View: 9363|Reply: 14
|
8 petugas kemanusiaan MAPIM maut dalam serangan udara di Gaza
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Lapan petugas kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) maut dalam serangan udara oleh rejim Israel di Beit Lahiya, utara Gaza, Sabtu lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata serangan berlaku jam 1.30 tengah hari, ketika petugas berkenaan sedang mendirikan khemah untuk menempatkan keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan berterusan Israel.
"Tindakan menyerang orang awam yang sedang menjalankan tugas kemanusiaan adalah jenayah paling keji dan terkutuk.
"MAPIM mengutuk sekeras-kerasnya jenayah perang ini dan menyeru rakyat Malaysia untuk mengadakan doa Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan saudara-saudara kita di Gaza," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sani Araby berkata, MAPIM dan rakan rasminya Al-Khair Foundation amat terkejut dan berdukacita dengan tragedi meragut nyawa petugas lapangan itu, dengan tiga daripadanya ialah pasukan media yang berdedikasi dalam menjalankan misi kemanusiaan.
Beliau berkata, lapan petugas kemanusiaan terkorban dikenal pasti Mahmoud Yahya Al-Sarraj, Bilal Hossam Oqeila, Mahmoud Samir Oselim, Mahmoud Khaled Oselim, Mohammed Al-Ghafeer, Hazem Ghareeb, Bilal Abu Matar dan Ahmad Hamad dengan semuanya ialah warga Palestin.
"Serangan ini bukan sahaja mengorbankan nyawa tidak berdosa, tetapi turut menjejaskan operasi kemanusiaan penting di Gaza.
"MAPIM kehilangan beberapa petugas yang sangat komited dan ikhlas berkhidmat termasuk seorang rakan media yang sangat rapat dengan saya," katanya.
Sani Araby bagaimanapun berkata MAPIM akan tetap teguh dengan komitmen dalam melaksanakan kerja kemanusiaan di Gaza, dengan setakat ini organisasi itu berjaya mendirikan 1,000 khemah yang menjadi perlindungan sementara mangsa yang kehilangan rumah akibat pengeboman tanpa henti di Gaza.
Beliau turut menegaskan serangan itu adalah pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva yang melindungi hak penduduk awam di kawasan perang serta perlu dikecam oleh seluruh dunia tanpa kompromi.
"MAPIM menggesa masyarakat antarabangsa untuk bertindak segera menghentikan keganasan ini dan memastikan keadilan ditegakkan untuk mangsa yang terkorban serta keluarga mereka.
"Kejadian ini bukan sekadar serangan terhadap Gaza, ia serangan terhadap kemanusiaan.
"Kami menggesa pemimpin dunia, organisasi kemanusiaan dan masyarakat sivil untuk bersatu mengecam jenayah kejam ini dan menuntut pertanggungjawaban daripada pihak yang bertanggungjawab," katanya.
Sumber: BH |
|
|
|
|
|
|
|
kan ke dah gencatan senjata hari tu nyah? kejadah tembak2 lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahwainnalillahirojiun
Kononnya ada gencatan senjata... Lbh kepada auta. Yg meninggal ramai ja |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun.. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahi wa inna ilairojiun...
rupanya gencatan senjata tu wayang aje...
semoga keluarga waris di Malaysia tabah...besar ganjarannya menolong pelarian sana, insyaAllah |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 17-3-2025 06:38 PM
innalillahi wa inna ilairojiun...
rupanya gencatan senjata tu wayang aje...
semoga keluarga waris di ...
Bukan malaysians
Locals org palestin smua |
|
|
|
|
|
|
|
Tinggal yang sewel2 je yang masih sokong israel nih |
|
|
|
|
|
|
|
Barat tengah busy bunuh civilians kt Yemen, yg ni buat tak tahu
Peacemaker my a*se
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa comment human rights lawyer Malaysian? Apa nama tu Suaram? Suhakam?
Pls comment skit kalau melibatkan nyawa manusia.
Takkan fight for drug lord yang kena death sentence kat Singapore jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahhiwainnaillairojiun.
Semoga diangkat darjat mereka & peroleh kemenangan didunia & akhirat. |
|
|
|
|
|
|
|
mana ada penah genjatan senjata pun dlm erti kata sebenar |
|
|
|
|
|
|
|
Org semue lupe sekejap kisah palestin sbb isu rusia ukraine dgn trump tgh hot la ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa guna nama Malaysia tapi dalam tu semua arab? kan dah ada acik konfius.
|
|
|
|
|
|
|
|
jfq replied at 17-3-2025 07:17 PM
Bukan malaysians
Locals org palestin smua
Ooo patut la x kecoh kat sini |
|
|
|
|
|
|
| |
|