CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3278|Reply: 21

Tiada niat bersaing, Siti Nurhaliza seronok ramai penyanyi lancar lagu raya baharu

[Copy link]
Post time 19-3-2025 01:34 PM | Show all posts |Read mode



MUNCUL dengan lagu raya berjudul Raya Nak Ke Mana? Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata karya baharunya itu bukan untuk bersaing dengan penyanyi lain.

Kata Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 46, dia hanya mahu menjadi sebahagian daripada artis yang memeriahkan sambutan hari raya dengan mengekalkan konsep lagu Aidilfitri seperti sebelum ini.

Dek kerana sudah mempunyai beberapa lagu raya raya malar hijau pilihan pendengar, Siti memberitah

"Saya bukan mahu bersaing, kita hanya mahu memeriahkan sahaja. Mungkin sebab saya nampak senior sikit.

"Lagu-lagu raya saya sebelum ini menjadi siulan, jadi ekpektasi orang terhadap lagu raya saya yang baru ini tinggi.

"Tapi di hati saya, saya bukan nak bersaing dengan anak-anak muda. Mereka ada kelebihan sendiri. Saya nak mengekalkan sahaja konsep lagu raya yang saya bawakan sebelum ini," katanya kepada mStar.



Dalam pada itu, Siti meluahkan rasa bangga melihat lebih ramai penyanyi yang menghasilkan lagu raya untuk sambutan Aidilfitri kali ini.

Kongsi Siti, situasi ini membuktikan barisan penyanyi mampu berkarya dengan baik selain memberi banyak pilihan kepada pendengar.

"Bagi saya bagus (banyak lagu raya) sebab semua orang boleh berkarya, kalau dulu kita boleh dengar lagu raya ni tak semeriah sekarang.

"Sekarang ini kalau kita lihat banyak lagu raya, maknanya semua artis berkarya dengan baik dan mahu memeriahkan hari raya dengan lagu-lagu baru.

"Jadi peminat banyak pilihan, mereka boleh dengar banyak lagu raya daripada pelbagai genre muzik," ujarnya.

Raya Nak Ke Mana? merupakan lagu terbitan SN Legacy Sdn Bhd dan Universal Music Sdn Bhd hasil karya ciptaan penyanyi Aisha Retno dan RADi.

Lagu raya berentak zapin ini dapat mengembalikan nostalgia lagu raya yang pernah dinyanyikan oleh Siti sebelum ini.

Selain Raya Nak Ke Mana?, Siti pernah popular menerusi lagu raya berjudul Sesuci Lebaran, Anugerah Aidilfitri, Nazam Lebaran dan Lip Lap Raya.


Sumber – mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2025 02:22 PM | Show all posts
Lagu she pun sedap2, memang khusus nada irama hari raya... yang memuda lagu merepek2 suara hauk, live lagi lah hauk....nak nak lagu ketupat nyam nyam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2025 02:46 PM | Show all posts
nak bersaing apo... lagu raya sheols jah pon dah boleh buat konsert 2 jam..
the next biduanita negara sila rakam lagu raya banyak2 dulu yachhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2025 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntahla bila dgr lagu baru dia rasa annoying tmasuk la lagu raya dia… anak dia pun sampai tutup lagu la time dia nynyi… dia nynyi skrg suara kepit mmg dah x sedap dgr.. bising kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2025 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
rs kureng la lagu2 tokti skrg, lagu raya baru pun tak brp sedap ditelinga iols.
tapiiiiii cantik laa tokti dlm pic atas tu, nmpk muka dah slim sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2025 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu² tokti skrg aku dh tak blh masuk...lagu raya tokti skrg pun aku tak layan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2025 04:00 PM | Show all posts
takde istilah bersaing la tokti lagipun,
lagu lagu raya yg baru ni ada la 2-3 buah yang haukkk. mana leh compare ngan tokti yang another level
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2025 04:09 PM | Show all posts
sleepandream replied at 20-3-2025 06:46 AM
nak bersaing apo... lagu raya sheols jah pon dah boleh buat konsert 2 jam..
the next biduanita negar ...

kannn.. dia xde ke plan nak buat konsert raya..? nyanyi lagu raya je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2025 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 20-3-2025 02:46 PM
nak bersaing apo... lagu raya sheols jah pon dah boleh buat konsert 2 jam..
the next biduanita negar ...

Klau ada next .....la
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2025 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak dia beranak takde satu pun lagu dia yang boleh masuk telinga..entah kenapa..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Depa ni pakai kamera apa..lawa sungguh gambar...CT dah mmg lawa..tp dlm gambar ni lawa ya amat
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 21-3-2025 11:35 AM
Depa ni pakai kamera apa..lawa sungguh gambar...CT dah mmg lawa..tp dlm gambar ni lawa ya amat

Kamera studio kanoor..haruslah gmbar meletop pastu tacap pulak guna photoshop...zmn sy photoshop la zmn skang mungkin apps lain dah
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
apedehal replied at 21-3-2025 11:42 AM
Kamera studio kanoor..haruslah gmbar meletop pastu tacap pulak guna photoshop...zmn sy photoshop l ...

Ohhh..touchup lagi ...camera studio mmg canggih...

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 11:54 AM | Show all posts
apedehal replied at 21-3-2025 11:42 AM
Kamera studio kanoor..haruslah gmbar meletop pastu tacap pulak guna photoshop...zmn sy photoshop l ...

aku hr tu kne edit gmbr sorang celeb kne putihkan dia kne bg dia nmpk muda kne hlgkan jerawat jeragat... dah la gmbr2 dia semua jenis gmbr2 mcm kite amk guna henpon...azrab betul, aku buat smbil maki sikit2 nsb sblm ramadoann...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
mamapea replied at 20-3-2025 03:49 PM
Lagu² tokti skrg aku dh tak blh masuk...lagu raya tokti skrg pun aku tak layan...

Takpe lah tak layan pun..tapi cuma nk ckp tokti makin slim n kurus la sekarang..Die diet ke or buat bariatric surgery? Kalah menantu2 die skrg die punye nmpk awet muda sejak kurus..Go tokti go
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu raya Douglas Lim paling meols minat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2025 12:57 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 21-3-2025 12:20 PM
Lagu raya Douglas Lim paling meols minat.

terus iouls pi cari kat you tube...

ok sedap lagu raya dia.....


Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
kerani_je replied at 21-3-2025 11:59 AM
Takpe lah tak layan pun..tapi cuma nk ckp tokti makin slim n kurus la sekarang..Die diet ke or bua ...

Btl...cepat sgt kurusnya...xtau la diet ke apa...hanya tuan punya badan yg tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
How dari lagu2 classy spt Sesuci Lebaran, Anugerah Aidilfitri ke Lip Lap & Raya Ke Mana? Punya downgrade biduanita fake well not new newss gitcchuh
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Citot ni mmg spesis x leh tgk org lain lebih drpd dia. Org buat lagu raye, dia pon nk buat gak, org nk jual kat TT, dia pon nk jual jgk
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-4-2025 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.065755 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list