CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7188|Reply: 3

Tersenarai sebagai bandar dengan makan paling ‘underated’ di Asia, ini 10 hidangan wajib cuba di Ipoh

[Copy link]
Post time 17-3-2025 01:33 PM | Show all posts |Read mode

STATUS Ipoh sebagai syurga makanan di Malaysia akhirnya diperakui di persada antarabangsa selepas ia disenaraikan sebagai salah satu daripada lapan bandar dengan makanan paling 'underrated' di Asia.

Menerusi senarai dikeluarkan majalah Tatler, keunikan Ipoh sebagai destinasi kulinari dan budaya sering dibayangi oleh Pulau Pinang dan Kuala Lumpur sehingga menjadikan ia sebagai permata yang tersembunyi.

Namun, bandar itu benar-benar istimewa kerana menggabungkan makanan, budaya dan alam semula jadi yang unik dan menenangkan jiwa setiap pengunjungnya.

Selain Ipoh, turut tersenarai ialah Fukuoka (Jepun), Hué (Vietnam), Iloilo (Filipina), Gwangju (Korea Selatan), Hualien (Taiwan), Surabaya (Indonesia), dan Luang Prabang (Laos).

Salah satu hidangan ikonik di Ipoh adalah kopi putih Ipoh atau Ipoh white coffee iaitu minuman lembut beraroma yang diperbuat daripada biji kopi dipanggang dengan majerin sawit.

Bagi pencinta makanan yang tertanya-tanya apa lagi hidangan istimewa di Ipoh, jom mStar senaraikan 10 menu terbaik yang mampu menggoda selera.


1. Nasi kandar di Restoran Majeedia

Inilah antara port rahsia warga tempatan setiap kali mereka teringin menjamah nasi kandar yang sedap dengan rasa tersendiri.

Beroperasi lebih 40 tahun, rata-rata pengunjung pasti bersetuju bahawa hidangan nasi bersama ayam bawang dan kari campur mereka memang tiada tandingan.


2. Mi kicap di Mee Daud Mak Jasak

Warung ini sangat terkenal dengan mi kicap dan kari laksa mereka yang dihasilkan dengan resipi turun temurun sejak 1970.

Masih mengekalkan rasa yang sama, mi kicap ini lebih enak dimakan bersama yong tau fu manakala mi karinya pula disajikan dengan bebola ikan lembut di dalam kuah kari yang berlemak.


3. Sarapan ala kopitiam di Salmah Kopitiam

Buat mereka yang mencari sarapan pagi ala kopitiam halal, Salmah Kopitiam merupakan pilihan terbaik kerana ia menawarkan pengalaman setanding kopitiam lain.

Pengunjung dapat menikmati beraneka jenis hidangan seperti nasi lemak, roti bakar, char kuey teow, mi kari dan nasi kerabu dengan rasa yang mengasyikkan.


4. Kari kepala ikan di Restoran M. Salim

Siapa tidak kenal kari kepala ikan yang menjadi dambaan rata-rata warga Ipoh sehingga ada yang sanggup memandu jauh semata-mata mahu merasainya.

Bukan sahaja pupolar dengan hidangan kari pekat, restoran ini juga menyajikan nasi briyani ayam anarkali yang cukup istimewa dan dimasak dengan bahan-bahan berkualiti tinggi.


5. Canning Dim Sum

Tidak dinafikan Dim Sum sememangnya menjadi hidangan kegemaran mereka yang berkunjung ke Ipoh.

Malah untuk mencari restoran menyajikan hidangan cina yang halal juga sangatlah mudah.

Canning Dim Sum antara lokasi yang menjadi tumpuan kerana ia menawarkan beraneka jenis makanan seperti pau kukus, ladu siew mai dengan bermacam inti, tart telur, kulit tauhu goreng dan roti BBQ.


6. Tau fu fah di Funny Mountain Soya Beancurd

Apalah erti jalan-jalan cari makan di Ipoh kalau tidak mencuba tau fu fah istimewa yang sesuai dinikmati pada cuaca panas terik.

Menariknya, kedai ini mengamalkan konsep pandu lalu atau drive-thru untuk memudahkan pelanggan mencuba hidangan pencuci mulut itu di mana-mana sahaja yang mereka mahu.


7. Nasi ayam tauge di Ipoh Hainan Chicken Rice

Nasi ayam taugeh merupakan hidangan ikonik yang berasal dari bandar tersebut.

Sajian yang menampilkan ayam lembut dihidangkan dengan tauge Ipoh rangup, sos cili halia, sup dan nasi ayam sudah tentunya mempunyai kombinasi luar biasa.


8. Laksa telur goreng bersarang di Kafe Setinggan

Buat penggemar laksa, sekiranya anda mahukan kelainan bolehlah cuba laksa telur goreng bersarang yang sangat terkenal di Ipoh.

Rasa kuah laksa yang pekat dan cukup rasa digandingkan pula dengan topping telur dadar digoreng sehingga garing dan kenyal memang boleh bikin ‘terangkat’ bila makan.


9. Cendol di Deen CT Corner

Kurang lengkap rasanya kalau tidak masukkan cendol ke dalam senarai lebih-lebih lagi dari warung kegemaran warga Ipoh iaitu Deen CT Corner.

Beroperasi lebih 20 tahun, ia menyajikan cendol dengan campuran pelbagai jenis topping seperti jagung, kacang merah dan pulut serta ramuan gula merah istimewa yang menambah lagi kemanisannya.


10. Pastri tradisional di Noor Jahan Bakery

Sesiapa yang menonton filem ‘Doh’ lakonan pelakon Syafiq Kyle pasti tertanya-tanya tentang lokasi kedai roti tersebut.

Untuk pengetahuan semua, kedai itu benar-benar wujud bahkan ia merupakan bakeri tertua di Ipoh sejak dibangunkan pada 1902.

Antara pastri yang menarik dijual di sini donat, biskut kelapa, roti kismis, roti kelapa dan kek buah bakar.


Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2025 03:33 PM | Show all posts
Bubur gandum kat Majeedia mmg terbaik.. makan pulak dgn kundas.. meletop kebabom
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2025 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Canning dim sum tu mmg sedap. Harap jgn lah melambung harga lepas femes ni. Btw nasi ganja x masuk ke? Ada 1 nkedai nasi ganja fav SG. Lupa nama, tp kedai tokei cina, nasi ganjanya tu mamak. Kedai tu kat simpang 4 dlm bandar ipoh
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2025 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kedai no 6&7 tu ada halal x?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.448033 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list