JITRA – Kerajaan negeri melahirkan rasa kesal dengan sikap segelintir penduduk negeri ini yang membuang sampah merata-rata ketika berbuka puasa di Dataran Medan Bandar di Alor Setar, dekat sini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, sikap tidak bertanggungjawab itu tidak seharusnya menjadi amalan apatah lagi ketika bulan Ramadan yang mulia ini.
“Saya tahu ada tong sampah disediakan di kawasan itu tetapi kecil berbanding mereka yang ramai berbuka puasa di dataran tersebut, jadi lebih bagus bawa balik sampah itu. Bukan banyak sangat.
“Janganlah berharap kepada pihak lain seperti E-Idaman yang membersihkan sampah yang anda buang merata-rata. Samalah kita membantu menjaga kebersihan kawasan itu apatah lagi ketika ini Tahun Melawat Kedah 2025,” katanya.
Beliau mengulas tentang penularan di media sosial tentang dataran tersebut yang dipenuhi sampah sarap dipercayai dibuang oleh mereka yang berbuka di kawasan tersebut.
Selain itu pekarangan Masjid Zahir yang terletak di hadapan dataran tersebut turut menerima nasib sama apabila banyak sampah dibuang merata-rata sehingga mengakibatkan jawatankuasa majlis berkenaan bergotong-royong membersihkannya.
Mengulas lanjut, kebenaran bagi orang ramai untuk berbuka puasa di kawasan berkenaan adalah sebagai mengimarahkan Ramadan selain merancakkan program Tahun Melawat Kedah 2025.
“Banyak yang minta PBT buka kawasan itu untuk dijadikan tapak berbuka puasa. Semua boleh datang berbuka beramai-ramai bersama keluarga. Bila kita buat jadi macam ini pula.
“Saya akan berbincang dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) untuk melihat apa yang boleh kita lakukan untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya.
Sumber: Kosmo Online
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
those yg tanya takde tong sampah ke tu, tak reti2 ke nak bwk balik sampah?
kat oversea kalau kat park dorg tak sediakan tong sampah sgt tau, sbb dorg dah been trained utk bwk balik sampah masing2.
Buang sampah ni kena didik dari rumah..kita sebagai parent kena strict..sediakan tong sampah merata rata dlm rumah, dr anak 2tahun boleh didik..kalau ada 1 nun di dapur mgkn dia malas nak p..sediakan banyak2 di ruang tamu, depan rumah, bilik setiap satu supaya dia tahu sampah buang dlm tong...i ols kecik2 xdiajar begini, masa masuk u mmg mcm org xda sivik slumber buang sampah merata, pastu kena tegur dgn kawan baru i ols terpikir. & malu...igtkan small matter (punyalah xda common sense)...insaff lepastu..
Post time 19-3-2025 09:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
'Ada kuli tukang kutip/sapu sampah dan mop lantai' itu lah fahaman sesat sesetengah org yg dtg masjid.
Kat masjid tmpt saya pun mcm tu. Paip kat bilik air kadang biar je terbuka.
apa perghak sgt perangai sampah tak reti buang apa salahnya masuk dlm plastik ikat dan buang. kita ni susah2 kutip smph kalu tak jumpa tong sampah snggup bawka balik umah buang sampah kt umah..haa gitu. sikap ni didikan dari rumah. dah terbiasa