Edited by JoyahMengayah at 17-4-2025 12:30 PM
Untuk berita penuh, sila hadir ke muka surat 291....(sambungan)
KUALA LUMPUR: Kemesraan pasangan popular, Syed Saddiq Abdul Rahman, 33, dan Bella Astillah, 32, kini disifatkan kebanyakan netizen tidak lagi terkait dengan urusan pemasaran produk.
Rata-ratanya mendakwa pasangan sejoli itu mungkin sudah ke arah menjalin hubungan istimewa berikutan meraikan Aidilfitri tahun ini bersama dengan menggayakan pakaian sedondon.
Kalau pada hari raya pertama baru-baru ini, Syed Saddiq dan Bella memilih warna oren, kini mereka terus menjadi perhatian netizen menerusi hantaran foto beraya yang dikongsikan di Instagram (IG).
Terbaharu, menerusi perkongsian Bella di media sosialnya semalam, mendapati mereka beraya ke rumah bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan isteri, Datin Seri Vie Shantie Haroon Khan.
BH
"Tahun lepas saya datang dengan tangisan kesedihan sehingga sakit dada ketika mengadu padaNya dan kali ini juga menangis di depan Kaabah tapi kerana rasa syukur dan ingin berterima kasih kepada Allh SWT kerana telah memberikan apa yang saya doa waktu kali terakhir saya datang.
Alhamdulillah, Allah Maha Baik kepada hambaNya," katanya.
PUTRAJAYA: Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah hadir memberi sokongan kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung rayuan terhadap sabitan dan hukuman dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) membabitkan Ahli Parlimen Muar itu di Mahkamah Rayuan hari ini.
Bella yang berbaju kurung tiba di pekarangan Istana Kehakiman kira-kira jam 8.50 pagi tadi, kira-kira lima minit selepas ketibaan Syed Saddiq.
Ketika ini, kira-kira 30 penyokong Ahli Parlimen Muar itu berhimpun di pekarangan Istana Kehakiman bagi mengikuti proses rayuan terhadap sabitan dan hukuman empat tuduhan berkaitan dana ARMADA.
Sebelum ini, Syed Saddiq melalui satu kenyataannya memaklumkan akan memulakan proses rayuan selepas menerima penghakiman bertulis daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
|