View: 29383|Reply: 14
|
[Tempatan]
Anwar sokong had tempoh PM 10 tahun, komited laksana agenda reformasi
[Copy link]
|
|
Edited by tatod at 16-3-2025 10:47 PM
Shah Alam: Kerajaan komited untuk melaksanakan agenda reformasi termasuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh Perdana Menteri kepada 10 tahun.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, proses itu perlu dilaksana dengan penuh rapi dan memerlukan konsesus semua parti serta dua pertiga Ahli Parlimen termasuk daripada kerajaan.
"Ada cadangan yang saya setuju, mengehadkan tempoh Perdana Menteri (kepada) 10 tahun. Kerana kita tahu, kalau sampai 22 tahun, boleh rosak negara. Saya setuju, tetapi kita perlu runding dapatkan dukungan semua parti supaya ada dua pertiga (sokongan Ahli Parlimen).
"Jangan bimbang, kalau saya tak mungkin lepas 10 tahun. Dua tahun pun sudah penat. Saya, malah PKR dan PH (Pakatan Harapan) bersetuju. Biar ada kesediaan, persetujuan dua pertiga, saya sendiri akan mulakan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP ke-18, di sini, hari ini.
Turut hadir Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook, Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Mohamad Sabu dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu Datuk Ewon Benedick.
Terdahulu, Anthony ketika menyampaikan ucapannya berharap kerajaan dapat meminda Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh 24 bulan ini bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.
Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, ini memandangkan janji itu terdapat dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Terdahulu, ketika memulakan ucapannya, Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, dalam tempoh dua tahun Kerajaan Perpaduan mentadbir, pelbagai pencapaian dan reformasi pentadbiran dilaksanakan kerajaannya.
"Kita pinda Akta Perkhidmatan Parlimen untuk memberi kebebasan kepada Parlimen walaupun pembangkang menentang dengan cara berkecuali.
"Pindaan perlembagaan bagi memartabatkan kuasa wanita, kerana tidak musabah, (apabila) 'parent' dalam rujukan Perlembagan kita adalah bapa.
"Tapi proses pindaan ini tak mudah, perlu dapat kesepakatan kesemua sekurang-kurangnya ada dua pertiga undi. Kena bawa kepada Majlis Raja-Raja Melayu, di mana ada juga pandangan mereka yang harus dibawa balik ke Parlimen.
"Ada juga pertimbangan keselamatan. Ada juga bahaya diangkut dari luar untuk melambatkan hak kewarganegaraan. Sebab itu ia mengambil masa tetapi apakah kita berundur, tidak...kita teruskan," katanya.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku percaya ja kalau bangnon ni dapat solid win banyak perubahan dia akan bawa tapi jadi pm pun hasil compromise, how?
Yang banyak bising tu ialah orang yang sama yang jadi batu penghalang. |
|
|
|
|
|
|
|
At least dia xdela nak tebuk atap berkali2 |
|
|
|
|
|
|
|
sorang bongok sbb komen cakap pasal kompromi
sorang lagi pun bingai jugak sbb cakap tak tebuk atap berkali2
 |
|
|
|
|
|
|
|
terma2nkondisi2 replied at 17-3-2025 12:11 AM
sorang bongok sbb komen cakap pasal kompromi
sorang lagi pun bingai jugak sbb cakap tak tebuk atap ...
Iols hanya mampu ketawa je. HA HA HA  |
|
|
|
|
|
|
|
Acik setuju, supaya Perdana Menteri tak suruh bini control governemnt bila dia dah penat dan letih....nanti jadi melalut pentadbiran.
Kalau dah penat retired je...jangan dok suruh suruh bini bantu urus negara, jadi First Lady bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
lebih kurang macam PM takleh pegang jawatan FM la kankankan |
|
|
|
|
|
|
|
Bila bitter truth tak mampu disangkal lagi, hanya mampu maki hamun ja lah.
PKR cuma dapat 10% sokongan Melayu. Fact.
|
|
|
|
|
|
|
|
Asal bukan PAS dekkkkkk……  |
|
|
|
|
|
|
|
"Ada cadangan yang saya setuju, mengehadkan tempoh Perdana Menteri (kepada) 10 tahun. Kerana kita tahu, kalau sampai 22 tahun, boleh rosak negara. "
shadyyyyy 
"Jangan bimbang, kalau saya tak mungkin lepas 10 tahun. Dua tahun pun sudah penat. "
tell me bout it
menteri2, ahli2 dewan rakyat dgn adun pun kena main peranan jgk
jgn nk keje senang je
elaun berkepuk dr rakyat tu bkn for nothing taw
|
|
|
|
|
|
|
|
anggaran saya 30-40% sokongan melayu kat pkr
|
|
|
|
|
|
|
|
Itu PAS. Adalah yang buat kajian sokongan politik Melayu. I dah delete la pula WA tu 
Ikut Ranking
1. PAS ~40%
2. Bersatu
3. UMNO
4. PKR 10~12%
5. Amanah
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by copy_paste at 17-3-2025 02:40 PM
sy x kira pas bang, sy kira umno punya part je, pas punya part cuma 10% je,90% tu umno yg punya hehehehe,
tp tu dulu lah,
skrg dah kena share dengan bersatu dan pkr
|
|
|
|
|
|
|
|
masalah sebenarnya UMNO
always UMNO
|
|
|
|
|
|
|
| |
|