View: 33933|Reply: 2
|
Harga sawit diunjur setinggi RM5,000 satu tan hingga pertengahan 2025
[Copy link]
|
|
Edited by tatod at 16-3-2025 10:37 PM
KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal tinggi sekitar RM4,500 satu tan hingga RM5,000 satu tan pada separuh pertama tahun ini disokong beberapa faktor utama, kata penganalisis.
Faktor berkenaan termasuk keadaan cuaca tidak menentu, peningkatan permintaan biodiesel dan peningkatan penggunaan.
Penganalisis Ekuiti Rakuten Trade, Crystal Chin Si Ying, faktor utama itu berkemungkinan menyebabkan bekalan minyak sawit global mengalami penyusutan, dengan tahap inventori dijangka hanya mewakili 11 peratus hingga 12 peratus daripada jumlah permintaan pada 2025.
Beliau berkata, angka itu menandakan paras terendah dalam tempoh 10 tahun berbanding purata 14 peratus sebelum ini.
"Dalam konteks ini, syarikat perladangan huluan dijangka mendapat manfaat daripada harga MSM lebih tinggi.
"Sebaliknya, pemain industri hiliran masih berdepan cabaran akibat peningkatan kos operasi," katanya dalam satu taklimat media secara maya.
Sementara itu, BIMB Securities Research berkata, secara keseluruhan, pihaknya mengekalkan pandangan harga MSM tinggi berterusan dalam suku pertama 2025, didagangkan dalam julat RM4,500 satu tan hingga RM5,000 satu tan.
Bagaimanapun, katanya, firma penyelidikan pasaran ekuiti itu mengambil sikap berhati-hati melangkaui suku pertama 2025 memandangkan pihaknya menjangkakan harga didagangkan lebih rendah dalam julat lebih luas iaitu RM3,500 satu tan hingga RM4,500 satu tan bagi baki 2025.
Jelasnya, ia berikutan peningkatan bermusim dalam pengeluaran minyak sawit bermula suku kedua dan seterusnya, bekalan kacang soya yang mencukupi, premium harga minyak sawit berbanding harga minyak boleh dimakan lain yang menjadikan minyak sawit kurang menarik kepada pengimport.
"Pada masa ini, kontrak hadapan minyak sawit tiga bulan didagangkan pada premium kepada minyak kacang soya AS$80.9 satu tan berbanding diskaun purata lima tahun sebanyak AS$224.6 satu tan.
"Di samping itu, spread meluas minyak sawit-gas (POGO) juga boleh memperlahankan mandat biodiesel secara global," katanya.
Mengulas potensi untuk harga MSM meningkat, BIMB Securities Research berkata, keadaan cuaca buruk dengan hujan lebat yang berpanjangan dan banjir yang berpotensi menjejaskan hasil buah tanda segar (BTS) dan menurunkan pengeluaran akan menyokong harga.
Katanya, permintaan yang lebih tinggi daripada jangkaan dan bekalan global yang lebih ketat jika Indonesia mengharamkan eksport minyak sawit untuk tempoh yang lebih lama untuk mengutamakan penggunaan domestik, peningkatan ketegangan geopolitik dan dasar kerajaan serta struktur cukai yang kurang menarik di negara pengimport dan pengeksport juga akan menyokong harga.
Sumber: BH Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sawit di seluruh Malaysia, ada di sana sini. Agaknya kan, makin banyak ditanam, makin mahal ye? |
|
|
|
|
|
|
|
harga naik, tapi yang tanam sawit tak dapat hasil
memanjang kena curi
ramai kenalan Iols yang buat tanam sawit, sekarang ni masing2 jual tanah. ada yang gondolkan terus pokok sawit, geram sangat |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|