View: 8271|Reply: 1
|
Suami bukan main berbuka bufet dengan kawan, isteri di rumah telan roti ‘expired’
[Copy link]
|
|
Seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila suaminya lebih mementingkan masa bersama rakan-rakan berbanding dia yang setia menunggu di rumah.
Dalam satu perkongsian di media sosial, wanita itu mengadu tentang bagaimana dia hanya mampu berbuka dengan roti yang sudah luput tarikh kerana tidak sampai hati membuangnya.
"Saya minta belikan martabak sebab sudah lama teringin. Dari hari pertama puasa sampai sekarang tak nampak 'bayang'.
"Penat nak meminta, rasa macam pengemis dah. Harini dia tak balik. Berbuka bufet dengan kawan-kawan," luahnya.
Lebih menyedihkan, wanita itu turut berkongsi tentang perubahan sikap suaminya selepas mereka mendirikan rumah tangga.
Menurut pengadu, ia mula kelihatan selepas pasangannya ini meminta dia berhenti kerja untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
"Sudah tujuh tahun berkawan, kami akhirnya fikir untuk kahwin. Lepas kahwin dia okey dan minta saya berhenti kerja duduk rumah. Rasa nak memberontak sebab sudah terbiasa pegang duit sendiri tiap bulan.
"Satu hari... Allah uji kami. Suami berhenti kerja tempat lama sebab persekitaran kerja toksik. Apabila dia mula kerja dengan kawan sendiri, dia mula rasa hidup macam orang bujang.
"Nafkah tiap bulan ada masa dia bagi, kadang hutang dulu. Saya ni dekat rumah hari-hari macam budak kecil yang tunggu mak ayah balik bawakan makanan," dakwa pengadu.
Hantaran dikongsikan pengadu mendapat pelbagai reaksi warga maya yang bersimpati dengan nasibnya sebagai isteri.
Malah, ada juga yang mahu memberikan sedikit sumbangan berbentuk wang kepada wanita ini sekiranya memerlukan.
"Saya doakan esok sis dapat martabak yang awak nak tu.
"Sis, awak ada duit tak? Kalau tak ada mesej saya ya. Buat beli apa-apa yang teringin.
"Biasalah sis... apabila tak kerja dan tiada pendapatan sendiri suami jarang nak hargai.
"Tak apa lama-lama dah tak rasa apa-apa dah. Tenang je dengan keadaan okey. Dia nak buat apa pun biarkan je. Lama-lama dia sedar sendiri. Awak doakan je dia banyak-banyak," antara komen netizen.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
"Tak apa lama-lama dah tak rasa apa-apa dah. Tenang je dengan keadaan okey. Dia nak buat apa pun biarkan je. Lama-lama dia sedar sendiri. Awak doakan je dia banyak-banyak," antara komen netizen
bodoh nya netizen yang komen macam ni..pandai suruh orang tenang, kena kat diri sendiri meroyan tak cukup tanah |
|
|
|
|
|
|
| |
|