View: 10644|Reply: 32
|
[Tempatan]
Tindakan DBKL padam mural di hentian bas, kiosk cetus kontroversi
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 19-3-2025 03:50 PM
Sinar Harian
MOHD AZLIM ZAINURYMOHD AZLIM ZAINURY
19 Mac 2025 12:48pm
Antara mural yang didakwa telah dipadamkan oleh DBKL. Reaksi daripada salah seorang pelukis mural berhubung tindakan DBKL itu. - Foto media sosial
KUALA LUMPUR– Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memadamkan lukisan mural di beberapa hentian bas dan kios sekitar ibu kota mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.
Bagaimanapun, langkah tersebut sebagai sebahagian daripada kerja-kerja pengindahan 21 hentian bas dan kios yang sedang dijalankan menjelang Mesyuarat Kepengerusian ASEAN 2025.
Menurut DBKL, setakat ini 18 hentian bas telah diselenggara dengan kerja-kerja mengecat, membaik pulih struktur dan menukar bumbung bagi meningkatkan keselesaan pengguna.
"Semua hentian bas dan kios dicat dengan warna kelabu gelap, selaras dengan standard DBKL," menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan itu pada Rabu.
Mengulas lanjut, DBKL turut menjelaskan bahawa mural tersebut dilukis tanpa kebenaran rasmi, menyebabkan ia dipadam selaras dengan prosedur penyelenggaraan yang ditetapkan.
"Mural yang terlibat berada di Jalan Raja Chulan (dua unit) dan Jalan Raja Azlan Shah (satu unit). Selain itu, kios di Jalan Raja Azlan Shah turut dirobohkan kerana sudah usang dan tidak lagi ekonomik untuk dibaik pulih," jelas DBKL.
Walaupun DBKL menghargai usaha komuniti seni dalam memperindahkan bandar, pihak berkuasa tempatan itu menegaskan bahawa semua lukisan mural di tempat awam perlu mendapatkan kelulusan bagi memastikan kesesuaiannya dengan persekitaran bandar.
Namun, tindakan tersebut menerima kritikan daripada sebilangan pihak yang berpendapat bahawa DBKL sepatutnya lebih terbuka terhadap seni jalanan yang mampu menambah nilai estetika bandar raya.
Ada juga yang berpendapat bahawa pemadaman mural tanpa perbincangan terlebih dahulu dengan pelukis atau komuniti seni menunjukkan kurangnya penghargaan terhadap usaha kreatif mereka.
Sehubungan itu, DBKL mengalu-alukan perbincangan dan cadangan daripada mana-mana pihak yang ingin menyumbang secara sah dan terancang dalam memperindahkan Kuala Lumpur.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
memang satu kesilapan..cer lukis muka 222 orng tu tgh bg 'sumbangan kpd rakyat'...dbkl pon kena fikir jugak nak padam.... |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni jalan raya berlubang kita lukis grafiti ramai ramai
|
|
|
|
|
|
|
|
Mural tu kreatif cantik, tapi x kena kot dgn metropolitan kuala lumpur, nampak too cartooney, copyrighted dan ada tulisan2 yg tak kena dgn tema seni, budaya dan alam flora fauna negara malaysia... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 19-3-2025 04:25 PM
gigahertz replied at 19-3-2025 03:24 PM
lepas ni jalan raya berlubang kita lukis grafiti ramai ramai
lukis gambor YB tgh sengih..bg sumbangan beras.... |
|
|
|
|
|
|
|
letak gambo eddy merengue je mesti takut nak padam |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia susah nak appreciate art....bakat2 yang ada ni hujung2 brain drain.
Merugikan dunia seni.
Aku tak suka pergi KL sebab KL ni bukan kota seni, too plain...bangunan semua kelabu putih kelabu putih..
Aku gi KL suka tengok geng busker dan Galeri Seni Negara je....the rest tak best. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang best aku rasa Melaka, Ipoh dan Penang...vibes dia tu best...oldskool.
Yang banyak mural belah Ipoh. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bandar tu maju, kaya, mewah mesti akan ada banyak Art Gallery...kalau area KL susah nak jumpa Art Gallery....macam tandus sangat Kuala Lumpur tu...tak balance.
Yang ada Art Gallery kebanyakan Penang, Melaka, Petaling Jaya dan Ipoh.
Kalau pergi London dan bandar lain di Europe bersepah sepah Art Gallery , tempat bidding lukisan dan art pun banyak. Kuala Lumpur belum level ini lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Singapore lagi tak best, levih kurang KL...tak balance |
|
|
|
|
|
|
|
Sayangnya... Walaupun cartooney conceptnya tp ok la bg warna kpd yg lain2 yg terlalu boring tu... |
|
|
|
|
|
|
|
mall jer yg byk..lps satu2 naik
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 20-3-2025 11:32 AM
kelip2_07 replied at 20-3-2025 11:18 AM
mall jer yg byk..lps satu2 naik
Problem ni banyak di Singapura dan Kuala Lumpur... Recession Art tenggelam dalam Brutalistic dan Modernisme...Dunia Tipu-Tipu.
Lepastu terjun bangunan....Art la yang sedarkan kita dari Dunia Tipu Tipu dgn sekilas pandang |
|
|
|
|
|
|
|
menarik je tp syg dipadam.. Wan Jepah dpt job doodle kt KLIA.. ralit aku tgk Live dia melukis.. takde lukis2 pkai pensel dulu ke hape terus tonyoh cat hitam.. bestnye kalau pndai lukis tp sygnye buat garisan pun bengkang bengkok..  |
|
|
|
|
|
|
|
DBKL TERpaling buat kerja
hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
DBKL TERpaling buat kerja
hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
cuba le baca artikel tu betul2 baru mengomen.
|
|
|
|
|
|
|
|
kat ipoh art gallery celah mana ko pegi yg best sgt tu?cer kabo
|
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 20-3-2025 12:44 PM
kat ipoh art gallery celah mana ko pegi yg best sgt tu?cer kabo
Ko pergi je Ipoh Old Town tu mesti jumpa. |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 20-3-2025 12:41 PM
cuba le baca artikel tu betul2 baru mengomen.
Dah baca betul betul...KL memang boring...ketandusan Art dan Sejarah. Bangunan lama sana pun tak dapat pengiktirafan UNESCO...berbeza Penang dlm Melaka ada value heritage, Sejarah dan art. |
|
|
|
|
|
|
| |
|