cili itu.
Terdapat beberapa jenis cilik periuk, ini termasuklah 7 pot primo (1.4 juta SHU), 7 pot brain (1.3 juta SHU) dan 7 pot chocolate (1.8 juta SHU).


5 – Lada hantu (600,000 – 1,000,000 SHU)

BHUT Jolokia atau lebih dikenali sebagai ghost pepper (lada hantu) adalah ramuan asas dalam beberapa kari dan chutney di Timur Laut India yang paling pedas.
Ia bersaiz kecil, berwarna merah, serta rupa fizikal yang berkedut dengan bercirikan rasa buah dan ‘menyakitkan’.
Pada tahun 2007, Rekod Dunia Guinness mengesahkan bahawa lada hantu adalah cili paling pedas di dunia, 170 kali lebih pedas daripada sos Tabasco.


Sumber: Kosmo! Online


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2025 06:53 PM | Show all posts
rupa dia pun dah pelik...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2025 04:47 PM | Show all posts
Tak dapat bayangkan macam mana pedasnya tu. Teringin nak rasa tapi tak berani pulak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2025 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.045446 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list